Ibu, Apa Maksud Tanggung Hutang Selepas Kahwin Ya ?

askmomhutang

Anak-anak ini sukar nak dijangka.

Misalnya, mereka membaca akhbar.

Mereka pun bertanya sambil menunjukkan ke akhbar yang dibaca, “Ibu apa maksud tanggung hutang selepas kahwin ?”

Apakah kita telah bersedia menjawab soalan-soalan anak untuk hal kewangan sebegini ? Maksudnya, jawab sehingga faham dan bukannya mengelak dari menjawab.

Sedangkan peribahasa ada menyebut, “Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya,
.

Kajian di Amerika oleh T Rowe Price dari 2011-2013 menunjukkan kanak-kanak lebih bertanya kepada ibu mereka mengenai soal duit. Kajian pada 2013 mendapati 59 dari 100 kanak-kanak bertanya ibu mereka terlebih dahulu.

Selepas itu baru bapa.

Saya tidak pasti di Malaysia kajian sebegini ada dibuat atau tidak. Namun saya pasti anak-anak mempelajari cara urus duit dari ibu bapa melalui pemerhatian mereka setiap hari.

Adakah kita sebagai ibu bapa:

  • Mempunyai tabiat menabung?
  • Tahu bagaimana pengiraan caj kad kredit?
  • Tahu cara yang betul untuk membuat pelaburan?
  • Tahu apa itu compounding interest?
  • Banyak shopping?
  • Berhutang dulu bayar kemudian?
  • Kena kerja keras dulu baru beli barang?
  • Menasihatkan anak kita berbelanja dahulu, yang lebih baru simpan?
  • Berbincang mengenai duit secara terbuka dengan anak-anak?

Anak-anak itu ibarat kain putih.

Kita lah yang mencorakkan mereka menjadi Abdul Rahman al-Awf, Khadijah binti Khuwailid atau pun Qarun.

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.