Islam Tidak Suruh Umatnya Jadi Kaya!

Garu kepala.

Bukan sekali dua.

Dah banyak kali terbaca dan terdengar.

Islam tidak pernah menghalang kita semua mencari harta kekayaan asalkan melalui cara yang halal dan membayar zakat apabila sampai masanya.

Berikut ada 8 jawapan untuk persoalan sebegini. Kalau terdengar dan terbaca, selalunya saya senyapkan sahaja, melainkan kalau ada orang bercakap terus dengan saya.

#1 Nabi tak suruh umatnya jadi kaya!

Habis tu nak suruh Yahudi ke bayar zakat?

#2 Harta tak boleh bawak masuk kubur.

Harta yang jadi sedekah jariah boleh aje.

#3 Orang kaya semua jahat, makan rasuah, tamak.

Lembaga Zakat Selangor pada 2011 kutip RM 393.5 juta. Orang jahat rupanya yang bayar zakat ni.

#4 Orang yang nak jadi kaya ni golongan kapitalis!

Oh, jadi ok lah umat Islam jadi pengemis?

#5 Buat apa jadi kaya, syukur dengan apa yang ada.

Alhamdulillah, surau taman kita dah 7 tahun tak siap-siap lagi. Agaknya missionaries Kristian mana yang nak sumbang duit ye?

#6 Yang penting ilmu, bukan harta.

Iya lah. Sebab tu kena pinjam PTPTN nak masuk universiti kan.

#7 Qarun je yang suka kumpul harta ni.

Dah orang baik-baik macam kau tak mahu, Qarun kautlah semua.

#8 Kena zuhud syeikh. Duit, saham, emas semua ni dunia.

Nanti kau dah masuk gaji, transfer duit tu ke akaun bank aku ye. Aku banyak hutang lagi ni belum selesai.

Tutorial Rancang Wang - Percuma. Dapatkan sekarang dengan mengisi nama & emel:


Jika artikel ini menarik, kongsikan di Facebook & Twitter:

Penulis:

Suzardi Maulan {Pakdi} merupakan Islamic Financial Planner (IFP)TM, trainer dan penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang.

Hubungi saya melalui advisor@rancangwang.com.

{ 29 comments… read them below or add one }

ellen January 25, 2012 at 5:47 pm

carilah seberapa byk kekayaan dunia, selagi ia tidak mghalangmu mendalami akhirat~

Reply

abu_muadz January 25, 2012 at 6:16 pm

hahaha.. nice one.. boleh pinjam tak jawapan2 tu.. nice..

Reply

Aqif Azizan January 25, 2012 at 8:27 pm

Serius saya suka! Hehe. :D

Reply

paan blogger January 25, 2012 at 9:18 pm

pergh , memang terbaik la. :)

Reply

Trading Point Malaysia January 25, 2012 at 9:22 pm

Terbaik ungkapan ini. Mari bersama-sama kita menjadi kaya..minta tunjuk ajar sifu pakdi :)

Reply

Fairuz Sulaiman January 25, 2012 at 9:39 pm

Wahh terbaik wak.

Reply

aBu January 25, 2012 at 10:27 pm

simple padat menarik…hehe ~

Reply

Saharizam January 25, 2012 at 10:52 pm

Dalam banyak urusan kehidupan kita diajar ikut sunnah Rasul dalam melaksanakannya sehinggalah aturcara pergi tandas atau berjimak dgn pasangan. tetapi kita kurang panduan berkaitan duit? Kalau kita dapat gaji RM2000 sebulan, ikut sunnah Rasul apa perkara yg kita perlu buat dan dahulukan. Simpan ke, hulur mak ayah ke, sedekah ke atau nafkah tanggungan ke? Sama-sama kita fikirkan…

Reply

eezone January 25, 2012 at 11:58 pm

Sungguh cynical tajuk posting ni. Masa mula2 baca macam agak terkejut juga. Macam tak logik Pakdi membuat posting yang anti kekayaan.

Saya amat teruja untuk berkongsi posting ini dengan rakan2 saya yang menggunakan alasan2 yang 8 tu untuk membenarkan tindakan mereka yang malas untuk berusaha dan berubah kepada keadaan yang lebih baik.

Sememangnya ‘bercakap’ lebih senang dari bertindak.

Reply

Dwen Rasid January 26, 2012 at 12:05 am

Menarik… padat dengan unsur keilmuan

Reply

shah January 26, 2012 at 3:41 am

mohon share..tq

Reply

Mancadd Lorkin January 26, 2012 at 8:11 am

Allah Swt turunkan manusia kedunia adalah demi untuk mencari keberkatan dan kekayaan didunia dan akhirat. Tetapi malangnya rata-rata umat Islam masih keliru dan kabur didalam landasan cahaya Islam yang sudah terang dan benderang. Wallahualam.

Reply

wakif January 26, 2012 at 8:45 am

terbaik lah pakdi!

Reply

syahmie January 26, 2012 at 9:16 am

ahahah, well said, sarcastically true.

Reply

aidilputra January 26, 2012 at 11:24 am

umat islam mesti kaya,barulah mudah mengukuhkan syiar Islam.

Reply

tuah January 26, 2012 at 2:50 pm

Alhamdulillah, setakat ni, dari kesemua persoalan di atas, takde satu soalan pun di ajukan kepada saya. Syukur saya dikelilingi orang yang mengutamakan akhirat, tapi tidak meninggalkan dunia. Yang berhutang tapi membayar, Yang bayar cukai tapi menunaikan zakat. Yang bawak CLS pergi surau. Yang join politik tapi menolak rasuah. Yang susah tapi tak meminta-minta

Reply

Zuraidi Zainol January 27, 2012 at 4:52 pm

Mantop! Sungguh kreatif jawapannya. kadang-kadang kena guna reverse psychology utk sampaikan mesej kpd orang-orang yg sedemikian.

Reply

nur January 28, 2012 at 6:29 pm

yg penting, duit bkn mtlamat utama utk hidup. syukran

Reply

huzaifi January 29, 2012 at 8:51 am

saya mcm pernah dengar kisah, zaman salah satu khalifah dl, xde orang yg boleh terima zakat.

so blh la andaikan xde orang dlm kumpulan fakir n miskin, semua sama ada sederhana, kaya, atau kaya raya kot..

zaman kita plak mcm mane? org yg bersusun mintak zakat lg ramai dr org bayar zakat kot..

Reply

Fadzly Moftar January 29, 2012 at 4:38 pm

Bro, perjuangan saudara untuk membuka minda dan membanggunkan ekonomi umat ISLAM amat saya sokong.

Reply

anjang January 29, 2012 at 8:25 pm

assalamualaikum… sedikt komen dari yg kurang ilmu… tapi ingin berkongsi pendapat… sesungguhnya org yg ter akhir skali masuk syurga adlah org menyimpan harta kekayaan untuk pakaiAN DI DUNIA.. dan orang yang paling mulia adlah org yang kaya tetapi dia membelanjakan hartanya untuk jalan allah…waallahualam

Reply

ella January 30, 2012 at 1:17 pm

Biarlah dunia dan akhirat seimbang..bila dah kaya jangan bongkak, sebahagian dari kekayaan tu adalah hak orang lain..

Reply

herman January 31, 2012 at 1:07 pm

salam pakdi..ramai dok tanya pasal buku pakdi tu. kat area miri ni susah nak dapat.

Reply

ahmad February 1, 2012 at 12:44 am

Senang jk.. satu jawapn untuk semua soalan2 macam ni. Tengok Abdur Rahman Al-Auf. Seorang yang kaya dan berharta, tetapi dia salah seorang yang telah dijanjikan syurga di dunia lagi. Kenapa? sebab cara menggunakan harta tu yang menentukan baik buruknya. Bukan harta saja, sama laa dengan benda2 lain pn.. masa, pangkat, tenaga.

Allahua’lam~

Reply

cikguyob February 4, 2012 at 10:48 am

Assalamualaikum….tuan Pakdi.

Bersyukur pada ALLAH Taala….diketemukan maklumat yang sebegini….
InsyaALLAH….mohon kebenaran Pakdi untuk berkongsi dengan kawan2…

Reply

sabree hussin February 5, 2012 at 12:03 am

saya suka dengan skema jawpan yang pak di bagi ini.. sepatutnya orang islam lah yang kena kaya.. baru dapat bahagi2kan kekayaan dunia dengan adil

Reply

mojako February 15, 2012 at 5:40 am

Nice one dah sahre dengan rakan-rakan difacebook. terima kasih tuan.

Reply

Nur February 20, 2012 at 1:25 pm

Serius aku cakap! Nice.. ;)

Reply

uncle maxxi February 22, 2012 at 2:04 pm

Pandangan.
1. Nabi memilih hidup miskin. `Suka ianya akan org fakir miskin dan duduk bersama mereka’
2. Harta yang ditinggalkan
3. Cinta dunya kepala segala penyakit
4. Impian sang kapitalis tiada orang miskin.
5. Takut untuk dihisab. Atau seumpama bermain dgn ular. Awas bisanya.
6. Kamu menjaga harta. Ilmu menjaga kamu
7. Harta adalah waris Qarun. Ilmu adalah waris nabi
8. Zuhud sunyi hati dari harta. Bukan tiada harta.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: