Guaraanteed Minimum Income: Satu Pandangan Awal

bas

Ini merupakan catatan Tuan Suzardi Maulan sendiri di page Facebook.

Satu idea bagaimana kemiskinan di Malaysia dapat diatasi.

Melalui satu polisi yang dikenali sebagai Guaranteed Minimum Income.

“Buatlah satu syarikat pemaju perumahan,”

Pakcik saya mencadangkan.

Terkejut juga saya mendengar cadangan tu.

Susulan dari cerita-cerita waktu raya, dari isu tanah orang Melayu yang sebenarnya banyak, tapi bila dipusakakan, akhirnya anak cucu ambil keputusan paling mudah – jual. Akhirnya, langsung tidak ada tanah dan juga rumah.

“Rumah cuma satu, tapi dalam tu 3 keluarga. Orang kita perlu dibantu, kalau tak banyak masalah sosial boleh jadi,” pakcik saya menambah.
.

Ya, kemiskinan itu adalah perkara yang benar.

Sepanjang saya mengendalikan kursus-kursus kewangan mengenai keterhutangan untuk penjawat awam, rata-rata berpuas hati jika ada duit yang cukup untuk makan, dapat beli rumah, ada kereta yang baik dan seterusnya pencen dengan hati tenang. Kelangsungan hidup.

Bos pun senang hati tengok pekerja mereka tidak lagi banyak berhutang terus dapat fokus dengan kerja. Macam-macam benda buruk dapat berlaku bila pekerja mengalami keterhutangan yang serius. Dan ia adalah satu perkara yang membimbangkan kerana mereka penjawat awam.
.

Sudah banyak program kebajikan dibuat untuk membasmi kemiskinan di Malaysia. Namun, masih ada orang yang tidak berumah. Homeless. Gelandangan. 1 rumah kecil di flat, apartment tetapi berkongsi 2,3 keluarga.

Barangkali penyelesaian kemiskinan ini sebenarnya simple. Simple, but not easy.

Iaitu mencontohi polisi Khalifah Abu Bakar yang memberikan penduduk Madinah 10 dirham pada tahun pertama pemerintahan, dan seterusnya 20 dirham pada tahun kedua pemerintahan.

Berdasarkan hadis lain,1 dirham pada zaman Nabi saw mencukupi untuk beli bekalan makanan untuk kira-kira 2 minggu.

Polisi ini dibahaskan oleh economist hari ini sebagai Guaranteed Minimum Income. Disitu ada elaborasi yang sangat banyak, seperti pada masa yang sama menghentikan program kebajikan yang lain. Tuan puan dapat google sendiri untuk info mengenainya.
.

Dalam konteks Malaysia (2012 – RMK 10), yang dikatakan miskin adalah pendapatan isi rumah kurang dari RM 830/bulan ke bawah. Miskin tegar pula kurang dari RM 520/sebulan.

Apa yang dapat dibuat adalah kerajaan memberi tunai RM 830/bulan kepada setiap isi rumah. Bersamaan RM 9,960 setahun.

Penduduk Malaysia 30 juta, dan dengan assumption setiap isi rumah mempunyai 5 orang, polisi ini memerlukan RM 59.76b untuk dilaksanakan.

Polisi ini tidak menjadikan rakyat Malaysia jadi kaya. Tapi ia sudah pasti dapat menyelesaikan banyak masalah berkaitan kemiskinan. Sudah pasti ada duit nak sewa rumah dan beli makanan.

Sudah pasti tidak ada lagi pihak menolak hudud dengan alasan rakyat Malaysia belum bersedia dari sudut sosio-ekonomi.

Apa kata Barisan Nasional ?
Apa kata Pakatan Rakyat 2.0 ?
Apa kata PAS ?

Dah habis bergaduh pasal kuasa & jawatan ?

About the author: Suhaida Mahpot; Konsultan Kanan di AFIQ Training & Advisory

Comments on this entry are closed.