“Boleh tak melabur emas dengan ar-Rahnu?”
Melabur emas dengan bergadai?
Saya bertanya dalam hati.
Daripada emel-emel yang saya terima, prosesnya adalah seperti berikut:
1. Penjual menjual emas 20g dengan harga RM 3000.
2. Pembeli hanya perlu membayar 30% bersamaan dengan RM 900.
3. Pergi ke kedai ar-Rahnu dan emas tersebut dipajakkan 70% dari harga semasa. Selepas selesai proses ar-Rahnu, pembeli menerima RM 2,100.
4. Pembeli membayar baki hutang kepada penjual iaitu RM 2,100 yang diterima dari ar-Rahnu. Emas kedai yang simpan.
5. Penjual senyum untung jual emas. Pembeli ada hutang RM 2,100 dan juga perlu membayar upah simpan. Emas dalam kedai ar-Rahnu.
Persoalan Hukum
Jual beli di atas adalah tidak patuh Syariah. Haram kerana proses jual beli di atas adalah jual beli secara hutang.
Jual beli emas secara berhutang adalah riba.
Sila rujuk artikel saya mengenai isu ini menerusi link berikut:
Apa yang Boleh?
1. Beli emas secara tunai, RM 3,000 untuk 20g.
2. Selesai jual beli barulah emas 20g itu tadi digadaikan di kedai ar-Rahnu.
3. Dapat RM 2,100 boleh lah digunakan untuk apa-apa tujuan yang baik.
4. Bayar upah simpan dan tebus balik emas dengan membayar hutang RM 2,100.
5. Emas dapat semula. Hutang habis.
Bijak ke Tidak?
1. Persoalan hukum sudah terjawab.
2. Perhatikan kesan yang pembeli perlu tanggung:
i. Hutang sebanyak RM 2,100.
ii. Kos upah simpan
iii. Emas disimpan oleh kedai ar-Rahnu dan mereka akan lelong emas tersebut bila kita gagal bayar hutang dan kos simpan apabila sampai tempohnya.
3. Adakah “melabur” untuk mendapatkan “hutang” adalah langkah yang bijak?
4. Harga emas tidak sentiasa naik.




maaf pakdi saya kurang faham skit. maknanya kalo saya pajak barang kemas utk menggunakan wang itu haram ke? maaf saya kurang jelas.dan satu lagi apa hukumnya membeli emas yg di lelong? mohon pencerahan. terima kasih.
1. Boleh pajak, cuma pastikan jual beli emas berlaku dengan tunai.
Saya ada terangkan di atas:
Apa yang Boleh?
2. Boleh je beli emas dilelong. Bila menang bid, beli lah secara tunai.
terima kasih byk pakdi
T.kasih Pakdi. Artikel yang sangat membantu pelabur emas.
sgt jelas pakdi, mekasih..
sya rasa isu gadai ni kembali hangat maybe sbb ada cerita seorang artis yg buat bisnes emas menerusi ar-rahnu then byr ansuran… leh baca di link berikut :
http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=637625
semoga ramai lebih memahami hukum dlm investment emas ni .
Pelik-pelik skim emas zaman sekarang. Risiko tinggi pun, masih ada yang berminat, itu lagi pelik. Beli emas secara terus lebih mudah.
Oh, ada selebriti terlibat ke dalam skim emas pelik macam ni…
p.s. Noriz punya komen masuk spam sebab ada link
pelik bagi yang jahil..
tuan nak tanya, kalau pinjam duit kawan atau sedara rm3000 lepas tu beli emas tu then pajak kat ar rahnu, baki rm900 tu kita topup untuk pulangkan balik (rm3000) kepada kawan atau sedara kita tadi, adakah sama situasi ni?
Maklumat tuan tulis tu seperti tergantung. Tidak cukup maklumat.
macam ni tuan:
Harga emas 20g = RM 3000
katakan saya dapat pinjam RM3000 dengan kawan atau sedara
lepas tu saya pajak ke ar rahnu akan dapat semula 70% = RM 2100
jadi saya topup balik RM 900 untuk saya pulangkan duit tersebut (RM900 + RM2100 =RM3000) kepada kawan atau sedara saya tadi,
adakah proses jual beli ini adalah jual beli secara hutang?
a. Pinjam duit (transaksi 1)
b. Beli emas tunai (transaksi 2)
c. Simpan di ar-Rahnu dan gadai; dapat tunai 70% harga emas (transaksi 3 & 4)
d. RM 900 + RM 2,100 bayar hutang transaksi 1.
Jika betul apa yang saya tulis di atas, maka ia bukan jual beli emas secara hutang. Kita boleh buat sebegitu.
Sekadar perkongsian ilmu bersama.
Ya,saya bersetuju dengan Pakdi. Ini kerana ia melibatkan dua tersaksi yang terpisah. Persoalan dari sudut hukum jelas.
CUma, jika dilihat kesannya ia tetap sama:
Perhatikan kesan yang pembeli perlu tanggung:
i. Hutang sebanyak RM 2,100 atau kurang/lebih (bergantung pada kadar semasa pajakan dibuat)
ii. Kos upah simpan
iii. Emas disimpan oleh kedai ar-Rahnu dan mereka akan lelong emas tersebut bila kita gagal bayar hutang dan kos simpan apabila sampai tempohnya.
4. Harga emas tidak sentiasa naik!
Oleh itu, terpulang kepada kebijakan pelabur. Keputusan pelaburan sangat penting dalam menentukan keuntungan atau kerugian pelaburannya.
Wallahualam.
jual beli x sah syariah ?
dia berhutang dengan penjual emas ka, berhutang dengan arrahnu ?
ar rahnu x jual emas.
hutang beli emas dengan ar rahnu x berlaku, hutang pajak emas ada.
pembeli yang nak beli emas cuma sediakan modal dulu 30% dari nilai, penjual serah emas n akad harga 100% , emas dah sah tukar milik, duit kejap lagi kasi la kat penjual, sama2 redha la bukan nak lari…
dah pajak, dapat duit 70% gadaian emas yg memang sudah menjadi hak milik sendiri tadi, tambah 30% modal mula tadi, jadi 100% bayar seketul cash kat penjual emas.
asalkan majlis jual beli belum berakhir lagi untuk elak riba., penjual dan pembeli x berpisah lagi….
penjual boleh bertolak ansur la duit bayar kemudian pun xpa, sekejap ja, sejam ja pun. jadi proses jual beli emas ini tetap berlaku secara tunai. tidak ada riba.
emas memang tidak boleh dibeli dengan harga tangguh.
tapi cara diatas tu harga tangguh ke? berapa lama tangguh, berapa penambahan harga? ,ada kontrak mcm beli kereta ka?.. nehi….
kalau nak kata beli emas dengan cara ar rahnu pun x boleh sebab berhutang, maka pinjam duit kat sedara untuk beli emas pun x boleh sebab hutang jugak. hutang tetap hutang. no kompromi. patutnya kena ada statement mcm tu kat atas td, baru pembaca yakin.
manusia2 yang ada emas dalam ar rahnu tu semua nak biar emas kena lelong ke….
maintain ja upah simpan, harga emas naik, overlap ja surat pajak gadai, apa susah.
xmau ambik duit lebihan overlap, boleh buat bayar ansuran untuk tebus balik emas. apa susah,..
sebelum tu nak tanya, emas hiasan termasuk kategori barang ribawi x? ada banyak gred 916, 875, 750, haga pun lain2….
sekian harap dapat2 bertukar pendapat dari saya yg bahasanya agak kasar….
Ya, bertangguh kerana serah-tunai tidak berlaku dalam satu majlis.
majlis jual beli masih berjalan kerana pembeli dan penjual belum berpisah, bayaran cash cuma mengambil sedikit masa sahaja lingkungan satu jam kerana proses mengeluarkan duit dari ar rahnu mengambil masa kerana banyak dokumen perlu disain. barang yg digadai sudah sempurna ditukar hak milik sebelum itu dengan adanya akad jual beli dengan harga 100% sebelum masuk dalam ar rahnu. malah pembeli dan penjual sama2 masuk dalam ar rahnu untuk memastikan ketulenan dan ketepatan berat emas yg hendak dijual.
kalau hendak disamakan jugak dengan penangguhan atau riba nasiah, beli emas cash di kedai emas pun sama saja, ambil masa jugak walau 5 minit pun untuk pembeli nak kira duit dulu, nak ini nak itu, penjual xkan sesekali bagi pembeli emas dulu sebelum pembeli serah duit sepenuhnya. ambil masa jugak nak tulis resit nak sain n lain2 jadi adakah itu hendak dikira tangguh juga…
jadi setelah cash diserahkan sepenuhnya baru pembeli dan penjual berpisah. tamat majlis.
‘kalau makan di kedai pun dah habis makanan masuk dalam perut pun nak bayar lepas habis makan juga. dalam makanan pun ada garam, ada gandum. tapi x keluar kedai lagi selagi x bayar habis. tu nak jadi darah daging tu. kalau keluar kedai baik rumah x bayar baru kira hutang, tangguh.
betul garam dan gandum dah berubah sifatnya kerana bercampur bahan lain dalam makanan,
begitu juga emas perhiasan dicampur bahan lain untuk dibentuk dan ditempa.
minta jasa baik tuan pakdi memberi pencerahan saya banyak menimba ilmu dari blog tuan cuma bahasa saya x pandai jaga,
1. Jawapan saya sama, ia adalah urusniaga berhutang.
2. Emas tersebut digadai atas nama siapa?
3. Beli barang ribawi berlainan jenis seperi gandum, barli, kurma dan garam boleh berhutang. Emas, perak dan matawang adalah barang ribawi yang sama jenis, jadi tak boleh ada hutang / tangguh.
4. Boleh rujuk sini juga, http://www.pakdi.net/jual-beli-tunai/
jawapan no 2. : emas tersebut digadaikan atas nama pelanggan. sebab itu sudah ada akad jual beli sebelum masuk ar rahnu.
oh begitu, terima kasih atas pencerahan.
nampaknya lepas ni kena ikut cara aly di atas.
saya akan pinjamkan duit cash kepada pelanggan untuk membeli emas saya.
asalkan transaksi yg berlainan, supaya tunai tetap diserahkan dalam satu majlis semasa beli emas.., setelah selesai pajak dalam ar rahnu, maka pelanggan boleh bayar balik duit yg dipinjamnya itu kepada saya..
cthnya , saya pinjamkan rm10k kepada pelanggan saya.
pelanggan saya boleh ikut suka nak gunakan duit saya itu untuk apa tujuan pun, tapi saya mintak dia beli emas saya la…. dia pun setuju, dia beli emas saya rm200 segram sebanyak 50gram maka jumlahnya rm10k. dia serah duit rm10k, saya serah emas, selesai.
pelanggan saya pegi pajak emas, dah dapat keluar duit, bayar balik rm10k kat saya. settle utang. selesai..
adakah cara ini dibolehkan,
Dalam hadis ada sebut, “Setiap pinjaman (qard) yang beri manfaat kepada si pemberi, maka ia adalah riba.”
Penerangan tuan ada sebut “mensyaratkan beli emas saya,” justeru, saya khuatir ia jatuh dalam kategori manfaat seperti dalam hadis tersebut.
jawapan yg ringkas dan padat dr pakdi
Hakimix adalah contoh umat yang cuba sedaya upaya memanipulasikan syariat Islam untuk menghalalkan sesuatu selagi mana boleh demi kepentingan duniawi ~
kalau tidak jatuh haram masih belum haram. yg jadi haram kalau sokong pemerintahan sekular yg menolak hukum Islam. bila umat Islam cuba bangkit bina kekuatan ekonomi melalui emas, macam2 yg komplen, tapi tiap2 bulan boleh pulak bayar loan kereta atau loan rumah yg terang2 ada riba. x bising pulak.
manipulasi x haram, kita cuma manfaatkan sebaiknya ruang2 yg ada selagi tidak menyalahi syarak, sebab itu adanya perbincangan, muzakarah. bila ekonomi kuat boleh bantu sesama Islam, boleh bayar zakat. xrugi beli emas, setiap tahun harganya meningkat, dengan cara ar rahnu ini sebenarnya membuka ruang kepada masyarakat dapat memiliki emas dalam simpanan mereka.oleh kerana beli emas x boleh berhutanglah kita gunakan kaedah ar rahnu. untuk cuba terlepas dari riba.
Dunia sekarang berdiri atas sistem keewangan kapitalis yg memaksa manusia menerima kertas kapas atau polimer sebagai wang kita. kertas kosong tu hanya dipaksakan nilai kepada kita. sampai bila nak bergantung kepada duit ringgit ?
dengan emaslah kita dapat melindungi kecairan aset kita. andai kata berlaku peperangan, ringgit jatuh, nak beli beras sampai 5 ribu cash kena bayar, mana nak cari duit, kalau ada emas, 50gram pun dah memadai tampung bekalan untuk tempoh yang lama. kalau ada 10000 cash dalam bank pun, nilainya akan susut, kalau ada emas dalam bank, nilainya akan melambung naik . nak jadi mcm zimbabwe, duit seguni pun nak beli roti pun x lepas. ingat pada tahun 1980an dulu duit mereka lebaih mahal dari USD. sekarang apa jadi? .
kad kredit bank islam pun kalau lambat bayar bleh jamin xda riba ke? atau tukar ayat, ‘denda lewat’ …
Skim saraan 1 Malaysia tu mcm na, xnak komplen ke….
belajar masuk universiti ambik kos usul fiqh atau bidang syariah pun kena buat PTPTN. komfirm xdak riba ke PTPTN tu…..
sedarlah kita semua termasuk ustaz ka, pegawai syariah ka, apa ka, semua bergelumbang dalam lumpur sistem konvensional, cuma la ni jangan sapa2 p baling lumpur tu kat orang lain sudah. bila ada yg nak keluar bersih kaki mula la ada yg komplen. contohnya mcm abu kat ats tadi.
panjang penjelasannya.. nak tanyalah, siapa yang tentukan harga emas ni huh? kita dok tengok harga kat dalam internet dan kat dalam tv ni agaknya siapa yg letak ye? adakah harga dier ikut supply&demand? mcm mana diorg kira total supply&demand yang ada dlm dunia ni, dan translate kan kepada satu harga yang seluruh dunia ikut utk jualbeli? siapa diorg? org kapir ke islam yg kontrol menda ni? mesti org islam kan sebb emas ni org kapir x pkai atau simpan.. diorg pkai USD Pound dan matawang yg diorg reka kan? kan? kan? entahla labu.. mcmana kalau diorg salah kira ke, sengaja salah kira ke, siapa yang pantau diorang? atau kita belasah je ikut harga diorang, dah sumer org pon ikut. semalam aku beli murah, tetiba hari ni diorg kata naik, aku pon jual ikut harga diorang kata walaupon xda org demand kat aku pon..
nada macam marah dan cepat melenting bila ditegur
aku tak pandai nak berhujah panjang lebar dengan fakta demi kepentingan diri
teruskan perjuangan mu saudara hakimix
lupa nak bgtau, emas perhiasan tidak termasuk dalam illah ribawi. emas syiling atau emas jongkong baru dikategorikan item ribawi. itu fakta.
Itu adalah pendapat minoriti ulama antaranya Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim.
Manakala majoriti ulama tetap menyatakan emas perhiasan juga adalah barang ribawi sama seperti emas syiling, jongkong, wafer dan lain-lain.
“kalau tidak jatuh haram masih belum haram”
“sedarlah kita semua termasuk ustaz ka, pegawai syariah ka, apa ka, semua bergelumbang dalam lumpur sistem konvensional, cuma la ni jangan sapa2 p baling lumpur tu kat orang lain sudah. bila ada yg nak keluar bersih kaki mula la ada yg komplen”
“itu fakta”
quote from hakimix
aku memang mengaku tak pandai agama dan menyatakan “fakta2″ dengan huraian panjang lebar demi kepentingan diri…
semua jawapan Pakdi yang ringkas dan padat menjelaskan segala2nya..
aku sgt hormat cara Pakdi berbicara dan berhujah.
Salam Pakdi,
Boleh ke kita jual beli emas dgn kad kredit, bukan sbb niat nak berhutang tp just untuk mendapatkan point kad kredit dan untuk memudahkan urusan jual beli. Maksudnya, selepas kita selesai urusan jual beli emas, kita terus membayar hutang kad kredit kita sebelum interest dikenakan. Lagi satu, susah untuk membawa cash banyak2 utk membeli emas ni.. Mintak pencerahan. Terima kasih..
aku tak pandai berhujah, tapi melalui pembacaan dan menuntut ilmu dengan ustaz2, simple answer…kad kredit kira tunai, sbb yg berhutang antara pemilik kad dgn bank
aku hormat cara Pakdi berbicara, beliau lebih arif dan sesuai beri penjelasan dgn fakta
panas sungguh isu emas ni..nt ade plak pertikai, ASB haram nape ramai mulayu melabur? Arak haram nape masih dijual di selangor (contoh) ?
seumpama hukum solat jamak.. dah drive ke destinasi tp baru dpt 70km aje..so xleh nak jamak qasar…utk menipu hukum, maka saje buat u-turn ckup kan 90km so boleh dpt jamak qasar…
terima kasih…
untuk anda memahami dengan lebih jelas lagi mengenai apa yg telah tuan Pakdi tulis…anda kena fahami dahulu…sesuatu hukum
setiap hukum yg ada berasal dari peristiwa yang berlaku…begitu juga dengan arrahnu
anda kena faham syarat sah arrahnu dahulu
dalam majalah melenium muslim bulan 3 terdapat satu artikal mengenai syarat sah arrahnu…
anda juga harus tahu..arrahnu ini wujud diambil dari peristiwa rasulullah buat gadaian…
dan jika anda dah tahu akan kisah ini…anda akan faham kenapa belian emas secara arrahnu adalah riba
1)hukum jual beli ….mesti selesai tanpa penanguhan
2)syarat sah arrahnu…barang yg nak digadai adalah barangan bernilai dan sempurna milik
dalam kes ini…emas yg digadai bukan sempurna milik kerana akad jual beli belum sempurna…pembeli membayar 35% dari harga emas yg mengikut nilai marhun arrahnu…
rasulullah mengadai baju perisai baginda untuk menjelaskan hutang seorang yahudi…untuk makluman…barang gadaian arrahnu tidak semestinya emas..yg penting bernilai….dizaman rasulullah alatan perang adalah satu barang yg bernilai…jadi boleh dijadikan barang gadaian….dizaman ini…emas adalah barang yg paling bernilai…
jadi rumusan bagi….pembelian emas secara arrahnu adalah tidak patuh syariah jual beli dan syarat sah arrahnu
anda hanya boleh gadai emas diarrahnu jika emas itu adalah sempurna milik si pengadai
sekian
w’alam
Harga emas x sentiasa naik…
tiada siapa tahu benda berlaku masa hadapan….percaya pada ramalan?
hukum lain pulak akan berlaku…
hehehe
assalamualaikum semua
nk tny, saya pernah dengar ada org invest emas tetapi emas tu diorg tak dapat..lepas tu, dapat dividen lagi tu..tolong jelaskan..
Bank negara tidak pernah memberikan lesen untuk mana-2 syarikat buat skim pelaburan emas dan memberikan pulangan bulanan….
pengambilan deposite secara haram dan menjanjikan pulangan bulanan adalah salah disisi undang-2…
disisi syarak mcm mana pulak?
Sila rujuk efatwa…paremeter pelaburan emas
salam..
sye da bce semua komen dri yg 1st smpai last skali…Alhamdulillah sye dah fhm sket tp 1 yg sye x fhm adalah:
saudara mohd hasfarizan mengatakan ini “dalam kes ini…emas yg digadai bukan sempurna milik kerana akad jual beli belum sempurna…pembeli membayar 35% dari harga emas yg mengikut nilai marhun arrahnu…”
apa yg sye phm dri penjelasan beliau adalah barang yg msh hutang tidak boleh dijual…maknanye jika kite membeli sesuatu barang dengan berhutang maka barang tersebut tidak boleh dijual balik…jd adakah jika kite membeli kereta dengan berhutang, kereta tersebut juga tidak boleh dijual…akan tetapi pembelian cara ini byk dilakukan oleh masyarakat sekeliling kite…membeli kereta dengan hutang lepas tu nk tukar kpd kereta lain, kereta lame yg masih hutang dijual, dpt duit byr lebihan hutang n selebihnye wat downpayment untuk membeli kereta baru…adakah cara ini tidak boleh???
MIntak penjelasan sgt2 daripada sesiapa sahaja yg sudi mnjawabnye….semoga kita same2 mendapat keberkatan hidup daripada Allah s.w.t.
dalam urusan jual beli ada hukumnya
emas tak sama dengan kereta…emas dikategorikan sebagai barangan ribawi
urus niaga jual beli…adalah salah satu hukumnya penjual mesti ada barang untuk dijual..jika tiada ditangan ..pembuktian mesti berikan bahawa barang itu wujud..
dalam kontek jual beli emas…
1)jual beli mesti ada barang…yakni emas mesti wujud….wujud dalam istilah mesti dalam fizikal…
2)urusan akad jual beli mesti diselesaikan dalam satu majlis tanpa penanguhan
dalam kontek benda hutang kemudian dijual…mengikut ustaz dr zaharuddin..terdapat satu sistem yg dinamakan jual hutang…ini masih menjadi khilaf pada ulamak..tetapi ini wujud seperti jual beli hutang tender dll…tapi bagi jual beli emas atau barangan ribawi..tidak boleh kerana asasnya tidak boleh tangguh jual beli berkenaan
ansuran emas perak barang ribawi tidak boleh disamakan dengan pembelian ansuran barangan lain… kerana emas atau barang ribawi tidak boleh beli secara ansuran dalam satu akad..kecuali…pembelian dengan duit dari buat loan atau guna kad kredit
w’allam
Salam..
Dibawah ni suatu petikan dari blog “adniku.com”
JADI!!!
Buat saudara PAKDI dan MOHD HASFARIZAN berhati-hatilah… takabur, summah, ego, riak dsbny akan membakar segala amalan seperti api membakar segala dadaunan yang kering… Wassalam…
————————————————————–
Mengharamkan yang Halal Lebih Berat Dosanya Dibandingkan Menghalalkan yang Haram!Posted: October 21, 2007 in Manhaj, Akhlaq & Dakwah, Umum
3
“Hati-hati, jangan menghalalkan apa yang diharamkan Allah,” kata seorang ustadz kepada saya. Maka saya jawab, “Begitu pula sebaliknya, hati-hati, jangan sampai mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah.” Demikianlah kira-kira cuplikan sebagian dialog yang sempat terjadi antara saya dengan seorang ustadz yang mulia ketika berdiskusi mengenai suatu masalah yang berujung pada ketidaksepakatan dan perbedaan pendapat.
Terkadang kita jumpai sebagian orang yang terlalu bermudah-mudah dalam melarang dan mengharamkan sesuatu. Demikian pula sebaliknya, juga kita jumpai sebagian lain hidup dalam permissivisme (ib?hiyyah) yang membolehkan dan menghalalkan segala sesuatu. Celakanya adalah apabila masing-masing dari kedua golongan tersebut memutuskan tanpa ilmu.
Menghalalkan yang haram merupakan tindak kelancangan terhadap hukum Allah, sebagaimana halnya mengharamkan yang halal pun demikian. Allah berfirman:
???? ??????????? ???? ??????? ?????? ????? ???? ??????? ??????????? ??????? ???????? ?????????? ???? ?????? ?????? ?????? ???? ????? ?????? ???????????? ????? ????? ????????? ??????????? ????? ?????? ????????? ?????? ???????????? ????? ?????? ????? ?????? ????? ???????? ?????????? ???????????? ??? ???????????
“Katakanlah: ‘Terangkanlah kepadaku tentang rizki yang diturunkan Allah kepadamu, lalu kamu jadikan sebagiannya haram dan (sebagiannya) halal.’ Katakanlah: ‘Apakah Allah telah memberikan izin kepadamu (tentang ini) atau kamu mengada-adakan (kedustaan) terhadap Allah?’ Apakah dugaan orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah pada hari kiamat? Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai karunia (yang dilimpahkan) atas manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur.” (QS. Y?nus [10]: 59-60)
????? ?????????? ????? ?????? ?????????????? ????????? ?????? ??????? ???????? ??????? ?????????????? ????? ?????? ????????? ????? ????????? ??????????? ????? ?????? ????????? ??? ???????????
“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta, ‘Ini halal dan ini haram,’ untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidaklah beruntung.” (QS. An-Nahl [16]: 116)
Pada umumnya, perbuatan menghalalkan yang haram lahir dari mereka yang cenderung selalu mengikuti nafsu syahwatnya, sedangkan tindakan mengharamkan yang halal muncul dari orang-orang yang tampak keshalihan pada mereka namun mereka bersikap kaku karena kecemburuan (gh?rah) mereka yang sangat terhadap agama.
Kedua sikap tersebut tentu bukan merupakan sikap yang benar. Bahkan keduanya termasuk dalam hal menuruti hawa nafsu. Hanya saja, yang pertama terkait dengan nafsu syahwat, sedangkan yang kedua terkait dengan nafsu berlebih-lebihan dalam agama. Yang benar adalah sikap pertengahan, yakni menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram serta melapangkan apa yang telah Allah lapangkan bagi manusia. Namun sayangnya, sungguh sedikit orang yang bersikap demikian.
Meskipun mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram adalah sama dari sisi kelancangan terhadap hukum Allah, namun mengharamkan yang halal lebih parah dan lebih berat hukumnya, karena hal itu menyempitkan dan memberatkan kehidupan manusia, serta bertentangan dengan prinsip umum syariah yang memberi kemudahan dan menghilangkan kesulitan (haraj). Allah berfirman:
??????? ?????? ?????? ????????? ????? ??????? ?????? ?????????
?
“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.” (QS. Al-Baqarah [2]: 185)
“Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia ingin membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.” (QS. Al-M?’idah [5]: 6)
????? ?????? ?????????? ??? ???????? ???? ??????
?
“Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.” (QS. Al-Hajj [22]: 78)
“Katakanlah: ‘Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan rizki yang baik?!’” (QS. Al-A`r?f [7]: 32)
Dari Sa`d Ibn Ab? Waqq?sh dengan sanad yang valid, Nabi—shallaLl?hu `alaihi wa sallam—bersabda,
????? ???????? ?????????????? ??????? ???? ?????? ???? ?????? ???? ????????? ????????? ???? ?????? ??????????
“Sesungguhnya yang paling besar dosa dan kejahatannya dari kaum muslimin adalah orang yang bertanya tentang hal yang tidak diharamkan, lantas hal tersebut menjadi diharamkan karena pertanyaannya tadi.” (Riwayat al-Bukh?ri: VI/2658/6859.)
Dan dalam riwayat lain disebutkan,
????? ???????? ?????????????? ??? ?????????????? ??????? ???? ?????? ???? ?????? ???? ????????? ????????? ????? ???????? ???? ?????? ??????????
“Sesungguhnya kaum muslimin yang paling besar dosa dan kejahatannya terhadap (sesama) kaum muslimin adalah yang bertanya tentang perkara yang tidak diharamkan, lantas hal tersebut menjadi diharamkan kepada manusia karena pertanyaannya tadi.” (Riwayat Muslim: IV/1831/2358; Ahmad: I/179/1545; Ab? D?w?d: II/612/4610; dan lain-lain.)
Di samping itu, sebagaimana disebutkan oleh Syaikh Ibn ‘Utsaim?n, mengharamkan yang halal berseberangan dengan kaidah yang berbunyi:
???????? ??? ???????????? ??????
“Hukum asal segala sesuatu adalah halal (sampai ada dalil yang mengharamkannya).”
Syaikh Ibn ‘Utsaim?n—rahimahuLl?h—berkata, “Mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah tidak kurang derajatnya dalam dosa dibandingkan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah. Engkau dapati banyak dari orang-orang yang memiliki kecemburuan terhadap agama (gh?rah) lebih cenderung kepada tindakan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah dibandingkan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah. Sebaliknya dengan mereka menyepelekan ajaran agama (mutah?win?n). Kedua golongan tersebut salah. Meski demikian, menghalalkan yang haram terhadap apa-apa yang hukum asalnya halal adalah lebih ringan statusnya dibandingkan mengharamkan yang halal. Sebab, menghalalkan yang haram, apabila belum tampak jelas sisi pengharamannya, dibangun di atas hukum asal, yaitu kehalalan, di samping bahwa rahmat Allah—subh?nahu—mendahului murka-Nya. Karena itu, tidak memungkinkan bagi untuk kita mengharamkan kecuali apa yang telah jelas pengharamannya. Sebab, pengharaman itu lebih menyempitkan dan memberatkan (dibanding penghalalan). Dan, pada asalnya, seluruh perkara itu tetap berada di atas kehalalan dan kelapangan sampai jelas datangnya pengharaman.
Adapun dalam urusan-urusan ibadah, maka diperkeras (berkebalikan dengan penjelasan sebelumnya). Sebab, hukum asal ibadah adalah terlarang dan diharamkan sampai dijelaskan oleh syariah. Hal ini sebagaimana disebutkan,
??????????? ??? ???????????? ????? ?????????
??????????? ?????? ???????? ????????????????
Hukum asal dalam segala sesuatu adalah halal
dan cegahlah suatu ibadah kecuali dengan izin Pembuat Syariah
Demikianlah perkataan al-‘All?mah Ibn `Utsaim?n. (Lihat: al-Qaulu’l Muf?d ‘al? Kit?bi’t Tauh?d, bab Man Ath?`a’l `Ulam?’ wa’l Umar?’ f? Tahr?m Ma Ahalla’Ll?hu au Tahl?l Ma Harramahu fa Qad Ittakhadzahum Arb?ba, vol. II, hal. 311. Lihat pula: al-Qaw?`id al-Fiqhiyyah, karya Syaikh Ibn `Utsaim?n)
Sebenarnya terdapat perbedaan pendapat di kalangan ulama mengenai kaidah: ‘Hukum asal segala sesuatu adalah halal’, setidaknya terdapat empat pendapat:
Pendapat pertama: Hukum asal segala sesuatu adalah terlarang atau haram. Ada yang menisbatkan pendapat ini kepada jumh?r (mayoritas ulama). Penulis al-Asyb?h wa’n Nazh?’ir menisbatkan pendapat ini kepada Imam Ab? Han?fah. Ia berkata, “Menurut Ab? Han?fah, hukum asal dari segala sesuatu adalah haram, sampai ada dalil yang menunjukkan kehalalannya.” Namun, jika yang dimaksud dengan ‘segala sesuatu’ itu bersifat umum dan universal maka pendapat ini sangat lemah (marj?h) dan berseberangan dengan dalil dan argumen yang telah kami sebutkan sebelumnya.
Pendapat kedua: Hukum asal segala sesuatu adalah dibolehkan sampai ada dalil yang mengharamkannya. Ini adalah pendapat asy-Sy?fi’iyyah dan Muhammad Ibn ‘Abdi’Ll?h Ibn al-Hakam. Sebagian ulama kontemporer menisbatkan pendapat ini kepada jumh?r (mayoritas ulama).
Pendapat ketiga: Hukum asal segala sesuatu adalah tawaqquf (abstain), tidak dapat dikatakan halal maupun haram. Ini adalah pendapat al-Asy’ari, Ab? Bakr ash-Shairafi dan sebagian asy-Sy?fi’iyyah.
Pendapat keempat: Dirinci antara mudharat dan manfa’at; yakni hukum asal dalam hal-hal yang bermanfaat adalah halal, sedangkan hukum asal dalam hal-hal yang menimbulkan mudharat adalah haram. Ini adalah pendapat al-Fakhr ar-R?zi, sekaligus menjadi pendapat yang dipilih oleh banyak ulama, seperti al-Q?dh? al-Baidh?wi. Inilah pendapat yang paling tepat—in sy?-aLl?h. Ibn as-Subki dan al-Jal?l al-Mahalli telah menegaskan bahwa perincian ini adalah benar. Pendapat ini juga dipegang oleh al-Qar?fi. WaLl?hu a’lam bish shaw?b.
(Lihat: Mazh?hir at-Tais?r fi at-Tasyr?` al-Isl?mi, hal. 34-35)
Penting untuk dipahami, bahwa pendapat ulama yang merupakan hasil ijtih?d tidak dapat dikatakan bahwa pendapat tersebut mengharamkan apa yang Allah halalkan atau menghalalkan apa yang Allah haramkan. Bahkan, pemilik pendapat tersebut akan mendapatkan ganjaran berdasarkan benar atau salahnya pendapat itu, sebagaimana disebutkan dalam hadits muttafaq ‘alaih: “Jika seorang hakim ber-ijtih?d lalu dia benar, maka dia mendapatkan dua pahala, dan jika dia salah, maka mendapatkan satu pahala.” Hal ini sebagaimana dijelaskan oleh Syaikh Husain al-’Aw?yisyah dalam Kaifa Tuhakkim Nafsaka….
Demikian, semoga ada manfaatnya. Semoga kita menjadi orang yang berhati-hati dalam menghukumi sesuatu. WaLl?hu a’lam bish shaw?b.
salam pakdi.. so dalam kes pelaburan di ar-rahnu.. apa kaedah terbaik kita boleh buat. ?
Salam pakdi:
Nak tanya pendapat pakdi dalam hal saya. Ini kaedah yang saya buat selama ni.
1. Saya ada emas dan pajak
2. Hasil pajak saya beli emas baru dan jual.
Adakah cara saya ini dibolehkan dalam Islam?
salam pakdi.. tumpang tanya..
kalau buat personal loan pastu guna duit tu utk beli emas apa hukumnya?
apakah hukum beli emas dari penjual non-muslim? seperti yang sedia maklum orang non-muslim xde bayar zakat. tapi pembeli ada mengeluarkan zakat emas. jadi apakah hukumnya? adakah halal atau haram berurusniaga emas dengan pihak non-muslim ini?harap dapat membantu.
saya bukak paper, nampak iklan… cam menarik. tanya2 lah dengan ajen melalui no yang ada kat akhbar tu
hari ni, bukak blog pakdi baca artikel ni.. teringat balik.
Alhamdulillah belum bertindak lagi, kalau tak memang naya sebab hukum haram. terima kasih banyak