GST & Transaksi di Maybank2U

Terima kasih.

Kepada tim media sosial Maybank dan Cik Puan Aizasuhaniz dari Customer Support Social Media, Service Fulfillment Unit yang pantas menjawab persoalan tim Pakdi.net tentang GST dan perbankan online.

Semuanya bermula dari tweet kepada MyMaybank.

gstmaybank2u

Membawa kepada emel berikut:

gstmaybank2u2

Mulanya assumptionnya begini,

1) Bil bulanan RM 500, selepas GST, ia menjadi:

RM 500 + 6% GST

Caj GST di atas adalah caj ke atas bil-bil yang kita bayar.

2) Apabila membuat pembayaran di Maybank2U, maka ia menjadi:

RM 500 + 6% GST + 6% GST

Huh. Melampau tu.

Namun assumption ini salah.

Melalui penerangan emel di atas, apa-apa transaksi yang sudah sedia ada tiada caj (seperti bayar bil) maka tiada GST sebab tiada caj dikenakan. Ia kekal menjadi:

RM 500 + 6% GST sahaja

Tetapi jika sudah ada dinyatakan yuran perkhidmatan, seperti pindahan deposit ke akaun Tabung Haji yang dicaj RM 1 setiap kali transaksi, maka GST 6% ke atas RM 1, menjadikan RM 1.06 selepas GST.

Maka transaksi dari akaun ke Tabung Haji RM 1,000 + 6% atas RM 1 = RM 1,001.06

Phew.

Comments on this entry are closed.