Hibah Tabung Haji 2016 – 4.25%

4.25% hibah akaun simpanan Tabung Haji.

Ada lagi 1.5% untuk penyimpan yang belum pergi haji (terhad kepada kos haji)

Kenapa Disebut Hibah, Bukan Bonus, Dividen Tabung Haji 2016 ?

Ok lah kan hibah macam itu.

Ke nak mintak tinggi macam mana lagi ?

Sebabnya saya tengok-tengok di bank tempatan yang jelas disebut produk pelaburan berasaskan kontrak mudharabah pun cuma bagi dalam 3.5% setahun. Principal is NOT guaranteed.

Manakala Tabung Haji pula ialah produk simpanan, bukan pelaburan. Maka tahun 2016 Tabung Haji tidak beri bonus atau dividen. Pada 2016 Tabung Haji dapat beri hibah sebanyak 4.25% + principal is guaranteed yang berasaskan wadiah yad dhamanah.
.

Maka kalau belum pergi haji, belum cukup perbelanjaan nak pergi haji dalam akaun tu, jangan lah mengada-ngada nak keluarkan.

Dah cukup jumlahnya dalam RM 10 ribu – RM 20 ribu, dan mahu pulangan lebih tinggi dari 4.25% untuk simpanan yang selebihnya maka silalah uruskan pelaburan sendiri di tempat lain. Sebab sejak beberapa tahun kebelakangan ini, memang Tabung Haji dah beritahu perihal akaun mereka ialah berasaskan simpanan wadiah yad dhamanah ni dan bukannya pelaburan seperti mudharabah, atau wakalah lil-istithmar.

Bukannya Tabung Haji tidak beritahu …

Kita sentiasa ada pilihan.

Sila rujuk: Tak Tahu Nak Melabur Di Mana ? Baca Nota Ini Dulu

About the author: Tidak ada masa urus pelaburan sendiri? Jika ya, sila klik sini — Konsultansi Pelaburan

Comments on this entry are closed.