Hukum Simpanan Skim Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN)

ss

Kepada tuan puan yang ada bertanya mengenai status kepatuhan Shariah Skim SSP.

Berikut adalah maklumat yang diperoleh:

1. Berdasarkan maklumat di laman web BSN sendiri, SSP telah pun menawarkan akaun berasaskan kontrak Mudharabah.

Sebagai salah satu bank yang ada menawarkan perbankan Islam, mereka juga mempunyai Majlis Penasihat Shariah.

2. Perkara ini juga telah dimaklumkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan sejak tahun 2012 lagi.

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Bank Simpanan Nasional (BSN), Muzakarah mendapati dan berpuashati bahawa pelaksanaan skim Sijil Simpanan Premium (SSP) oleh BSN telah dikemaskini dengan menggunakan akad Mudharabah (perkongsian untung) dan dana SSP dilaburkan dalam instrumen dan aset yang mematuhi Syariah serta hadiah-hadiah yang disumbangkan adalah menggunakan dana dari sumber Skim Perbankan Islam (SPI) BSN.

About the author: Suhaida Mahpot; Konsultan Kanan di AFIQ Training & Advisory

Comments on this entry are closed.