Harga Emas Jatuh

Update 28 Jun 2013

Harga emas adalah sekitar USD 1,198 / oz.


emas15apr1. Harga emas jatuh (lagi).

2. Awal tahun 2013, emas pada harga USD 1,690 / oz dan hari ini 15 April 2013, harga dah jatuh sampai USD 1,377 / oz. Kejatuhan sehingga USD 300 atau 18%.

3. Tiada siapa tahu adakah harga emas akan terus jatuh atau akan naik semula. Itu kerja nujum Pak Belalang.

4. Persoalannya, adakah harga emas dah jadi “murah” sebab harga jatuh?

5. Saya tak tahu sekiranya harga emas dah jadi murah. Sebabnya, murah jika dibandingkan dengan apa? Murah dibandingkan dengan harga awal tahun? Atau murah dibandingkan dengan harga Honda City ? Atau murah dibandingkan dengan coklat Mars?

6. Emas tidak ada pendapatan berbentuk aliran tunai. Siapa beli emas, lepas emas tu keluar dari peti besi kedai, emas tu masuk semula dalam peti besi pembeli yang lain. Itu sahaja. Bukan boleh buat apa pun. Lepas belek-belek, cium-cium dan usap-usap, kita simpan semula.

7. Justeru, kita tidak dapat mengira intrinsic value emas sebab emas tak boleh beri kita pendapatan. Jadi tak boleh nak kata harga emas dah murah jika dibandingkan dengan intrinsic value sebab emas memang tiada intrinsic value.

8. Sekiranya saya ada duit, maka sama ada saya beli barang kemas untuk dihadiahkan kepada isteri atau saya laburkan semula dalam bisnes saya atau beli bisnes orang lain. Kalau orang lain nak beli emas banyak-banyak, itu dia punya pasal.

About the author: Suzardi Maulan, penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang dan 2 tutorial online; Panduan Cashflow & Panduan Saham Untuk Pelabur Baru. Sila klik sini untuk membaca profil penuh.

41 comments… add one

  • aslam Apr 15, 2013

    terbaikk Pakdi

  • Altisan Apr 16, 2013

    Thanks Tuan Pakdi… Apa yg harge tengah naik… pasti
    akan menurun… inilah lumrah alam…

    Emas tur tools ajer mcm duit… tapi emas ada nilai
    duit takde nilai…

    Kita tunggu dan lihat…

  • omar Apr 16, 2013

    menyimpan emas bagus untuk mempelbagaikan pelaburan/simpanan. bila ekonomi tidak menentu, logam berharga bertindak dengan cara yang berbeza.

    • Suzardi Maulan Apr 16, 2013

      Maksudnya, ekonomi tak baik harga emas naik. Ekonomi baik, harga emas jatuh. Kiranya sekarang ekonomi baik sebab harga emas jatuh ?

      • omar Apr 16, 2013

        Ekonomi jatuh ni lebih kepada faktor inflasi. harga barang naik & nilai wang kertas mengecil maka kuasa beli pun berkurang. siapa yang ada bisnes, real estate & precious metal sahaja yang dapat mengekalkan kuasa beli (“,). pemegang saham untuk penny stock mungkin bungkus. winning stock mungkin terjejas sebab kos operasi meningkat. inflasi berlaku sebab apa? sebab terlalu banyak wang kertas dicetak. kenapa wang kertas dicetak banyak-banyak? cari sendiri. saya tak nak komen lebih sebab dah masuk bab politik.

        • Suzardi Maulan Apr 16, 2013

          Kalau harga emas jatuh disebabkan apa pula ya?

          • omar Apr 16, 2013

            secara asasnya emas jatuh bila permintaan terhadap emas menurun. walaubagaimanapun big player dalam ekonomi dunia adalah US. bila usd kukuh, pasaran saham US pun kuat. maka pelabur ‘let go’ pegangan emas mereka kepada wang kertas, saham, bon etc; aktiviti spekulasi harga emas pun menyumbang kepada penurunan harga emas. wallahu’alam.

    • Along Apr 16, 2013

      Saya tak berapa pandai pasal emas nih. Yang saya nampak emas nih berguna sebagai contoh, macam masa pelarian Vietnam mendarat kat Malaysia. Rakyat Terengganu (seperti yang diberitahu kepada saya), senang dapat emas dari pelarian Vietnam sebagai upah memberi pertolongan kepada pelarian ini.

      Dalam situasi Malaysia sekarang, saya tak nampak kepenggunaan emas.

      Perbandingan saya membeli saham amanah dengan seorang rakan yang membeli emas pada tahun 2008. Walaupon beliau masih menyimpan satu bullion emas, tetapi sehingga kini harga emasnya telah menyusut. Sedangkan saham amanah saya, walaupon harganya masih berlegar ditakuk lama, nilai pelaburan telah bertambah disebabkan adanya dividen.

  • abu muadz Apr 16, 2013

    terbaik pakdi.. berbulu je semua otai2 pelaburan emas tengok..

    • omar Apr 16, 2013

      ada pelabur emas tersenyum bila harga emas jatuh. boleh borong banyak-banyak tambah stok =)

      • abu muadz Apr 16, 2013

        mula2 senyum, lepas tu mula risau sebab harga emas makin turun.. hehehe

        • omar Apr 16, 2013

          En. Abu Muaz buat kesimpulan berdasarkan analisis atau pendapat sendiri? speculator mungkin risau sebab tak dapat kaut keuntungan jangka pendek. tapi bagi yang menyimpan emas untuk jangka panjang tak perlu risau, lambat laun harga emas boleh melonjak ke puncak yang baru setelah harga emas jatuh menjunam. siapa yang ada download software metatrader boleh semak sejarah trend harga emas. history repeated it self.

          • ABU OMAR Apr 19, 2013

            Pada sy, naik atau turun harga emas atau jenis aset pelaburan yang lain spt saham tidak akan menjadi masalah jika pelabur mempunyai portfolio pelaburan yang seimbang dgn memiliki kepelbagaian pelaburan dalam kelas2 aset yg berlainan. Spt yg kita tahu, pelabur2 yg terkenal tidak menumpu pada satu2 jenis aset pelaburan sahaja walaupun mereka seolah2 berpihak pada satu2 kelas aset. Sebagai contoh walaupun Jim Rogers sentiasa memberi komen yg positif terhadap kelas aset komoditi (Emas,Perak, Minyak, Agrikultur dsbg), namun beliau masih juga memiliki pegangan dalam aset kelas yg lain spt equiti, hartanah dan paper asset. Yang menjadi masalah pada pelabur kita ialah mereka telah menjualkan semua aset amanah saham,hartanah untuk membeli Emas dan Perak kerana percaya kpd nasihat Pakar Pelaburan Emas aka Penjual Emas bahawa Emas sentiasa naik pada kadar 25% setahun! Bukan setakat itu sahaja, tanpa berfikir panjang mereka juga mengguna pakai nasihat penjual Emas untuk melaveragekan aset pelaburan Emas mereka dgn harapan mereka dpt memanfaatkan kedudukan harga dan menggandakan keuntungan pelaburan dgn pantas. Sy juga mempunyai aset pelaburan dalam komoditi Emas/Perak, walaupun begitu sy tidak berapa setuju dgn pendapat En Abu Muaz bahawa pelabur Emas jangka pangjang tidak perlu risau kerana lambat laun harga emas boleh melonjak ke puncak yang baru. Walaupun anda seorang pelabur jangka panjang, persoalan yg lebih penting ialah “Sampai Bila? dan Berapa Lama?”. Melihat aset pelaburan merudum tanpa berbuat apa2 adalah suatu tindakan yg kurang bijak. Ini kerana disebalik menjangkakan keuntungan dan kerugian yg berlaku, nilai asal modal pelaburan juga harus di jaga dan dititik beratkan. Ini yg membolehkan pelabur beralih kepada pelaburan lain yg lebih menguntungkan disebalik membiarkan shj modal pelaburan mati dalam satu2 portfolio. Sy tidak menafikan adanya putaran ekonomi tetapi melabur berdasarkan sejarah/trend pergerakan adalah tindakan yg tidak bijak dan meningkatkan risiko pelaburan anda. Ini kerana, sejarah bukan sahaja boleh berulang, ianya juga boleh dicipta. Dan manusia pada harini lebih bijak, dan sentiasa belajar dr apa yg telah berlaku seterusnya terdorong utk melakukan sesuatu yang berlainan..oleh kerana itu manusia pada zaman sekarang lebih suka mencipta sesuatu yg baru, sejarah yg baru daripada mengulangi mencipta sesuatu benda yg sama dan mengulangi sejarah yg lalu..

    • Adam Apr 19, 2013

      Kita tidak memerlukan provokasi seperti ini dalam satu perbincangan intelektual & perkongsian pendapat pelaburan apa yang terbaik. Setiap individu ada minat & keutamaan yang berbeza dalam pelaburan. Ada yang melihat emas sebagai satu jalan jangka masa panjang untuk melabur. Ada yang tidak sebegitu dan melihat saham sebagai jalan terbaik. Ada yang melibatkan diri dalam bidang hartanah dan sebagainya. Jadi banyak pilihan yang ada. Mungkin sekarang ramai yang berminat dengan emas, tetapi harus berhati-hati sebelum membeli emas, kerana sejarah juga pernah membuktikan bertahun-tahun dahulu nilai harga emas tidak berganjak langsung. Tetapi, tepuk dada, tanya selera risiko & kemampuan untuk melabur. Seperti yang pakdi katakan juga, andai duit yang digunakan untuk melabur itu adalah sebahagian daripada duit untuk kegunaan keperluan harian, eloklah dirancang dengan sebaiknya kewangan kita. Kerana kita di Malaysia ini juga terkenal dengan budaya ikutan, tanpa mendalami apa yang akan dibuat.
      Jom ubah, ini kalilah! =)

  • Cikgu hairul Apr 16, 2013

    Emas… Untuk pak nujum memang sesuai la. Beli dan tunggu harga naik. Beli hari ini dan berkira2 300 tahun lagi harga akan naik.. Berjudi dengan nasib la namanya tu.

    • omar Apr 17, 2013

      tak semua pembeli emas begitu, cikgu Hairul. ada yang menyimpan emas sebagai aset lindung nilai. hatta technical analyst yang paling pakar pun tak dapat ramal turun naik harga emas dengan tepat. how low is low, how high is high. cuma Allah yang maha mengetahui tiap-tiap sesuatu.

  • anon Apr 16, 2013

    Salam……..terima kasih tuan atas post yg diberikan…

    Satu-satunya ulasan yang agak lain dari yg lain sempena harga emas tgh merudum, dpt mengembalikan smgt pelabur2 emas…TQVM..

  • titan Apr 17, 2013

    waktu untuk membeli. yehh!

    • ARIN Apr 18, 2013

      alhamdulillah..dpt menambah stok emas pg td

  • aduka Apr 18, 2013

    belum lagimasanya untuk beli emas…. emas akn turun lagi tunggu,
    ahha sapa yang beli emas tahun lepas dan tahun ni..tak dapat apa2lah..heheh..
    itulah asam garam pelaburan..tak boleh nak expect.. agen saham selalunya akan bagi andaian yang positif waktu mcm ni, tetapi sebenarnya dalam diri pun cuak jugak.. biasalah tu kita ni manusia biasa.. bukan semua benda kita tahu.. so beringatlah semua ..jangan termakan pujuk rayu.. buat analisa sendiri sebelum meneruskan untuk melabur.. adios..

  • azrijohan Apr 19, 2013

    kawal nafsu, percayalah harga emas akan turun lagi. Cewahhh ~

  • omar Apr 20, 2013

    Saya mohon ampun maaf sekiranya ada individu yang merasakan komen2 saya berbaur provokasi. saya beranggapan semua komen2 diatas masih dalam mode perbincangan. setiap pelaburan masing-masing ada pro dan cons yang tersendiri. saya tak kata pelaburan emas itu paling bagus dan saya tak kata pun melabur saham itu tidak bagus. bahkan saya juga bercita-cita bermain saham satu hari nanti. ada pelaburan yang high risk, high gain & low risk, low gain. oleh itu keseimbangan itu perlu bagi meminimakan kerugian (tak dapat nak maksimakan keuntunganlah tapinya). bila pendapatan meningkat, kos sara hidup turut meningkat sama. habis, bila kesudahannya? sebab itu saya simpan sedikit logam berharga sbg aset lindung nilai, asb pun saya simpan sebagai aset cair. tak banyak sikit dapat jugak dividen. (kepada yang pengang asb itu haram saya hormati pandangan anda. tk) sikit-sikit lama-lama jadi bukit. saya pun tak bercadang nak simpan emas buat harta karun. setiap pelaburan mesti ada exit plan. bergantung kepada target masing-masing (settlekan hutang, pendidikan anak2, beli rumah, modal perniagaan, tunai haji etc;). tujuannya cuma satu iaitu untuk mencapai financial freedom. melabur perlu ada ilmu..perlu ada mentor. Pakdi merupakan salah seorang mentor kewangan peribadi saya melalui blog ini. Tq Pakdi!

    • Suzardi Maulan Apr 20, 2013

      Eh, teruskan teruskan. Janganlah takut menyuarakan pandangan di sini.

      Selagi tak memaki hamun ok je :)

      • omar Apr 20, 2013

        terima kasih Pakdi kerana memberi kebebasan bersuara bagi pembaca blog ini. so Pakdi bila nak jadi calon pilihanraya? hehe

        • Suzardi Maulan Apr 21, 2013

          Kalau saya orang politik, saya tak bagi kebebasan bersuara di sini. Ha Ha Ha.

  • Nurul Apr 23, 2013

    walau mcm mana pun andaian org pasal emas…bagi kami org perempuan…kami tetap tegar n obses dgn barang kemas tambah2x harga emas jatuh ni..bertambah bahagia la hidup dapat tambah koleksi emas…:p

  • rosmawati Apr 29, 2013

    betul tu nurul…perempuan tetap obses nak kan barang emas..tpi dalam masa yang sama nak jugak tau bagaimana cara2 nak buat pelaburan emas..cara beli dan jual balik..kemudian cara untuk mengawal kewangan dalam keluarga…ni sampi hujung bulan dah mula korek duit syiling..hehehehe

  • Murtadha May 11, 2013

    Kalau harga emas jatuh sama harga dengan besi.agak2 org perempuan nak tak

  • Jubah Muslimah Jun 14, 2013

    Beberapa bulan lepas ada juga hajat nk melabur dalam emas. Tapi bila harga emas dok jatuh macam ni jadi was was pula samada melabur dalam emas adalah satu idea yang bijak. :)

  • farid fahmi Jun 28, 2013

    Jangan la panik., beli je…syok bila tgk ada bende bling-bling kat rumah!

  • noor fadilah kasim Jun 28, 2013

    Betul betul..sy da jual da emas sy utk modal bisnes haha..

  • ishak mohamad Jun 28, 2013

    Mungkin jika kita nak mempelbagaikan pelaburan emas mungkin antara yang terbaik.asalkan tak masuk SCK.

  • Fasihatul Husna Jun 28, 2013

    Tumpang tanya, saya baru lagi bab pelaburan dan kewangan ni. Tapi kan. Emas pun penting jugak kan. Sebab simpanan dalam bentuk duit kertas sahaja akan dihakis oleh inflasi kan?

  • achok Jun 28, 2013

    dalam menjual apa benda pun, yang paling penting adalah etika, jangan la menipu pembeli seolah olah produk anda sentiasa untung. tidak kira anda menjual emas,UT,properties dsb. penjual yang baik perlulah menerangkan kaedah mendapatkan keuntungan melalui pelaburan dan juga menerangkan sekali risiko2 yang ditanggung.

    • izwan Jun 28, 2013

      tugas penjual adalah untuk menjual…selagi dia tidak menipu, mengugut atau menyorok maklumat penting, selagi itu penjual tidak membuat apa2 kesalahan…

      adalah menjadi tanggungjawab pembeli untuk menilai setiap keputusan yang dibuat…kalau dah tersilap, jangan salahkan orang lain…tade sapa yang boleh memaksa pembeli untuk membeli…

      sendiri buat sendiri tanggung…

      berbeza pula dengan consultant…tugas consultant adalah untuk memberi nasihat dan pandangan…mereka dibayar mengikut kadar masa yang dicurahkan…

      tak boleh nak expect penjual untuk bertindak sebagai consultant melainkan anda sanggup bayar untuk service consultation tersebut…

      itu pun tak wajar rasanya sebab consultant tidak boleh bias…kalau penjual, konpem akan bias pada apa yang dijualnya…

      so pada saya, pembeli yang kena bijak…kalau anda kurang bijak, bijak kan lah diri sebelum membeli apa2..

  • Afyan Mat Rawi Jun 28, 2013

    Emas; Apa seterusnya?

    Ketika harga emas naik mendadak beberapa tahun lalu ada pihak mendakwa ini adalah tanda kebangkitan ekonomi Islam dan kejatuhan wang kertas kapitalis.

    Maka seruan untuk menggantikan wang kertas dengan emas menjadi fenomena dan ia didatangkan dgn dalil beberapa hadith dan sejarah.

    Ketika itu, dalam satu diskusi di FB saya pernah utarakan satu persoalan kepada Tuan Pakdi dengan satu teori andaian saya.

    Saya tidak pasti sama ada Tuan Pakdi masih ingat atau tidak, kerana saya cuba mencari catatan beekenaan tapi tidak berjumpa.

    Persoalan saya ialah situasi andaian dan teori berikut;

    “Israel / Yahudi mempunyai banyak dana lalu mereka membeli dan menyimpan emas yang ada di pasaran sehingga menyebabkan stok berkurangan dan harga emas meningkat.

    Kemudian sampai satu masa apabila harga menjadi tinggi, mereka menjual pula emas hingga lama kelamaan akibat stok emas meningkat, harga emas akan turun mendadak akibat “lambakan” emas di pasaran.

    Strategi hampir sama pernah dilakukan oleh George Soroa ketika krisia matawang Asia pada 1998 secara spekulasi.

    Caranya dengan membeli matawang negara-negara Asia sehingga harganya meningkat berbanding dolar Amerika. Apabila harga meningkat, mereka menjual dan melambakkan di pasaran sehingga ia jatuh.

    Dan akhir sekali ekonomi Asia merudum, termasuk Malaysia”

    Mungkinkah perkara sama berlaku kepada emas?

    Nota; Saya tidak melabur dalam emas. Saya hanya memiliki akaun emas dan pernah melabur dalam sebuah syarikat bisnes emas.

    Afyan Mat Rawi

  • azka Jun 28, 2013

    aku tengok satu je untung kalau emas jatuh ni… siapa yang nak kawen sebab barang kemas ini antara barang wajib.

    ada seorang brader ni ramal harga emas sampai $ 2700 hujung tahun ni, gila ke ?
    pepatah ada sebut – mana ada pokok naik sampai ke langit

  • ishak mohamad Jun 29, 2013

    Ada jawapan dalam buku RWDS.antara kambing dan susu kambing.jika susu kambing dah banyak tak salah nak beli emas.kalau kambing takde apatah lagi susu kambing emas bukan pilihan terbaik.

  • Gold Rush Jul 2, 2013

    Salam semua,
    Ini adalah masa yg sesuai utk membeli emas secara borong. Tapi ingat jangan berhutang atau mengeluarkan semua simpanan utk emas. Emas adalah pelaburan jangka panjang seperti disarankan oleh agama. Mereka yg mempunyai lebihan wang dan tidak terdesak menggunakannya dalam masa terdekat sesuai utk melabur emas. Sabar adalah perkara penting dalam pelaburan emas dan jangan mudah terpengaruh dgn kejatuhan harga kerana ini adalah dugaan utk pembeli menjual segera utk meminimakan kerugian. Ini adalah mainan dan helah pasaran emas utk memaksimumkan keuntungan pihak-pihak tertentu. TQ

  • myvitrd Jul 8, 2013

    Saya tidal pandai dalam pelaburan emas ni.. tapi yg penting ada juga beli emas fizikal untuk pelaburan.. kalau dah 10 tahun emas tak jutuh2 nilah masanya dia jatuh untuk bagi pelabur beli.. insyaallah pasti harganya akan naik lagi.. yg penting sabar…

  • mohd Nov 21, 2013

    salam semua,

    kenapa allah mengenakan zakat kpd emas dan perak ?
    belilah utk puratakan belian yg lalu,ianya satu porfolio yg baik…
    Allah lebih khaskan emas kpd kaum hawa muslim…..samada emas naik
    atau turun ianya menjadi perhiasan diri wanita,so boleh berhias dan melabur!!!!allah menjadikan emas dan perak dibumi ada limitnya…..

    pada aku pelaburan yg tak pernah turun ialah hartanah!!!!
    sbb diatas tanah kita tinggal…bertani..,berternak..mendirikan kilang….
    mati pun ke tanah akhirnya….maklumlah kita asal dr tanah!!!

Leave a Comment