Evolusi Dunia Perniagaan dengan Google Wallet

You Can Now Send Money Via Gmail

“Biar betul!”

Ya. Jangan tak percaya. Attach duit tersebut sepertimana anda attach gambar atau file di akaun Gmail anda.

Google memperkenalkan Google Wallet yang membolehkan pengguna menghantar atau menerima transaksi menerusi akaun gmail sahaja. Menarik bukan? Ianya juga boleh diletakkan di web online store. Mungkin ianya bakal menjadi alternatif terbaik kepada Paypal.

Tonton video di bawah.

Anda boleh ke Google Wallet untuk maklumat lanjut.

Google Wallet ini telah diperkenalkan pada tahun 2011 lagi tetapi kurang mendapat sambutan kerana fungsinya yang agak terhad. Kini, Google mengemaskini sistem tersebut dan menambahbaik dengan gabungan aplikasi dari Android dan Apple. Mungkin masa depan nanti orang dah tak bawa duit dalam dompet/beg tangan, hanya bawa smartphone sahaja. Boleh melakukan transaksi dengan hanya beberapa klik sahaja.

Sistem ini dikatakakan bakal memberi pulangan yang menguntungkan kepada Google. Bukan disebabkan caj transaksi tersebut, tetapi dari pengiklanan. Kini Google bakal tahu pengguna internet banyak membeli produk apa di internet, demografik umur dan jantina, waktu pembelian, trend pembelian dan sebagainya. Data-data ini bakal menarik pengiklan untuk mengiklankan produk yang related dengan buying history mereka.

Caj yang dikenakan adalah 2.9% untuk setiap transaksi. Anda boleh menggunakan kad kredit atau debit kad untuk melakukan transaksi tersebut. Google menjamin bahawa setiap transaksi yang dilakukan melalui Google Wallet adalah selamat.

Tetapi, buat masa sekarang kemudahan transaksi melalui email ini hanya terhad kepada warga US yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. Mesin yang anda lihat di video sebelum ini juga hanya ada di US. Mungkin ambil masa untuk sampai ke Malaysia.

google wallet

Sumber : Mashable

About the author: Sedang cari panduan urus gaji, urus hutang & pelaburan ? Untuk info lanjut sila klik link ini

Lagi Artikel Menarik

4 comments… add one
  • amin007.ledang May 23, 2013

    Saya sudah buat pengesahan dengan maybank2u dan google wallet.
    Adakah ini bakal penganti paypal???

  • jibam May 23, 2013

    Ambil masa untuk menggantikan PayPal.

  • penambahan baik yg sangat bagus dari google,lagi senangla nak shopping nanti..

  • titan May 29, 2013

    paypal tetap terbaik setakat ini.

Leave a Comment