Hutang Isi Rumah Malaysia 2013

Orang Jawa kata household debt.

Laporan Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Financial Stability and Payment System Report 2013 dan juga kenyataan dari Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan:

  • Household debt 2013 mencecah RM 854.3 bilion atau 86.8% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
  • Growth household debt ini bagaimanapun berkurangan ke 11.7% dari 13.5% pada 2012.
  • Hutang beli rumah (residential) adalah jumlah paling besar, RM 377.7 bilion (44.2%).
  • Hutang beli kenderaan, RM 149.9 bilion.
  • Hutang pembiayaan peribadi RM 141.5 bilion.
  • Hutang hartanah bukan rumah (non-residential) RM 65.2 bilion.
  • Hutang beli sekuriti (saham dll) RM 54.9 bilion
  • Hutang kad kredit RM 35.5 bilion
  • Hutang lain-lain RM 29.6 bilion.

ploan

Komen saya:

1. Harga rumah yang semakin meningkat menyebabkan hutang rumah adalah besar.

2. Kerisauan yang lebih utama adalah hutang berkaitan kereta dan pembiayaan peribadi kerana kedua-dua hutang ini tidak disandarkan kepada sebarang aset, berbanding hutang beli rumah.

3. Justeru, langkah kerajaan dalam isu berkaitan harga kereta amatlah dialu-alukan.

4. Begitu juga budaya berhutang untuk berkahwin, berhutang untuk buat renovasi rumah juga kita perlu berhentikan. Kita perlu berbelanja tunai untuk membuat kenduri kahwin dan membuat renovasi rumah.

5. Persoalan besar juga, sejauh mana kenaikan gaji di Malaysia berlaku sedangkan hutang isi rumah meningkat lebih dari 10% setahun. (2011, 13.5%, 2010, 15.7%)

Mahukah tuan menguruskan hutang dengan bijak? Sila klik link di bawah untuk bermula:

www.panduancashflow.com

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.