"Pakdi, patut tak saya jual rumah-rumah ni dan buat modal beli saham?"

Itu soalan yang saya terima tempoh hari.  

Selepas menghirup ice blended coklat di atas meja saya pun bertanya semula, ""Average rental yield berapa?"

"Dalam 5%," pantas jawapannya.

Saya bertanya lagi, "Portfolio saham sekarang berapa pula return dia?"

Jawapannya lama sikit sebelum beritahu, "Masih rugi lagi ni,"

"Takkan rugi, saham-saham yang beli tu kan dapat dividen, campur-campur semua patut dapatlah juga positif %. Yang dulu-dulu lagi berapa?" Saya pelik juga dia jawab rugi. Dia bukannya baru semalam melabur saham.

"Tak tahu cara kira yang sepatutnya, Pakdi tak ajar pun!" Tersengih sambil taichi jawapan.

Ha ha ha.

Saya pun tunjukkan cara kiraan yang sepatutnya dibuat. 

Kemudian beritahu, "Lepas siap buat ni baru dapat jawapan, patut jual rumah ke tak," .

Itulah kerja saya.

Saya sebagai licensed financial planner beri khidmat nasihat berdasarkan apa yang terbaik untuk seseorang. What is the best for the client.

Kalau seseorang itu ada portfolio hartanah yang dapat beri return lebih baik dari portfolio saham, maka tak perlu ambil tindakan menjual rumah-rumah yang ada untuk buat modal beli saham.

Kalau seseorang itu portfolio unit trust dia tengah rugi, kita buat bedah siasat kenapa boleh jadi macam itu. Buat balik asset allocation yang sesuai dengan diri dia.

Tidak lah jadi pelaburan ikut orang. Orang beli emas dia ikut beli. Orang beli saham dia follow. Orang cerita unit trust A begini, dia pun sama begini.

Saya strukturkan customized investment plan ikut keperluan dan kesesuaian seseorang.

Mahukah tuan-puan ada customized investment plan macam itu?

 Jika mahu, teruskan membaca: 

SUZARDI MAULAN

Islamic Financial Planner

Untuk mendapatkan sesi konsultansi kewangan dari beliau seperti di atas, tuan-puan perlu hadir ke kelas pelaburan berikut terlebih dahulu:

INVESTMENT WORKSHOP 4 RETIREMENT

November
18
  • 18 November 2017
  • 9 am - 12:30 pm
  • Sabtu
  • 20 kerusi sahaja

TAK DAPAT HADIR PADA HARI TERSEBUT ?

 ISI ALAMAT EMEL UNTUK NOTIFIKASI KELAS SETERUSNYA