Hutang-Hutang Yang Dapat Sebabkan Cashflow Lintang Pukang

werk

Dalam hidup ini ada masanya kita perlu berhutang.

Walaupun begitu, jangan sampai terlebih hutang.

Hutang piutang mesti dirancang dengan cermat supaya matlamat kewangan yang besar seperti memiliki rumah sendiri dapat dicapai. Beli harta dulu dan jangan mulakan dengan beban kewangan. Mudah-mudahan dengan cara itu cashflow bulanan tuan sentiasa positif.

Berikut adalah perkara-perkara yang sering menyebabkan rakyat Malaysia hilang cashflow setiap bulan:

1. Hutang PTPTN

Bayar hutang PTPTN apabila sampai waktunya iaitu bermula bulan ke-7 selepas habis belajar.

Ini adalah realiti yang berlaku kepada majoriti lepasan kolej & universiti.

Maka antara kaedah untuk menguruskan cashflow bulanan dengan lebih baik ialah mengambil tahu insentif-insentif yang kerajaan sediakan seperti diskaun / rebat bayar hutang PTPTN. Kegagalan membuat bayaran PTPTN dengan baik menyebabkan rekod kredit tuan dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS) menjadi buruk.

— Kesan Tak Bayar Hutang PTPTN; Rekod CCRIS Menjadi Buruk

2. Hutang Kereta

Kereta merupakan simbol kekayaan palsu.

Kereta mengalami susut nilai (depreciation).

Pastikan tuan membeli kereta supaya tidak membeli kereta di luar kemampuan sebenar. Fungsi utama kereta adalah pergi ke A daripada B.

— Membeli Kereta Barangkali Tindakan Kita yang Paling Bodoh

3. Hutang Motorsikal

Apabila beli motorsikal pula lain pula ceritanya.

Ini kerana kadar faedah yang dikenakan adalah lebih tinggi. Tapi apa lagi pilihan yang ada jika tidak mampu beli motorsikal secara tunai ?

4. Hutang Personal Loan Edisi Perkahwinan

Sekiranya sudah sampai masanya, maka berkahwinlah.

Namun jangan berhutang keliling pinggang hanya untuk kenduri perkahwinan. Dalam perkahwinan, hidup selepas berkahwin itu adalah lebih utama dari majlis kenduri kendara. Membuat kenduri perkahwinan itu sunat, tetapi memberi nafkah secukupnya kepada isteri itu adalah wajib.

Berhenti Jadi Raja Sehari Kemudian Jadi Hamba Bank 10 Tahun

5. Hutang Beli Barang Isi Rumah

Beli mesin basuh. Beli peti sejuk. Beli televisyen. Dan perkara-perkara seperti itu.

Sekiranya belum mampu, simpan duit dulu. Jangan ambil skim-skim ansuran mudah yang  banyak ditawarkan di pasaran. Kira dulu antara skim ansuran dan bayar tunai. Tuan pasti terkejut melihat angkanya.

6. Hutang Pembiayaan ASB (ASB Loan)

Kena faham risiko-risiko yang terlibat.

Kena tahu kiraan-kiraannya.

Pembiayaan ASB perlu dirancang sebaiknya. Jangan ikut apa orang lain tulis main-main conteng kira ikut suka. Diri sendiri tak buat pun. Sedangkan setiap orang cashflow tak sama. Setiap orang keperluan tak sama. Hanya buat berdasarkan kemampuan.

Buat pembiayaan RM 100 ribu, bukan esok terus dapat dividen dan bonus ASB tu. Awal tahun berikutnya baru dapat dividen. Sama ada dapat dividen penuh tak penuh, bergantung kepada bilakah pembiayaan itu dibuat. Sementara nak tunggu dividen bagaimana keadaan cashflow bulanan tuan ?

Untung Ke Buat Loan ASB ?

7. Hutang Kad Kredit

Sekiranya tuan pakai kad kredit dan tak pernah terus habis bayar.

Apakah tuan pernah buat kiraan berapa lama dan berapa banyak hutang tuan sebenarnya ?

Dalam situasi berhenti pakai kad kredit dan ketika itu hutang kad kredit berjumlah RM 3,000 dengan caj 17.5% setahun, tuan memerlukan masa selama 4 tahun dan 6 bulan untuk habis bayar.

Apa Yang Anda Mesti Tahu Tentang Hutang Kad Kredit ?

8. Hutang Beli Rumah

Beli rumah belum tentu rumah itu jadi harta.

Bergantung sama ada rumah itu rumah kediaman atau pelaburan. Malah, kalau rumah yang dibeli untuk pelaburan sekalipun, kalau tak buat kiraan yang betul dapat menjejaskan cashflow tiap-tiap bulan. Maka, kurangkan membaca dan mendengar cerita penglipur lara mengenai pelaburan hartanah. Beli rumah memang mudah, tapi yang sukarnya adalah membeli rumah yang menguntungkan.

Cara Pilih Pinjaman Loan Rumah

7. Hutang Personal Loan Masuk Skim Sontot

Orang tamak selalu rugi.

Macam anjing dengan bayang-bayang.

Bagaimana Nak Tahu Sesuatu Skim Pelaburan Itu Menipu Atau Tidak ?
.

Hutang-hutang ini kena diuruskan dengan baik.

Supaya cashflow bulanan tuan tidak lintang pukang. Supaya hidup tenang walaupun berhutang. Apabila cashflow sudah bagus, maka nak keluar dari hutang lebih cepat dari jadual pun boleh.

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.