Hukum Short Selling di Bursa Malaysia

bursa

Short selling merupakan aktiviti jual dulu, beli kemudian.

Contohnya, jual saham TM pada harga RM 7 terlebih dahulu, dan membelinya semula pada harga RM 6.

Ya, jual beli barang yang belum ada. Di Bursa Malaysia, ia disebut regulated short selling (RSS).

Memandangkan saham bukan barang ribawi, tak macam macam matawang, emas dan perak maka kaedah jual beli saham adalah lebih fleksibel kerana ia tidak membabitkan isu riba.

Maka apa yang berlaku adalah isu gharar atau isu keraguan melampau seperti persoalan di bawah.

“Kalau dah beli barang, tiba-tiba tak boleh deliver barang ?”

Perbahasannya panjang.

Kepada tuan yang nak jawapan pendek, sila baca perenggan ini sahaja:

…the SAC at its 69th meeting on 18 April 2006 resolved that regulated short selling (RSS) is in line with the Shariah as the inclusion of SBL principles in RSS eliminates the element of gharar.

(Sumber: Resolutions Of The Securities Commission Shariah Advisory Council 2nd Edition)

Maksudnya keraguan melampau telah dihapuskan. Sebab itu wujud perkataan regulated sebab ada regulasi Bursa Malaysia dalam perkara ini.

Kepada tuan yang nak jawapan panjang, barangkali untuk tujuan kajian dan sebagainya, sila ke website Suruhanjaya Sekuriti dan muat turun Resolusi MajlisPenasihat Shariah SC edisi kedua, m.s. 71

Klik sini -> Resolutions Of The SC Shariah Advisory Council

About the author: Suhaida Mahpot; Konsultan Kanan. Mahu menjalankan seminar & latihan pengurusan kewangan peribadi ? Sila hubungi kami melalui link berikut : www.afiqtraining.com

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.