Ini Khilaf! IM Asyraf Tanya Pilih Atas Dasar Nafsu atau Taqwa ?

fb bank islam

Semasa satu program di Universiti Malaya, Imam Muda Asyraf menjawab soalan yang berbunyi lebih kurang:

+ Macam mana nak tegur kawan kita yang terlibat dalam skim pelaburan cepat lingkup?

Jawapan yang IM Asyraf bagi panjang, dari perspektif dakwah, dan jawapan yang saya nak kongsikan adalah seperti berikut.

IM Asyraf menerangkan kira-kira seperti ini…

Orang bertaqwa sebelum melabur, dia pergi jumpa ustaz dulu, tanya perihal halal haram, fahamkan, baru buat keputusan.

Manakala yang sebaliknya, terus dump RM 50,000, pinjam bank ka mana ka, bila ada isu pi jumpa / tanya 10 orang ustaz.

Dari 10 yang ditanya, 9 kata tak Shariah compliant.

Jumpa 1 ustaz yang kata ok, dia pun pilih yang tu dan dok jaja kata, “Ini khilaf,”

Sebab apa dia pilih yang tu, sebab dia dah dump RM 50,000!

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.