Halal Haram ASB 2014

Update 19/03/2014


(Artikel asal 21/02/2014)

Isu ini telah lama.

Namun saya tak pasti apakah punca isu ini menjadi hangat kembali sehingga membawa kepada kenyataan media oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) pada 14 Februari 2014.

RTM pula pada 21 Februari 2014 melalui slot Fikrah pula menyiarkan secara langsung perbincangan isu halal haram ASB ini, dan menjemput 3 orang panel:

1) Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abd. Shukor Bin Hj. Husin
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

2) Dato’ Dr Abdul Halim Ismail
Pengerusi, Lembaga Penasihat Shariah Amanah Saham Nasional Berhad

3) Professor Dr Ashraf bin Md Hashim
Head of Consultancy Department, International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA)

Dr Ashraf juga merupakan ahli Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti dan juga MPS Bank Negara Malaysia. Juga duduk dalam majlis fatwa negeri (Hal ini saya tiada maklumat).

Saya tidak tahu kenapa RTM tidak terus menjemput Dr Mohd Daud Bakar, yang merupakan Pengerusi MPS SC (with due respect to Dr Ashraf Hashim).

Berikut adalah catatan yang sempat saya buat melalui twitter. Saya tidak mencatat semua poin dan secara patah demi patah.  Jadi, jika ada kesalahan, maka apa yang disebut oleh ahli panel secara langsung itu adalah yang lebih tepat. Faham-fahamlah twitter cuma 140 karakter.

asb1

asb2

asb3

asb4

Ini pula adalah Lembaga Penasihat Shariah ASNB.

shariahpnb

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.