Harga Hartanah Malaysia Naik Disebabkan Aktiviti Spekulator Bersindiket? Ouch!

spec

Nilai purata harga rumah.

2012: RM 241,591
2013: RM 266,304
2014: RM 295,345

Pendapatan isi rumah yang ideal untuk beli = RM 8,300

Sila tonton video yang ‘entertaining’ dan berinformasi dari BFM ini:

1. Dato Goh Seh Tong, National House Buyer Association (HBA) berkata dalam video ini, “Kenaikan harga rumah disebabkan aktiviti spekulator bersindiket.” Ini serius.

2. Aktiviti spekulasi yang biasa, satu aktiviti yang dibenarkan. Manakala aktiviti spekulasi bersindiket adalah berbeza.

3. Begini. Tuan membeli apartment di Cheras, dengan hasrat menjualnya 18 tahun lagi sebagai modal yuran pengajian anak-anak nak masuk universiti. Ini adalah contoh aktiviti spekulasi yang biasa. Tuan membuat spekulasi harga apartment tersebut meningkat dari tahun ke tahun. Kenaikan harga itu berlaku secara natural.

4. Manakala, aktiviti spekulator bersindiket adalah aktiviti berpakat-pakat untuk menaikkan harga. Ia dapat dibuat dengan kerjasama pemaju dengan sekumpulan pembeli hartanah, atau dengan pihak-pihak lain seperti penilai, peguam, bank untuk menunjukkan nilai hartanah telah meningkat.

5. Aktiviti berpakat menaikkan harga untuk membentuk supply-demand palsu ini disebut jual beli an-Najash. Satu bentuk jual beli yang dilarang dalam Islam.

6. Barangkali pihak-pihak berwajib atau mana parti-parti politik yang membawa slogan membantu rakyat dapat melihat perkara ini secara serius sekiranya aktiviti spekulator bersindiket ini wujud.

7. Dalam pasaran saham, aktiviti bersindiket ini sentiasa dipantau oleh pihak regulator seperti Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia.

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.