Islamik

Sebahagian dari kita berfikir sebegini.

Seseorang itu hanya layak dianggap cukup Islamik jika dia sentiasa bercakap itu haram, ini haram dan situ tak boleh.

Jika mulut seseorang individu itu mahupun tulisannya tidak sentiasa berkata haram, haram dan haram maka itu tandanya dia tidak cukup Islamik. Maka mari cari individu yang banyak menghukum itu dan ini haram sahaja. Ustaz yang hebat adalah ustaz yang sentiasa sebut itu dan ini haram.

Ini tidak betul.

Sedangkan yang halal itu jauh lebih banyak mengatasi yang haram. Kerana selain bab ibadah khusus, hukum asal sesuatu itu adalah halal melainkan ada autoriti Quran & hadis yang mengharamkannya. Selagi kita cuma rasa-rasa macam haram, ia belum tentu jatuh haram lagi.

Malah dalam hadis yang direkodkan oleh Imam Bukhari ada disebut, kentut itu kena ada bau dan bunyi. Jika rasa-rasa macam dah kentut tapi belum ada 2 perkara itu, maka teruskanlah solat.
.

Sebahagian yang lain pula ekstrem yang lain pula.

Terlalu bermudah-mudah dalam urusan hukum.

Berhujah seperti ‘Itu zaman Nabi saw sesuai lah, dia hidup di padang pasir’. Melakukan fatwa shopping semata-mata untuk mencari pendapat yang dia paling suka dan bukannya untuk mencari kebenaran. Meninggalkan apa yang jelas sebagai satu sunnah & dan memilih sesuatu yang bid’ah.

  • Apakah mereka ingat zaman Nabi tu zaman hidup di gua?
  • Apakah mereka anggap Nabi saw tak tahu hal ehwal bisnes?
  • Apakah mereka rasa zaman Nabi saw masih berniaga guna barter trade?

Nabi saw dah ikut rombongan bisnes sejak usia 9 tahun sampai ke Syria. Perjalanan lebih 1,000 km dari Mekah. Menguruskan bisnes dagang Sayyidatina Khadijah seawal usia 20 tahun di pelbagai tempat di semenanjung Arab. Nabi saw bukan buat bines kecil-kecil belakang rumah. Bisnes Nabi saw bisnes multinational.

Inilah cabaran berdepan dengan dua ekstrem dalam urusan kewangan halal haram.

Apa pun tak boleh vs semuanya mesti boleh.

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.