Hukum Melabur dalam Pasaran Hadapan CPO & FKLI

Photographer: Daniel Acker/Bloomberg via Getty Imagesa

Para pembaca blog yang budiman ada bertanyakan mengenai hukum terlibat dalam futures trading.

Khususnya pasaran FCPO dan FKLI yang didagangkan di Bursa Malaysia. Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (MPS SC) mengesahkan, antaranya:

  1. Kontrak Niaga Hadapan Minyak Kelapa Sawit Mentah (FCPO)
  2. Kontrak Niaga Hadapan Minyak Isirung Kelapa Sawit Mentah

adalah patuh Shariah. Pandangan ini diambil dari keputusan Majlis Penasihat Syariah SC sendiri.

At its 11th meeting on 26 November 1997, the SAC resolved that the futures contract on crude palm oil is permissible as it is in accordance with Shariah principles.

(Sumber: Resolutions Of The Securities Commission Shariah Advisory Council 2nd Edition)

Manakala untuk produk SSF, FKLI, adalah bersyarat – jika pendasarnya adalah patuh Shariah.

  • Single Stock Futures (Jika pendasarnya patuh Syariah)
  • Futures Contract Index (Jika pendasarnya patuh Syariah)

Keputusan MPS SC ini adalah untuk produk pasaran hadapan yang didagangkan di bawah Bursa Malaysia dan seliaan Suruhanjaya Sekuriti sahaja.

Untuk rujukan lanjut, sila ke website Suruhanjaya Sekuriti dan muat turun Resolusi MajlisPenasihat Shariah SC edisi kedua. Rujuk perbahasan Bai’ Ma’dum, Bai’ Bima Yanqati Bihi si’r:

Klik sini -> Resolutions Of The SC Shariah Advisory Council

Nota Penting

1. Hukum pelaburan skim haram jadah, skim cepat miskin berkaitan pasaran hadapan adalah tetap haram sebab kontraknya bersifat menipu.

Justeru, pastikan tuan-tuan terlibat dalam pelaburan pasaran hadapan yang sah sahaja di sisi undang-undang (syarikat broker, syarikat fund management yang mempunyai lesen dan sebagainya).

2. Begitu juga pelaburan futures (soy bean, oil, gas etc) melalui broker yang berpengkalan di luar negara, yang mana pasaran tersebut bukan di luar Bursa Malaysia dan bukan di bawah seliaan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, fatwa ini TIDAK boleh digunakan.

p.s. Saya TIDAK membenarkan artikel ini disalin untuk sebarang promosi skim pelaburan yang tidak berlesen. Saya haramkan dunia akhirat.

About the author: Suzardi Maulan, seorang Islamic Financial Planner yang membantu individu untuk memulakan tabung persaraan — Klik sini untuk info lanjut

Comments on this entry are closed.

  • Ingin tahu Aug 5, 2010

    Bila melabur dalam futures CPO/FKLI nih, adakah kita hanya bertaruh dalam penentuan harga semata-mata? Kalau kita pegang pelaburan tu dalam jangkamasa yang lama, ada pulangan lain tak? eg dividen.

  • pakdi Aug 5, 2010

    Retail player boleh dikatakan semua jadi spekulator sahaja. Jadi trade futures market hanyalah untuk capital gain

  • frohanza Aug 5, 2010

    terima kasih sdr di atas artikel tersebut. Sungguh bermanfaat.

  • azwan Aug 7, 2010

    pakdi ada anjur kelas belajar FCPO untuk beginner?..saya nak belajar.

  • nurliyana Aug 26, 2010

    salam..saya ingin tahu mengenai KEPENTINGAN INSTRUMEN PASARAN HADAPAN..harap anda dapat terangkan dgn lbih terperinci..as soon as posibble..terima kasih =)

  • Fiza Aug 29, 2010

    Pakdi, bila nak adakan kelas cpo utk beginner lagi? saya dulu sibuk x dapat join, skrg dah free.

  • abu^aiza Dec 12, 2010

    Salam Pakdi, mintak jasa baik kalau ade direct link ke majlis penasihat syariah suruhanjaya sekuriti tentang fatwa FCPO ni.. Carik2 sendiri x jumpe plak, hehe..

  • adzha Dec 15, 2010

    maaf .. saya kompius.. jadi kesimpulannye FCPO ni halal atau haram ?

  • pakdi Dec 15, 2010

    Pasaran hadapan kelapa sawit mentah (crude palm oil futures / fcpo ) adalah halal. Ada aplikasi bai’ istijrar dan bai’ urbun dalam pasaran ini. Pasaran ini adalah lebih jelas hukumnya dari pasaran forex.

  • adzha Dec 16, 2010

    baru la faham .. trime kasih pakdi

  • Dr Satrian Jan 2, 2011

    Ok, maaf akan pertanyaan saya sebelum ini. Saya dah dapatkan jawapannya. Saya dah salin balik dalam blog saya. Boleh lihat di link ini.
    http://drsatrian.blogspot.com/2011/01/fcpo-rupanya-telah-diluluskan-mps-scc.html

  • RumahNo9 Mar 6, 2011

    Pakdi boleh tak saya tulisan saudara untuk hukum CPO terutamanya tentang pandangan 1-4 untuk saya masuk ke dalam blog saya.

  • pakdi Mar 7, 2011

    Boleh, lagipun itu adalah pandangan ulama/ majlis ulama sedia ada.

  • mr_investmentbanker Jul 13, 2011

    salam,
    saya just nak buat conclusion atas apa yg saya baca di atas..

    hukum main futures (FKLI) adalah haram, unless the componets are from shariah complied counters. so at the moment, based on the latest 30 counters that make up our KLSE.. not all counters are shariah compliance, thus hukum utk futures (FKLI) adalah haram. betulkan interpretation saya?

    if, in the future, our component indexs are made up of 30 shariah compliance, hukum for FKLI futures adalah halal.

    wallahualam.

  • Pakdi Sep 19, 2011

    13. Apart from the list of Shariah-compliant securities, what other instruments are approved by the SAC?

    Since the establishment of the SAC, several capital market instruments have been evaluated and approved:
    Ordinary shares;
    Warrants/TSR;
    Call warrants;
    Non-cumulative preference shares;
    Redeemable preference shares;
    Crude palm oil futures contracts;
    Crude palm kernel oil futures contracts;
    Khazanah zero-coupon bonds;
    Single Stock Futures (if the underlying is Shariah compliant); and
    Islamic asset securitisation/Islamic debt securitisation.
    Futures Contract Index

    Sumber: FAQ Islamic Capital Market SC

  • ibrahim Nov 30, 2011

    Tuan, FKLI adalah haram. 100% haram ia atau sebaliknya

    • Azmi Feb 27, 2014

      Assallamuallaikum, minta maaf, ini pendapat saya yang mungkin tidak sependapat dgn yg lain. Saya seorang trader fcpo tetapi saya masih menganggap fkli tetap haram kerana terdapat ekuiti yg berasas kan hasil perjudian. Halal haram itu jelas. Yg bercampur dgn yang haram tetap haram.
      Sekian terima kasih.

  • Zamsaham Apr 9, 2012

    Pandangan bernas.

  • Adil Apr 9, 2012

    Salam Pakdi,
    Apakah hukum trade Crude Oil menggunakan Islamic broker dari luar negara atau guna international broker yang terdapat didalam negara. Terima kasih.

  • Tokan Corner Jun 7, 2012

    halalan toyyiban… mencari yang halal itu wajib ^_^ terima kasih kerana berkongsi

  • eddy Jul 4, 2012

    rujukan berkenaan CPO futures Shariah Advisory council SC di muka surat 75

    http://www.sc.com.my/eng/html/icm/Resolutions_SAC_2ndedition.pdf

  • Tenang Jan 1, 2013

    FCPO HALAL? Trader fcpo Hanya mahu mengejar keuntungan semata2…tidak Ada niat pun untuk memiliki fizikal sawit…halal ke tue…di sini Ada unsur Judi…iaitu Ada YG menang dan Ada YG kalah….YG menang tidak memberi man fat langsung kepada YG kalah…yg kalah Hanya mampu melihat modal habis disebat oleh mereka YG menang. Mohon tunjuk ajar tuan2.

  • safirah sabri Aug 22, 2013

    nk tanya hukum pasal niaga future barrel halal @haram…dan kenapa?

    • sue Sep 23, 2013

      iye..sy pun nk tanya menda yg sama gak..

  • armi Sep 12, 2013

    pakdi, SHORTING tak syariah compliant. Rujuk UZAR. tapi FCPO ni org ada buat SHORTING. apa hukumnya?

    • abu_muadz Oct 14, 2013

      Short Selling di Bursa Malaysia telah disahkan harus kerana ada badan yang akan memastikan pembeli mendapat apa yang dibelinya daripada penjual yg menjual secara short selling.

  • amin Sep 22, 2013

    heran jugak…terang2 bgtau pasaran masa hadapan..
    mcm mn bole jd halal?

    retail trader adalah spekulator..bukankah perniagaan melibatkan spekulasi ni haram?
    terdapat hadith yg mengatakan “do not sell what you do not posses”…
    so mcm mn bole ade short selling?mcm mn bole jual sedangkn barang pon xde..
    mohon penjelasan lanjut..

  • taufik Oct 17, 2013

    Nak tanya tentang pelaburan minyak mentah future barrel halal atau haram? Kerana pelaburan min rm1200 dlm masa 15 hari kita akan dpt bonus rm300. Syarikat luar negara

  • dila Oct 25, 2013

    salam.sy kerja senior clerk, operation derivatives sbuah stockbroking firm. maknanya handle smua; fkli,fcpo, dan terbaru fgld.
    so macam mana dgan pndapatan sy?halal atau haram?
    tugas sy key in client deposit n withdrawal , tmbah credit limit, risk monitor eligibility client, open new individual or corporate acc, prepare client margin call report, dan kerja2 perkeranian biasa yg lain..

  • ammar Jul 17, 2014

    Bagaimana dgn fgld ataupun gold futures? Kerana gold tu adalah salah satu dari brg riba. Sebagamaina diperkatakan dlm hadith, ribawi item must be traded hand to hand. Maknanya mestilah on spot market. Jd penangguhannya boleh menyebabkan riba nasiah sekiranya ada lebihan. Mohon pendapat daripada semua. Terima kasih.

  • armi Aug 4, 2014

    fgld tak syariah compliant.

  • Azim Aug 13, 2014

    Boleh tuan bagi link semua post tuan under CPO tags? Berminat untuk mengkaji hukum dsb.. Ada cuba cari komentar UZAR dalam blog beliau pasal fcpo tapi tak jumpa..

  • din Dec 14, 2014

    Salam pakdi. Nak tnya tentang perubahan status saham. Contoh harini kaunter sumatec adalah syariah dan saya beli sumatec. Kemudian esok status sumatec sudah non syariah tetapi modal saya masih ada di dalam dan harga harini jatuh (rugi) 0.01. Adakah bila terkeluarnya sesuatu kaunter itu dari list syariah, sy perlu serta merta jual walopun kerugian byk rm sedangkan waktu beli masih syariah. Saya bertanya kerana sudah byk kaunter yg saya perhatikan selalu berubah status syariah nya. Sedangkan produk utama syarikat bukanlah suatu produk yg haram. Tq pakdi

  • shahrizan abdul raman Apr 29, 2015

    spekulator banyak mendominasi pasaran hadapan. saya masih tidak yakin FCPO/FKLI ini syariah mcm berjudi. keuntung atas angin!! tiada konsep milikan ‘mal’ dalam cpo. adakah fatwa ini untuk tujuan komersial semata-mata.

  • azman Jun 3, 2015

    http://www.sc.com.my/wp-content/uploads/eng/html/icm/Resolutions_SAC_2ndedition.pdf

    CPO page 75

    Bahasa Inggeris teknikal campur arab … wah ada problem mau faham.

  • muiz Jul 11, 2015

    apa yang dimaksudkan dengan pendasar patuh syariah?

  • ali Sep 8, 2015

    bagaimana pula dengan pelaburan future commodity trading macam CPO, crude oil, soya bean…tq

  • Zul azlan Jan 2, 2016

    Alternatif kepada trade forex..boleh cuba ni

  • darus Oct 15, 2016

    A’kum tuan saya nak Tanya fcpo utk short selling haram ke halal..ada pihak yang mempertikaikan short selling ni. Sebagai contoh Intraday. T.Kasih

  • khairul adzha Jan 13, 2017

    saya nak tanya , berkenaan dengan main FCPO ni , apa hukumnya sekiranya boker ade berikan special margin /leverage contohnya dengan modal rm 3000 dah boleh trading @ masuk market . Sebab setahu saya satu lot bursa dah tetapkan harga rm 6000. bab ni saya confius sikit .