Hijrah Menjadi Usahawan

Hijrah Menjadi Usahawan

Buku Hijrah Menjadi Usahawan

Sebuah lagi buku hasil tulisan tauke kereta sewa, Wahi Abd Rashid yang sebelum ini menulis buku bertajuk, Rahsia Senang Mendapat Pinjaman.

Buku ini membincangkan realiti kehidupan ‘pagi kerja balik petang, dapat gaji habis bayar hutang’ yang menghimpit kebanyakan golongan pekerja masa kini. Ditambah lagi dengan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat, semakin ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi usahawan untuk keluar daripada kemelut tidak cukup gaji. Ramai yang berjaya, tetapi lebih ramai yang gagal separuh jalan. Dianggarkan 9/10 usahawan yang memulakan perniagaan ‘bungkus’ selepas 3 tahun memulakan perniagaan.

Ya, sememangnya tujuan utama buku ini ditulis adalah untuk memberi inspirasi kepada golongan bekerja yang bercita-cita mahu berhijrah menjadi usahawan. Penulis sendiri merupakan bekas tutor di sebuah universiti tempatan yang akhirnya berhijrah menjadi usahawan sepenuh masa dengan menjalankan perniagaan kereta sewa di Bintulu Sarawak. Melalui syarikatnya, Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd, beliau mengembangkan lagi perniagaannya ke Sabah dan juga ke Semenanjung Malaysia.

Buku ini juga merakamkan saat suka duka penulis ketika mula-mula menjalankan perniagaan ini. Daripada tidak cukup duit setiap bulan menjadi usahawan yang mempunyai 60 buah kereta sewa (ketika buku ini ditulis).

Perjalanan Keusahawanan Wahi Abdul Rashid

  1. Bisnes pertama beliau ketika zaman kanak-kanak adalah menjual shuriken. Ambil tudung tin dan ketuk menjadi leper. Bahaya dan kemudiannya ditutup. Mungkin masa itu animasi Naruto belum ada :) He he he
  2. Bekerja dengan abangnya di syarikat kereta sewa selepas tamat belajar di universiti.
  3. Bermula dengan hanya 2 buah biji kereta Perodua Kancil 660
  4. Perniagaan yang dijalankan mendapat sambutan yang amat menggalakan. Beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk tinggal di luar kampus selepas perniagaan rancak berjalan.
  5. Nama syarikat beliau ialah Green Matrix Enterprise dipilih kerana beliau suka kepada warna hijau dan meminati filem The Matrix lakonan Keenu Reeves
  6. Akibat bisnes yang makin huru-hara, beliau mengambil masa satu jam untuk ke kedai yang sebelum ini hanya mengambil masa sekitar 15 minit sahaja. Sebabnya? Terpaksa berhenti beberapa kali di tepi jalan akibat ramainya pelanggan telefon untuk menyewa kereta daripada beliau :)
  7. Membuat sendiri website beliau dengan hanya belajar melalui buku dan Youtube
  8. Pada Januari 2011, beliau membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai tutor dan memberikan sepenuh perhatian kepada perniagaan kereta sewa yang sedang dijalankan. Ketika itu syarikat beliau telah memiliki 40 buah kereta sewa.
  9. Salah satu perniagaan beliau, iaitu mengusahakan ladang kelapa sawit mengalami kerugian yang teruk dan akhirnya berkubur begitu sahaja.
  10. Antara bisnes lain yang dijalankan adalah bisnes homestay, pembinaan ,kebun sayur dan lain-lain.

6 Nasihat dari Penulis

  1. Berniagalah apa yang saudara minat dan mahir
  2. Pinjaman hanya untuk kembangkan bisnes dan bukan untuk memulakan bisnes.
  3. Sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Peluang bisnes wujud sekiranya kita sendiri tidak berpuas hati dengan sesuatu perkhidmatan dan kita rasakan kita boleh buatlebih baik daripada itu.
  4. Mulakan bisnes dengan modal yang rendah, bawah RM5,000 dan bisnes yang cepat dapat pulangan balik.
  5. Setiap usahawan perlu mencari x-factor di dalam bisnes mereka, iaitu ciri yang dapat membezakan perniagaan kita dengan orang lain.
  6. 3 ilmu yang perlu dipelajari iaitu ilmu pengurusan kewangan peribadi,ilmu pengurusan perniagaan,dan ilmu kemahiran teknologi maklumat.

Buku buku ini diolah dengan gaya bahasa yang santai, seolah-olah penulis sedang berborak dengan kita. Selain dari kisah beliau, banyak kisah individu lain yang juga diceritakan di dalam buku ini. Ada yang berjaya dengan perniagaan yang dijalankan dan ada juga yang masih menanggung hutang kad kredit walaupun sudah pencen

Sila dapatkan buku yang berharga RM 34.90 ini yang ada dijual di kedai-kedai buku berhampiran atau beli terus secara online di MillionairesPlanet.com

About the author: Pakdi.net adalah blog milik Suzardi Maulan, yang juga dikenali sebagai Pakdi. Klik sini untuk profil lanjut.

4 comments… add one

  • MH Apr 14, 2013

    Walaupun hanya 6 nasihat, rasa sangat tertarik ingin memiliki buku ini. Terima kasih diatas perkongsian ini Pakdi.

  • amin007.ledang Apr 14, 2013

    Akan dicari di kedai buku yang berhampiran

  • As salam pakdi. Saya masih newbie dalam usaha untuk menjadikan blog sebagai sumber pendapatan. Mohon kebenaran untuk share artikel di atas ke dalam blog saya. Terima kasih.

Leave a Comment