Hukum Melabur dalam ASB

Pautan e-fatwa:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

Klik di sini mengetahui alternatif kepada pelaburan ASB

***

Para pembaca blog saya yang setia barangkali sudah mengetahui saya ada mencatat beberapa kali tentang hukum pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Malah, dalam buku Rancang Wang Dari Sekarang, mukasurat 42-43 saya ada menghuraikan selaku orang awam (yang tidak dilatih dalam disiplin usul fiqh khususnya) apakah sikap yang mesti kalian ambil dalam isu ini.

Hari ini saya terbaca catatan seorang rakan FB mengenai isu ini, lantas membawa saya kepada catatan di website Prof. Dr Mahmood Zuhdi yang merupakan seorang pensyarah di UIAM yang juga terlibat menjadi panel Shariah dan fatwa di beberapa institusi fatwa, instusi kewangan di dalam dan luar negara.

Tulisannya bertajuk Hukum Melabur Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Saya salin semula tulisan beliau dalam blog ini untuk bacaan kalian. Sekiranya ada permasalahan, komen dan sebagainya saya sarankan agar terus disalurkan kepada beliau sendiri melalui website beliau. Saya tidak menjawab bagi pihak beliau.

Klik di sini mengetahui alternatif kepada pelaburan ASB

Hukum Melabur Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Oleh: Prof. Dr Mahmood Zuhdi

Pendahuluan:

Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah satu jenis saham amanah yang bertujuan untuk membantu kaum Bumiputra meningkatkan ekuiti mereka dalam kekayaan negara. Caranya ialah dengan mengumpulkan dana dari kaumbumiputra untuk dilaburkan dalam syarikat-syarikat yang menguntungkan. Malah berbagai inisiatif telah dilakukan bagi menjadikan pelaburan berkenaan sangat menguntungkan, termasuk dengan menggunakan hak istemewa kaum bumiputra sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Sebagaimana maklum, pegangan kaum bumiputra dalam kekayaan negara berada pada paras yang sangat rendah berbanding dengan sesetengah kaum di negara ini. Antara sebabnya ialah kedudukan ekonomi kaum Bumiputra telah diabaikan begitu lama sekali oleh kaum penjajah, sementara beberapa pihak lain mendapat peluang yang jauh lebih baik berasaskan polisi penjajahan yang begitu lama sekali diamalkan dalam Negara ini.

Sehingga hari kemerdekaan,ekuiti kaum Bumiputra dalam kekayaan Negara boleh dikatakan sebagai kosong peratus. Bagi mengatasi keadaan yang sangat tidak adil ini kerajaan telah menetapkan pencapaian 30% bagi kaum bumiputra melalui Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan di Negara ini. Salah satu daripada program yang dilaksanakan bagi memenuhi agenda Dasar Ekonomi Baru berkenaan ialah skim amanah untuk Bumiputra yang dinamakan ASB ini.

Sejak mula ia dilancarkan, skim amanah ini telah memainkan paranan yang berkesan, di samping berbagai skim lain lagi dalam mempertingkatkan pegangan ekuiti kaum Bumiputra di Negara ini. Walaupun matlamat 30% belum dicapai sehingga Daras Ekonomi Baru sudah tamat tempohnya namun kaum Bumiputra di Negara ini boleh dikatakan sudah mempunyai tapak untuk berpijak dalam ekonomi Negara. Sehingga pada suatu peringkat matlamat itu hampir dapat dicapai dengan sepenuhnya.

Malangnya kekalutan ekonomi dunia pada akhir tahun sembilan-puluhan telah meninggalkan kesan buruk kepada pegangan ekuiti kaum bumiputra di Negara ini. Malaysia sendiri sebagai sebuah Negara mengalami kesan negatif yang parah daripada kemelut yang datang secara mendadak itu. Namun kesan buruk itu dapat diatasi dengan jayanya. Lain ceritanya tentang kaum Bumiputra. Sudahlah matlamat 30% belum tercapai, apa yang sudah dicapai pun tidak dapat dipertahankan. Sebelum ekonomi dunia merudum kaum Bumiputra di Negara ini boleh dikatakan telah mencapai lebih 20% dari keseluruhan kekayaan Negara. Malangnya angka tersebut telah menjadi kurang daripada 20% selepas krisis berkenaan. Sampai kehari ini ternampak sukar sekali angka tersebut untuk ditingkatkan. Salah satu daripada sebabnya ialah sikap negatif kaum Bumiputra sendiri dalam hal ekonomi dan kewangan.

Menyedari pentingnya pencapaian matlamat 30% ekuiti Negara oleh kaum Bumiputra ini, bukan sahaja untuk mereka tetapi juga untuk kestabilan Negara, kerajaan telah menegaskan semula untuk mencapai angka tersebut melalui berbagai cara dalam tempoh pelaksanaan wawasan 2020. Antara acara tersebut ialah melanjutkan program-program amanah seperti ASB ini.

Permasalahan

Walau bagaimana pun, pelaksanaan skim amanah ASB ini dengan segala cara dan objektif yang ada menghadapi berbagai rintangantermasuk daripada kaum Bumiputra sendiri. Antara rintangan tersebut ialah persoalan tentang hukum menyertainya dalam Islam. Ada terdapat dikalangan umat Islam di Negara ini yang meragui kehalalannya dari segi Syarak memandangkan keterlibatan skim amanah tersebut dengan pelaburan di beberapa kaunter haram, misalnya yang melibatkan penjualan arak, perjudiaan, pengambilan riba dan sebagainya.

Sebagaimana maklum, skim ASB ini terbentuk berasaskan kepada dasar perkongsian keuntungan, iaitu suatu alternatif yangmemberi jaminan halal berbanding kaedah konvensional yang berasaskan kepada peratus tetap keuntungan. Mengikut hukum Syarak, kaedah peratus tetap boleh melibatkan riba yang diharamkan oleh Islam. Sedangkan kaedah perkongsian untung tidak melibatkan hal seperti itu. Oleh yang demikian status halal bagi skim ini, dari perspektif ini tidak berbangkit. Malah inilah kaedah yang sentiasa digunakan oleh skim-skim yang berlabelkan Islam dalam Negara ini, juga di Negara-negara Islam yang lain, seperti perbankan Islam dan sebagai nya.

Apa yang menjadi persoalan, sepertimana yang telah disebut di atas ialah penyertaan ASB dalam pelaburan di beberapa kaunter haram. Mengikut pendapat sesetengah umat Islam di Negara ini penyertaan yang tidak sepatutnya itu telah menjadikan skim yang berasaskan kepada kaedah halal berkenaan menjadi haram.

Antara alasan yang diberikan ialah adanya percampuran antara yang halal dan yang tidakhalal dalam skim itu. Kaedah yang digunakan ialah “ ??? ????? ??? ?????? ??????? ???? ??????“ yang bermaksud “apabila berlaku percampuran antara yang halal dan yang haram maka yang haram akan diutamakan (dalam menentukan hukum). Dengan kata lain, sesuatu yang halal itu akan dengan sendirinya menjadi haram apabila bercampur dengan sesuatu yang haram.

Antara contoh yang diberikan sebagai aplikasi kepada kaedah tersebut ialah apabila sekawah gulai dimasuki oleh sedikit tahi ayam maka gulai yang sekawah itu walaupun banyak akan menjadi najis kerana tahi ayam yang sedikit itu. Bandingannya samalah dengan pelaburan ASB di kaunter-kaunter haram. Walaupun nisbahnya sangat sedikit tetapi ia boleh menjadikan nisbah pelaburan di kaunter halal yang merupakan majoriti besar dalam skim berkenaan menjadi haram.

Klik di sini mengetahui alternatif kepada pelaburan ASB

Kekeliruan

Walau bagaimana pun pandangan tersebut tidak berasaskan kepada metod penentuan hukum yang sebenar sepertimana yang terdapatdalam pengajian hukum Islam. Ia lebih berasaskan kepada sikap umum Syariat Islam yang sangat tidak suka kepada perkara haram. Sikap umum ini merupakansuatu prinsip yang sangat baik. Kerana ia menggambarkan idealisme Islam itu sendiri yang unggul. Bagaimanapun dalam merialisasikan idealisme ini dalam kehidupan sebenar, dalam Islam sendiri terdapat berbagai kaedah dan cara untuk menjadikan aplikasi tersebut benar-benar rasional dan praktikal. Dengan kata lain, pandangan di atas adalah benar sebagai suatu idealisme yang tinggi tetapi sebaliknya bila dilihat dari sudut praktikal yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.

Secara ringkasnya, hubungan anatara ASB sebagai satu skim amanah pelaburan dan para pelabur sebagai peserta dalam skim tersebut adalah bersifat hubungan antara dua pihak yang bermuamalah dalam suatu kontrak yang halal, iaitu pelaburan berasaskan perkongsian untung. Dalam hubungan ini ASB adalah satu badan halal yang berniaga berasaskan kaedah yang halal. Iabukan suatu badan tidak halal, seperti kilang arak atau kedai judi yang tabiat kerjanya sendiri haram.

Bandingannya samalah dengan penyertaan seseorang dalam skim perkhidmatan awam di Negara ini. Asasnya ialah memberi khidmat berasaskan upah, iaitu satu kontrak yang jelas halal. Dalam hubungan ini, kerajaan sebagai majikan merupakan badan halal. Kerana ia menawarkan khidmat kepadamasyarakat secara halal. Ia bukan badan tidak halal seperti gerakan bawah tanah yang menjalankan kerja-kerja yang haram.

Apabila ASB melabur dalam beberapa kaunter haram sifatnya sebagai badan halal tidak boleh bertukar dengan begitu sahaja. Seorang muslim yang menerima akidah dan kehidupan Islam secara umum tidak akan bertukarmenjadi kafir apabila melakukan sedikit sebanyak maksiat yang tidak menukarkan identitinya daripada seorang muslim kepada bukan muslim. Cuma orang itu berdosa dan perlu bartaubat. Urusan muslim lain dengannya tetap sah di sisi Syarak. Isteri atau suaminya tidak tertalak dengan kerana itu. Kalau bapanya mati dia masih tetap boleh menerima pusaka dan banyak lagi contoh yang boleh difahami secara mudah.

Samalah juga denga kerajaan yang mengambil cukai arak, cukai pelacuran dan sebagainya. Ia tetap kerajaan yang sah dan halal di sisi Islam. Perbuatannya itu adalah dosa untuknya sahaja dan tidak menjadikan kerajaan berkenaan sebagai badan tidak halal dari segi Syarak. Semua pegawai kerajaan tidak boleh bertukar menjadi orang yang makan harta haram kerana perbuatan kerajaan seperti itu, apalagi perlu meletakkan jawatan masing-masing.

Satu aplikasi mudah bagi prinsip percampuran antara yang halal dengan yang haram ini boleh dilihat kepada banyak contoh prinsip Istihalah dalam hukum Islam. Antaranya ialah air musta’mal menjadi mutlaq apabila bercampur dengan air mutlaq yang lebih dua Qullah. Ucap Salam assalamu alaikum kepada khalayak yang bercampur antara orang Islam dan bukan Islam dibolehkan, bangkai dalam air mutlaq yang banyak tidak boleh menjadikan air itu najis selagi ia tidak mengubah warna, rasa atau baunya, lalat mati dalam secawan teh tidak boleh menjadikan teh itu najis dan banyak lagi contoh- contoh yang sangat mudah difahami.

Malah kalau kita bijak menganalisis Maqasid al-Syariah dalam hukum Islam dan kedudukan ASB sebagai salah satu cara untuk menjamin survival umat Islam di Negara ini tentu sekali kita merasa tidak bijak untuk mengatakan ASB itu haram. Cuma ulasannya sangat panjang dan perlukan kepada kefahaman asas dalam teori hukum Islam untuk memahaminya.

Ya, jika anda rasa ASB itu haram, sila klik di sini mengetahui alternatif kepada pelaburan ASB.

email
About Suzardi Maulan

Pelabur hensem, penulis & trainer. Ketahui strategi-strategi ringkas untuk urus duit, buat duit & labur duit seterusnya menebalkan poket anda.

Comments

  1. Jika tuan puan berpegang dengan ASB haram dan mahu alternatif pelaburan ASB selain hanya unit trust, sila ke

    http://rancangwang.com/bengkel/

  2. ulasan yg baik,.erm,.nk tanye 1 soalan pade pakdi..
    pakdi ade melabur dlm ASB juga ke?

  3. saya agak keliru dengan metafora dan analogi yang diberikan. Kalau kita tahu sesuatu itu adalah haram, dan kita mengambilnya, ianya tetap haram. Mana ada kerajaan itu mengambil wang haram, maka kita yang mengambil upah adalah tetap halal! Kalau macam itu, kalau saya mengambil rasuah, dan menggunakan rasuah itu untuk membela anak isteri, maka mereka tetap halal di sisi agama.

    Itukah yang Allah pesan? Atau, adakah itu tafsiran kita sendiri yang mneggunakan akal fikiran yang seperti langi dan bumi jika dibandingkan dengan Tuhan.

  4. jgn main2 dgn hukum dek kerana dgn ulasan yg mengutamakan logik akal jerrrr..

  5. Berbuih-buih dah bagi penerangan…Islam itu mudah, Islam itu Indah. Ada manusia ni, kalau dalam hati kata A, A lah jawabnya, bagilah penerangan sebeban pun, dikata A juga.
    Ada manusia, boleh menerima pelbagai pandangan. Sebab tu lah adanya ‘yakin’. Kalau anda rasa was-was, tak payah melabur dalam ASB. Kalau anda yakin, maka melaburlah. Selainnya, tawakallah.

  6. wallahualam……..

  7. Pergi ke kedai membeli jamu
    Lepas makan tergaru-garu
    Sesekali berhujah berlandaskan ilmu
    Keberkatan ilmu dengan berguru

  8. Mcbatistuta says:

    Dangkal sangat artikel ini.

  9. Aku paham kalau waswas tinggal, kalau yakin halal maka harus. Tapi kalau ada golongan yg ada ilmu tu yakin bahawa hukumnya haram kiranya tempat yang dilabut itu barcampur antara halal dan haram, apakah tanggungjawab dia selepas itu? Menyampaikan atau jaga kain sendiri?

  10. so prof punya conclusion apa iyerrr. boleh ke x nie.

  11. satu analogi mudah yang diberikan seorang ustaz tetnag asb…sebaldi susu yang tercampur secawan arak…anda masih hendak meminumnya??

  12. penerangan prof kalu ikut logik akal memang masuk akal. tetapi bukankah penerangan hal halal haram memerlukan dalil yang menyokongkan hujah. Sememangnya saya tak pandai dalam bab hal halal haram, tetapi apa yang saya paham selagi sesuatu perbuatan itu memberi lebih manfaat kepada umat islam, selagi itu perbuatan tersebut dapat dikatakan harus. Sebagaimana dikatakan kerajaan sah dan halal disisi Islam dengan mengambil cukai arak dan judi, bukankah perkara itu mengukuhkan ekonomi negara islam dan merugikan golongan kafir. Sekiranya ASB melabur dalam kaunter haram seperti judi dan duit keuntungan disalurkan kepada pelabur, samalah seperti orang yang menang judi dan belanja kita makan. Adalah haram kita makan sekiranya kita tahu sumbernya, adalah dimaafkan sekiranya tak tahu sumbernya. Kalau dari segi modal, seolah olah secara tak langsung pelabur telah membantu golongan kafir dalam mengukuhkan perniagaan haram mereka.Samalah kita beli cd cetak rompak, sekiranya software cd itu keluaran kafir harbi, hukumnya harus bagi kita cetak rompak untuk mengelak secara tak langsung memberi keuntungan kepada meraka. Cam mana tu…cer citer

    • Saya rasa analogi orang main judi yang nak belanja kita makan tu salah. Sebab kalau belanja, kita tak terlibat dalam usaha dia menang judi. Analogi yg lebih tepat adalah orang nak main judi atau stat bisnes arak mintak kita modal dan janji nak share keuntungan ikut method islam.Halal ke?

  13. rujuk ust Zaharuddin, dalil dari nas yang kukuh, bukan logik..
    http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=805

  14. Dividen ASB tidak diwajibkan zakat

    Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAH
    SOALAN 1
    Saya ada mendapat e-mel mengatakan pelaburan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah haram kerana ASB ada membuat pelaburan yang tidak berlandaskan syarak.

    Pada mulanya, memang saya kurang percaya, takut ia e-mel palsu, tetapi setelah saya semak dengan e-fatwa di website Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), ada fatwa yang menyebut tentang pelaburan ASB ini dalam fatwa Hukum Wang Dividen Dan Bonus ASB. Soalan saya:

    1. Apakah hukumnya pelaburan saya di dalam ASB tersebut?

    2. Sebelum ini, saya ada mengeluarkan zakat simpanan ASB tersebut. Apakah hukum zakat saya itu?

    3. Saya hendak berhenti melabur dalam ASB, saya bercadang untuk mengeluarkan jumlah wang yang saya telah simpan sahaja dan melabur di pelaburan lain. Mengenai bonus dan dividen ASB tu, apakah tindakan yang paling sesuai untuk saya ambil? Bolehkah dividen dan bonusnya saya gunakan untuk membayar hutang seperti hutang pinjaman pelajaran? Ataupun, bonus dan dividen itu saya derma atau sedekahkan?

    JAWAPAN: Persoalan mengenai ASB mendapat perhatian daripada Jawatan Kuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Selangor, justeru keputusannya adalah seperti berikut;

    * Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut:

    *.i. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB

    Keputusannya: Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syarak.

    *.ii. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah.

    Keputusannya: Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syarak, maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

    Maka dapatlah disimpulkan di sini seperti berikut:

    Sekiranya sebelum ini kita melabur tanpa mengetahui hukumnya, maka kita dianggap tidak tahu. Namun setelah mengetahui keterlibatan pelaburannya yang tidak syarie, adalah salah dan berdosa untuk terus terlibat dengannya. Seakan-akan kita reda dan bersetuju malah memberi sokongan kepada sesuatu yang tidak dibenarkan syarak.

    Zakat simpanan memang perlu dikeluarkan daripada wang simpanan tersebut kerana ia adalah wang kita yang telah mencapai haul dan nisab zakat.

    Namun pertambahan yang terhasil daripada simpanan tersebut (dividen, bonus dan lain-lain) tidak perlu dizakat kerana ia terhasil daripada urusniaga yang tidak syarie. Motif zakat adalah menyucikan harta yang halal kerana perkaitannya dengan hak golongan asnaf dan bukan menyucikan harta yang status asalnya memang tidak halal untuk dihalalkan.

    Dividen dan bonus yang terhasil masih perlu dikeluarkan supaya ia tidak lagi berkembang (dilupuskan). Melupuskannya melalui pembayaran hutang atau pinjaman pelajaran, bermakna kita masih mengambil manfaat daripada harta yang tidak syarie.

    Jadi cara terbaik adalah dengan menyalurkannya kepada pertubuhan awam atau pertubuhan berkaitan khidmat sosial yang memerlukan dana seperti pertubuhan sukarela yang bertindak dalam waktu-waktu kecemasan, bencana alam atau sebagainya (kemaslahatan awam).

    Bukan dengan niat sedekah atau amal jariah, sekadar satu bentuk pemberian dan sokongan terhadap khidmat sosial mereka yang menyeluruh kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira status agama, bangsa dan sebagainya.

    SOALAN 2.
    Saya mendapati ada fatwa yang menyebut tentang hukum insurans nyawa. Saya mengambil insurans dengan sebuah syarikat insurans tetapi skim berlandaskan Islam (menurut agen insurans saya). Harap ustaz dapat beri penjelasan tentang hukum insurans ini, sebab saya memang keliru.

    JAWAPAN: Mengikut keputusan majlis fatwa kebangsaan disebut insurans nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insurans yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana akadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip jual beli dalam Islam;

    a. mengandungi gharar (ketidaktentuan)

    b. mengandungi unsur judi.

    c. mengandungi muamalah riba

    Secara puratanya kebanyakan ulama tidak menyetujui konsep insurans nyawa hari ini kerana terdapat unsur perjudian, ketidaktahuan dan ketidaktentuan dalam kontrak tersebut.

    Sistem takaful telah dibincangkan secara intensif oleh para ulama mutakhir dalam mencari penyelesaian terhadap produk atau muamalah yang boleh menangani atau mengurangi kesulitan individu apabila berlaku kecelakaan.

    Ia diimplimentasi pada hari ini dan sewajarnya menjadi pilihan untuk menghadapi risiko pada masa akan datang. Syarikat-syarikat Takaful yang menawarkan produk ini mendapat sambutan yang memberangsangkan sehingga memaksa institusi lain (insurans konvensional) menerbit dan melancarkan produk takaful mereka walaupun mungkin sebahagiannya tidak mendapat pengiktirafan daripada Badan Penasihat Syariah yang berautoriti.

    Oleh kerana itu, setiap pelanggan perlu bertanya secara mendalam tentang maklumat produk khususnya berkaitan sijil pengiktirafan syariah daripada badan yang berautoriti, contohnya Bank Negara Malaysia. Pastikan kita meminta untuk melihat sijil ini kerana sebahagian agen sendiri mungkin agak keliru terhadap sistem insurans nyawa konvensional dengan takaful.

  15. Sy berpegang kepada hukum yg diputuskan oleh Majlis Syariah Suruhanjaya Security Malaysia. sbb mrk lebih arif dan dekat dgn pelaburan. melabur di asb ibarat dlm satu botol air mineral yg dlmnya ada 1% alkohol 99% air tulen. air mineral tersebut tetap tercemar. Yang haram tetap haram.yg halal tetap halal. Adakah hanya ASB sahaja pelaburan yg boleh mendatangkan keuntungan? Adakah mudarat kalau tidak melabur di dalam ASB? Masih byk lagi pelaburan yg halal diluar sana yg bereteraskan prinsip Islam.fikir2kanlah. Wallahu’alam

  16. Budak Baru Belajar says:

    Ini pendapat Ustaz Azhar Idrus ;
    “Nabi dah pesan supaya jauhkan yang syubhah dan yang haram. Orang beriman bila dengar benda haram datang rasa taqwa dalam hatinya manakala orang munafiq akan marah-marah dan mencari jalan untuk melepaskan diri dari kelihatan bersalah”

    Wallahualam . . .

    ## Sharing is caring =)

  17. tahniah kerana begitu ‘alert’ dengan hukum melabur ASB.

    diharap anda juga alert dengan hukum-hakam yg lain seperti terkandung dalam AlQuran, pastikan juga kenderaan anda dilindungi takaful (bukan insurans), pinjaman bank wajib Islamik, pelaburan hartanah, jgn tinggal solat 5 waktu dan alert ttg semua yg anda makan agar takde syubhah.
    semoga kehidupan kita diberkatiNya..amin.

  18. Mat Spek U.I says:

    KWSP halal tak???tau tak dimana tempat dia melabur hehehe???kalo tau tempat kwsp melabur tu haram,hehehdah tak ambik duit tue

  19. Dalam isu pelaburan yang bercampur antara halal dan haram, telah jelas bahawa PNB tidak melabur dalam sektor yang berkaitan dengan arak dan judi. Percampuran hanya berlaku dalam sektor kewangan di mana 70% pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank yang dianggap masih tidak comply dengan syariah. Dalam keadaan ini, pelaburan dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam.

    Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja’fi daripada Ibnu Mas’ud:

    ?? ????? ?????? ??????? ?????? ?????? ??????Maksudnya : “ Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal . ”

  20. Saya Xberapa paham sangat tentang hukum-hakam.So,better serah pada yang pakar :)

    Yang saya paham buat masa ni,
    ASNB tak haram,tp harus je(Fatwa da macam tu,nk argue watpe lg)
    Tp,
    Kad Kredit konvensional haram,
    Loan konvensional pun haram(Personal ,Rumah ,Kereta ,Tanah ,Pendidikan etc.)
    Insurans konvensionallg laa haram.
    ->So,Bank konvensional pun haram laa.
    N apa2 yang melibatkan riba haram.

    Q:Kalau melabur dengan asb diragui sebab penglibatannya dgn maybank.Maka,xboleh la pakai khidmat maybank kn(simpan duit k?buat loan k).Betul dak?

    P.S:Bayar zakat Wajib(fitrah,pendapatan,perniagaan,kwsp,emas etc.)bukan sunat/harus ye.

  21. Assalamualaikum kpd warga yg membaca… nak sentuh skit berkaitan isu halal dan haram ASB, kenapa nak dibandingkan najis dan air yg bersih dalam kolah atau sungai… najis yg ade dalam air yg suci tu adakah akan merebak dan akan meningkatkan kekotoran dalam air suci/bersih itu sendiri,,, jika najis itu bersifat akan meningkatkan kekotoran pada air suci/bersih itu,,,, tentu2 lah air suci/bersih itu sendri akan menjadi kotor,,, so sama jugaklah dgn ASB,,, adakah anda fikir Asset yg bercampur aduk itu tidak akan meningkat,,, ASB tu kan pelaburan… tentu2lah akan ade peningkatan akaun pelaburan yg HARAM tue… so P.K – P.K bersama

  22. Mudah je.. dulu mungkin harus.
    Tapi sekarang kita dah ada ALTERNATIF pelaburan ISLAM yang lain. Kita dah xdarurat seperti dulu. dulu ade ASB je untuk asset bumiputera.
    Kaum bumiputera now can survive now on their own.

    Jangan nanti ambil mudah disini(dunia), di akhirat nanti kena tanggung.

  23. salam pakdi & sumer…boleh tak bagi alternatif pelaburan selain drp ASB, Tabung Haji, saham, hartanah…sebab saya memang dah ada simpanan tetap dlm TH & kalu boleh taknak kacau @ campur aduk dgn simpanan lain (ada aliran keluar masuk..), so skrg ni saya masih tercari-cari platform pelaburan yang berisiko rendah & senang untuk transaksi keluar-masuk…boleh sesape cadangkan tak…? TQ

  24. marilah kita sama-sama mengikut panduan yg nabi kita tinggalkan..nabi berpesan jauhilah benda yg syubhah,yakni benda yg meragukan,baik kita tinggalkan,takut nanti apa yg kita rasa halal,rupa-rupanya haram di sisi Allah..xrugi pn kita tinggalkan..

  25. Strokeslife says:

    Assalammualaikum, terima kasih informasi yang diberikan amat berguna, cuma metafora dan contoh terdekat yang diberikan seperti melepaskan batuk ditangga, saya percaya Islam itu indah dan mudah tidak mungkin kita boleh samakan pelaburan dengan menerima gaji sebagai seorang penjawat awam terlalu menyimpang rasanya, artikal ini tidak memberikan keputusan tapi membuka 1001 lagi persoalan malahan memberikan cadangan yang menambahkan keraguan. Saya juga inginkan keuntungan tetabi biarlah berkat.

    Suatu yang halal itu perlu bersifat halal pada setiap inci perkara yang berkaitan, jika terdapat keraguan maka ia adalah was-was maka jatuh hukumnya haram kerana Rasullulah S.A.W berpesan agar kita meninggalkan sesuatu itu jika ia bersifat shubahah.

    Tahukah saudara sesebuah hadis itu diangkat menjadi hadis yang benar melalui proses yang amat rumit, maka kita haruslah mengkaji pada setiap sudut untuk menilai persoalan ASB, tidak perlu mengambil kesempatan untuk membuka ruang lain diatas isu ini.

    Ini sekadar pendapat dan mungkin ada silapnya mohon teguran. Terima kasih.

  26. kebanyakan orang melayu sayang sangat pada asb sebab dengan cara tulah saja diorang boleh gandakan duit seperti buat loan asb, saya tak nak salahkan sesiapa dalam isu ni sebab yang sepatutnya dipersalahkan adalah pihak pemerintah. Apa peranan pihak pemerintah bila majlis fatwa membuat pelbagai hukum dalam pelaburan ini. Susah sangatkah untuk memperbetulkannya semula mengikut syariat islam. Pihak pemerintah dah tahu pelaburan ini adalah pelaburan bumiputera yang kebanyakannya beragama islam kenapa perlu melaburkannya ke dalam tempat yang haram.. Saya tak paham kenapa ia tidak boleh diperbetulkan, sebab kebanyakan ahli dalam pnb semuanya orang islam dan perdana menteri pun katanya beragama islam, takkan isu kecil seperti ini pun tak boleh diselesaikan. Itulah saya menyeru pada semua orang islam agar membuat perubahan pada hari mengundi nanti, kita pangkah orang yang mampu menegakkan syiar islam . Ini kalilah..

Trackbacks

  1. [...] Kadar pulangan Tabung Haji / ASB yang ketika ini dalam sekitar [...]

  2. [...] saya, ini adalah alternatif terbaik untuk ASB. Alternatif ASB (kepada yang memegang hukum haram) bukanlah dana saham amanah Islam yang bersifat growth, aggresive, balanced dan sebagainya. Tetapi [...]

  3. [...] yang lebih tepat, menjadi pelabur yang lebih bijak dan pandai kerana jika kita membandingkan ASB dengan emas / perak misalnya, ia merupakan perbandingan yang salah kerana keduanya adalah pelaburan [...]

  4. [...] khas Selepas anak kita lahir, bukalah akaun simpanan yang khusus menerusi akaun Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau akaun Amanah Saham Didik (ASD). (Saya telah menyemak prospektus ASD dan kesemua kaunter saham [...]

  5. [...] ia khilaf. Fatwa negeri Selangor kata haram, fatwa Kebangsaan kata harus. Jika lebih yakin dengan fatwa haram, jangan melabur di ASB dan tidak perlu berkata yang [...]

  6. [...] Hukum Melabur dalam ASB [...]

  7. [...] ASB haram. Ini salah pemerintah. B: Ok, jangan simpan dalam [...]

Speak Your Mind

*