Ekonomi Malaysia Gawat 2015 ?

sym

Tempoh hari ketika keluar rumah menuju ke KLIA, kelihatan langit gelap.

Hanya berdoa di dalam hati agar perjalanan ke KLIA selamat seterusnya mertua saya dapat berangkat menuju ke dua tanah haram yang mulia.

Ya, hujan.

Lebat dan mengaburkan pandangan. Lampu dipasang, kenderaan diperlahankan. Namun, sampai sahaja kawasan berhampiran Putrajaya, tidak hujan. Jalan kering.

Alhamdulillah.
.

Gawat 2015 / 2016 (Kenapa tak 2017?)

Jawapannya bergantung kepada siapa yang kita bertanya, atau, apakah jawapan yang kita mahu dengar.

Menurut Sheikh Godin, seseorang individu itu cenderung bersetuju dengan jawapan, kenyataan yang sama dengan self-fulfilling truth, persepsi dalam diri sedia ada.

  • Orang BN kata hanya bila bro Anwar Ibrahim memerintah negara baru gawat.
  • Orang PR kata, tiap-tiap tahun memang gawat melainkan ketikan bro Anwar jadi Menteri Kewangan dulu dan bila dia jadi PM terus takkan gawat.
  • Orang minyak kata, gawat. Sebab untung makin susut.
  • Orang emas kata, tak gawat. 2010, Harga emas naik itu tanda ekonomi kita gawat. sejak 2012, harga emas turun, takkan gawat lagi kot?
  • Orang anti-GST kata, gawat sebab GST.
  • Orang yang dapat gaji dalam USD, gawat tu apa? Aku kayaaa!
  • Orang yang eksport barang dapat payment dalam USD, gawat amendanya bro ?
  • Orang tanam sawit, dah lama kami gawat. Bukan 2015 baru nak gawat.
  • Trader saham kata gawat.
  • Pelabur saham kata, YES!
  • Orang hartanah kata, gawat tak gawat, harga hartanah takkan turun.
  • Peguam, kami tak faham ekonomi ni. Waktu orang beli rumah, kami dapat fee. Waktu rumah kena lelong pun dapat fee juga. Orang biasa tak faham kerja peguam ni, senyap!
  • Dan seterusnya …

.

Saya bukan peramal kaji cuaca.

Ada hari panas, pergi basuh kereta, selesai sahaja hujan lebat!

Pengalaman menjadi Suzardi Yang Menunggang lebih 15 tahun, mengajar diri ini supaya simpan sepasang baju hujan di kotak Givi. Selagi hujan belum menitik, walaupun hari nampak gelap, teruskan pulas minyak sampai ke destinasi.

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.