Harta Pusaka Beku Berbilion Waris Mesti Sepakat

Berikut adalah laporan Bernama:

Harta pusaka RM42 bilion dibeku

PETALING JAYA: Nilai harta pusaka yang dibekukan berikutan kes gagal diselesaikan pewaris kerana ketiadaan wasiat kini dianggar mencecah RM42 bilion.

Ketua Pegawai Pemasaran Amanah Raya Bhd (ARB), Ahmad Saruji, berkata anggaran itu meliputi kira-kira sejuta kes di negara ini.

“Kajian ARB pula mendapati hanya dua peratus rakyat Malaysia menulis wasiat, yang membolehkan segala maklumat harta didaftarkan, sekali gus memudahkan urusan pembahagian,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi membudayakan penulisan wasiat pada kalangan masyarakat, ARB dengan kerjasama syarikat pengurusan harta pusaka Islam, Warisan Mukmin Sdn Bhd melancarkan kempen “Tahun Menulis Wasiat 2011”.

“Kami tidak mahu masalah ini bertambah lagi. Kempen ini akan diadakan sepanjang tahun ke seluruh negara untuk menyampaikan mesej kepentingan menulis wasiat sekali gus mengelakkan masalah lain yang timbul terutamanya keretakan institusi kekeluargaan,” katanya.

Sempena kempen tersebut, orang ramai boleh memiliki dokumen wasiat bagi menguruskan pengurusan harta pusaka bernilai ribuan ringgit dengan hanya membabitkan kos permulaan serendah RM30 sebulan serta bayaran bulanan yang fleksibel.

Kempen itu yang bermula dari Januari hingga Disember tahun ini adalah untuk memudahkan masyarakat membuat wasiat sekali gus mengelakkan pembekuan harta dan perbalahan keluarga. – BERNAMA

1. Wasiat tidak menjadi syarat pembahagian harta selepas seseorang meninggal dunia.

2. Wasiat cuma memudahkan proses tertentu. Namun, tidak ada wasiat pun kita masih dapat menguruskan harta pusaka.

3. Memandangkan pihak-pihak diatas mendapat untung dari penulisan wasiat maka wasiat digambarkan sebagai sesuatu yang ‘wajib’ pula. Sedangkan ada masalah lain yang menyebabkan perkara ini berlaku.

4. Sekiranya kesukaran melibatkan tuntutan hartanah maka sebenarnya Kanun Tanah Negara (National Land Code) menjadi faktor utama. Masalah NLC ini juga sebenarnya boleh diatasi walaupun penat kita dibuatnya.

5. Tida ada penama dalam akaun-akaun tertentu juga bukan faktor besar. Masih boleh diatasi dengan membawa surat mati dan dokumen tertentu yang diperlukan.

6. Peraturan pejabat pusaka memang rumit. Namun, kita hanya perlu rajin dan banyakkan bersabar. Cumanya sekiranya jumlahnya tuntutan tidak berbaloi dengan kos menuntut, barangkali menyebabkan ramai waris ‘redha’ sahaja.

7. Apa yang selalu menjadi masalah adalah sikap sesama si waris yang berebut harta. Waktu susah misalnya, tidak pernah mahu membantu. Bila sudah mati tiba-tiba rajin pula bertanya khabar.

8. Bagi saya itulah faktor yang paling utama. Sikap waris-waris yang tidak dapat mencari kata sepakat kemudian tidak mahu mengikut faraid (kerana bahagiannya kecil) akhirnya bergaduh sesama waris dan harta pun tidak dapat diuruskan dengan baik.

9. Jangan salah faham, ada wasiat banyak membantu. Lebih baik dari tidak ada langsung. Tetapi sekiranya sikap sekalian waris yang tidak faham hukum masih ada, maka wasiat itu pun akan dicabar dalam mahkamah!

10. Apa yang perlu kita renung adalah, datuk kita membeli 20 ekar tanah. Anaknya 10 orang. Maka bapa kita mendapat 2 ekar. Adik-beradik kita pula ada 5 orang. Selepas si bapa meninggal, 2 ekar itu berbaloikah dipecahkan lagi? Maka, kita perlu bijak membentuk win-win situation. Bagaimana kita dapat menjana wang dari tanah tersebut dan hasilnya baru lah dibahagikan bersama?

About the author: Tidak ada masa urus pelaburan sendiri? Jika ya, sila klik sini — Konsultansi Pelaburan

6 comments… add one
  • Wida Mar 31, 2011

    Cuma sayangnya banyak harta pusaka “beku” ni berlaku dalam kalangan kita.. orang Melayu..

    • Pakdi Apr 6, 2011

      Patutnya orang Melayu lebih senang… sebab kalau tiada wasiat, kata sepakat waris pun faraid tetap berjalan.

  • Amin007.Ledang May 21, 2011

    mungkin kita lebih suka buat rumah atas tanah pusaka
    dari buat pelaburan atas tanah pusaka tu tak???

  • zakri Aug 3, 2016

    Saya beli tanah yang berkongsi bahagian simati,berstatus PENTADBIR. Waris si mati tidak mahu bekerjasama,sedangkan tanah saya adalah yang terbesar. Sekarang tidak boleh nak buat apa2.

Leave a Comment