Idea Bisnes

Jika saya minta kalian menyenaraikan idea bisnes, barangkali 1,001 idea bisnes dapat dikeluarkan.

Mudah.

Namun bagaimana jika saya minta kalian senaraikan idea bisnes yang menguntungkan? Saya yakin 101% senarai tersebut pasti berbeza dengan senarai yang asal.

Tujuan utama kita buat bisnes adalah untuk menebalkan poket dan menambahkan ‘000 dalam penyata akaun bank. Kita bukan buat bisnes semata-mata nak ‘ada bisnes’. Semata-mata dah ada produk, dah ada kepakaran kita dah boleh mula bisnes.

Memang dah dapat buat bisnes, tapi untung, rugi atau cukup-cukup makan?

Buka kedai, ada produk, buat blog (dengan harapan iklan masuk mencurah) adalah langkah yang paling senang. Tetapi dalam bisnes ada seni-seni yang tersendiri.

Misalnya ketika Sayyidina Abdul Rahman al-Awf berhijrah ke Madinah sehelai sepinggang, beliau ditawarkan seorang wanita untuk dijadikan isteri dan juga separuh harta saudara Ansar beliau yang juga seorang yang kaya raya, Sa’d bin Ar-Rabi al-Ansari.

Bayangkan ada seorang jutawan ingin memberi 50% hartanya kepada kita.

Tapi beliau menolak dengan baik. Apa yang Sayyidina Abdul Rahman al-Awf minta adalah ditunjukkan di mana letaknya tempat berjual beli (pasar)? Ditunjukkan di mana pasar, lantas Sayyidina Abdul Rahman pun masuk ke pasar dan akhirnya menjual yogurt dan mentega di Pasar Qainuqa.

Puan Ainon Mohd, pengasas PTS Media Group Sdn Bhd menyatakan intipati penting dalam hadis ini adalah dalam bisnes bukan produk yang datang dulu. Tapi cari apa yang orang mahu dalam pasaran.

Oh ya, kita jangan pula menyempitkan hadis ini dengan berkata, ‘Bisnes yang menguntungkan dalam Islam adalah bisnes yogurt dan mentega, maka marilah kita berniaga ikut sunnah dengan ikut apa yang para Sahabat jual.’

Justeru kenal pasti ‘pasar’ kita dulu. Pasar basah, pasar facebook, pasar twitter, pasar malam, pasar(an) saham sehinggalah pasar-pasar yang lain. Cari apa yang orang mahu dalam pasar tersebut. Dan jual.

Sudah tentu jual cendol di tepi jalan lebih untung dari jual cendol di media sosial!

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.