Guaranteed Minimum Income: Tidak Sempurna Tapi Banyak Dapat Bantu Masalah Kemiskinan

bas

Tuan Suzardi Maulan, menyambung artikel seterusnya mengenai Guaranteed Minimum Income.

Ini disalin semula seperti yang ditulis di Facebook page  beliau

—–

Khalifah Abu Bakar beri 10 dirham, dan kemudiannya 20 dirham kepada penduduk Madinah.

Polisi ini dibahaskan oleh ahli ekonomi moden dengan nama Guaranteed Minimum Income.

Polisi manusia, tidak perfect.

Khalifah Abu Bakar juga dikritik Sahabat lain apabila melaksanakan polisi ini. Namun beliau adalah Sahabat yang paling besar yang diberikan banyak keistimewaan memahami kehendak al-Quran dan as-Sunnah.

Apa kebaikan utama, antaranya adalah ?

+ Semua orang mendapat equal opportunity untuk memulakan hidup. Jadi kalau masih tidak berjaya, siapa puncanya ?

+ Ibu-ibu yang mahu fokus membesarkan anak-anak dapat berhenti kerja dengan tenang.

+ Bapa-bapa tak perlu ada 2 kerja (pagi kerja driver di pejabat kerajaan, malam kerja guard) semata-mata nak suapkan nasi ke mulut anak dan menyediakan tempat berteduh.

+ Graduan muda dapat memilih kerjaya yang terbaik, bukan lagi graduan berijazah tetapi sebab tekanan kelangsungan hidup, memilih menjadi kerani dengan kelulusan SPM sahaja.

+ Golongan yang lain, maksudnya, yang suka buat kerja NGO, jaga alam sekitar, jaga binatang dapat fokus dengan kerja mereka. Ini banyak membantu menyelesaikan kerja yang kerajaan tak pandai buat dan pihak swasta tak mahu buat.

+ Mereka yang ada kesulitan kerana terpaksa menjaga ahli keluarga yang sakit, dapat berhenti kerja untuk urusan tersebut. Sedih jika terpaksa tinggalkan ibu yang sakit selama 8 jam, untuk kelangsungan hidup, terpaksa menyerahkan tugas secara bergilir kepada anak yang masih bersekolah untuk bantu suapkan makan ke mulut neneknya.

+ Golongan middle class, khususnya di bandar, mereka tidak miskin, tetapi mereka adalah yang paling tertekan dari sudut kewangan. Nak minta bantuan ? Mana dapat sebab ada gaji lebih dari paras kemiskinan tetapi tidaklah besar mana.

+ Belanja kerajaan banyak dapat dijimatkan, kerana demi untuk membanteras pengangguran, kerajaan mencipta banyak pekerjaan yang tidak efektif, dan berlapis-lapis fungsinya. Yang jaga dewan orang lain, yang jaga projektor orang lain, yang jaga sound system orang lain. Di sektor swasta, 1 orang sahaja boleh buat semua benda tu bila nak guna bilik meeting.

Dan sebagainya.

Seperti mana yang disebut sebelum ini, program kebajikan lain yang bertindan khususnya, perlu diberhentikan.

Tuan puan yang dalam posisi hampir dengan kuasa dicadangkan untuk membuat kajian lanjut seperti para academician buat eksperimen sosial, buat tajuk research, yang duduk dalam think-tank ahli politik mula buat kertas kerja dan lain-lain.

Kemiskinan itu adalah benar.

+ Gelandangan adalah benar.
+ Satu rumah kecil dihuni 3 keluarga juga benar.
+ 1 orang terpaksa membuat 2,3 pekerjaan untuk kelangsungan hidup juga benar.
+ Mereka yang menyerahkan kad ATM kepada along juga adalah benar.
+ Graduan yang guna sijil SPM untuk hidup juga benar.

About the author: Suhaida Mahpot; Konsultan Kanan di AFIQ Training & Advisory

Comments on this entry are closed.