Fasa Satu Memang ‘Boring’

Semasa saya mengendalikan Bengkel Pengurusan Kewangan Efektif anjuran bersama Kelab Permata, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Ma’ruf Club, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di Gombak, ada seorang mahasiswi bertanyakan soalan yang lebih kurang berbunyi,”Bagi kami yang masih belajar atau yang baru sahaja habis belajar, ada tak ruang pelaburan yang ada? Adakah kami memang perlu menunggu sehingga 5 tahun baru boleh mula melabur?”

Saya pun menjawab antaranya,”Saudari akan ‘grad’ dalam lingkungan usia 23 tahun. Sekarang kita semua sudah tahu ada cara untuk mempunyai simpanan sebanyak RM 50,000 dalam tempoh 5 tahun. Cuba saudari tanya kepada mereka yang sudah bekerja 5 tahun, berapa ramai yang ada RM 50,000 tunai dalam simpanan mereka?”

Barangkali siswi tersebut berasa langkah awal yang dicadangkan kelihatan ‘boring’.

Dalam bengkel tersebut saya berkongsikan satu cara mudah bagi membolehkan para peserta, khususnya peserta dari golongan mahasiswa dan mereka yang baru habis belajar untuk mempunyai simpanan, atau modal untuk memulakan fasa dua. Caranya memang simple, plain vanilla. Anyone can do it.

Sudah tentu sasaran untuk menyempurnakan fasa satu ini boleh menjadi lebih cepat sekiranya kita semua membuat bisnes part-time untuk mencapainya. Malah, goyang kaki pun boleh mencapainya tapi tidaklah secepat mereka yang “menanam bersungguh-sungguh” selama tempoh yang dicadangkan.

Sebab itulah sabar dan disiplin amat penting dalam perancangan kewangan. Matlamat jangka pendek dan jangka panjang perlu jelas untuk membolehkan kita merancang dengan dengan baik. Saya tidak mencadangkan untuk mereka mula melabur selagi mereka belum melengkapkan fasa satu.

Ya. Walaupun fasa satu boring dan kita tidak berbuat apa-apa banyak sangat, tetapi itulah yang paling penting kerana Titanic pun tenggelam kerana melupakan benda yang paling asas!

Tutorial Rancang Wang - Percuma. Dapatkan sekarang dengan mengisi nama & emel:


Jika artikel ini menarik, kongsikan di Facebook & Twitter:

Penulis:

Suzardi Maulan {Pakdi} merupakan Islamic Financial Planner (IFP)TM, trainer dan penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang.

Hubungi saya melalui advisor@rancangwang.com.

{ 16 comments… read them below or add one }

treec00l May 26, 2010 at 10:52 am

betol tu, fasa 1 memang boring, tapi paling penting.

same macam belaja gak, fundamental subjek adalah yg paling susah.

eh, mcm x same plak. ahahaha.

Reply

zam May 26, 2010 at 11:30 am

Thanks Pakdi for this nice seminar. Walaupun basic but it help us that already “terlajak” and there is space that it can be a turn around for us. anyway, takde dlm gambar sbb rushing.

Reply

topeq May 26, 2010 at 11:39 am

it’s better late then never…

eh..ade kene mengene ke ek..hehehe…yang boring&leceh tu la yg selalu buat next step bercelaru…macam invest in yourself first..

Reply

student May 26, 2010 at 5:57 pm

yang penting buat sesuatu.
jika ada tambahan RM100 sebulan hasil part-time pun lebih baik daripada tiada kan?

terima kasih atas perkongsian tempoh hari Pakdi.
Tak sabar aplikasi semua ilmu apabila melangkah ke alam pekerjaan kelak..:)

Reply

pakdi May 26, 2010 at 10:39 pm

InsyaAllah, tidak ada yang terlambat asalkan bersedia untuk berubah. Melakukan hijrah memang ada pengorbanan.

Yang dah dapat lebih awal, maka jangan ambil jalan mereka yang tersilap langkah. Tidak bijak namanya kalau begitu.

Reply

Amin007.Ledang May 29, 2010 at 11:02 pm

fasa satu tu apa ya???

Reply

liza June 3, 2010 at 6:14 pm

salam,

Mulakanlah langkah yang pertama itu. Jangan tersilap langkah, kerana sukar untuk memulakannya kembali. Macam saya ni baru nak mula..part-time dan full-time akan digabungkan bagi mendapatkan hasil yang terbaik.
amin

Reply

titan June 8, 2010 at 8:55 pm

setuju. Benda yang mula-mula ni, memang boring. Sebab tu ramai yang putus asa. Bab nak menyimpan ni, kalau takde disiplin. Memang susah la nak menyimpan..

Reply

alhamidi June 11, 2010 at 4:48 pm

hmmm..bukan saje memboringkan, tapi cabaran pun besar..
banyak ‘doodads’ yg menunggu di luar sana, melambai2..hehe

Pusingan rat race yg pertama pun bermula..

Buat adik2 di univ, jaga2 dengan rat race yg menanti

Reply

joey June 23, 2010 at 10:58 am

baguslah diorang ni, muda-muda lagi dah ada kesedaran. jangan jadi seperti saya yang baru saja tau benda-benda seperti ini – dah 10 tahun kerja.

Reply

poji July 26, 2010 at 2:02 pm

saya pun baru je start kije lepas grad.. boleh pakdi terangkan ape die fasa 1 tu eh? hehe

Reply

pakdi July 26, 2010 at 11:18 pm

Fasa satu itu banyak diulas dalam buku saya, Rancang Wang Dari Sekarang :)

Reply

syareena November 24, 2010 at 2:20 pm

dalam buku tu ada tak tulis canne nak simpan rm50k utk 5 thn? kalau ada, saya beli!

Reply

pakdi November 24, 2010 at 8:05 pm

Mahu RM 50k sahaja?

Sedangkan dalam buku tu lebih dari RM50k cik puan boleh dapat!

Reply

syareena November 26, 2010 at 9:42 am

pakdi, saya click at link “beli sekarang” to purchase ur book but i think ur link is not working la. i dpt page http 500 internal server error…

Reply

pakdi November 26, 2010 at 4:00 pm

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: