Duit sama ada Emas, Perak, Wang Kertas bukan Barang Dagangan

zak

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak (duit) serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

(at-Taubah: 34)

Ayat ini adalah panduan wahyu bagaimana duit seharusnya bergerak dalam ekonomi sesebuah negara.

Dalam Islam, kita tidak boleh menimbun (hoarding) emas, perak (duit). Duit yang kita simpan, mesti mempunyai kegunaan atau dimanfaatkan dengan jalan yang betul, cukup haul dan nisabnya wajib dizakatkan. Duit tidak boleh sekadar simpan untuk tujuan menimbun harta.

Manakala, dalam surah Yusuf pula gandum perlu disimpan dalam bentuk tangkai untuk simpanan selama 7 tahun.

Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.

(Yusuf: 47)

Ini bermaksud, emas dan perak berbeza dengan gandum. Dalam Islam, emas, perak, gandum merupakan barang ribawi, ada syarat jual beli tersendiri yang ketat berbanding jual beli yang lain dan kesemuanya juga tertakluk dengan hukum zakat.

Adakah emas dan perak (duit) bukan aset?

Manakala, gandum merupakan aset?

Sekiranya keduanya bukan aset, maka tidak mungkin wujud hukum zakat emas, perak dan pertanian. Justeru, apakah perbezaan sebenar sehingga ada perbezaan yang ditunjukkan dalam Islam melalui al-Quran?

Imam Ghazali dalam Ihya Ulumuddin menerangkan, emas, perak (duit) tidak mempunyai instrinsic value. Tidak banyak benda lain yang boleh dihasilkan dari emas dan perak. Walaupun begitu, manusia masih menggilakan emas dan perak, justeru ia sesuai sebagai medium of exchange. Peranannya cuma alat pertukaran. Kita mahukan kereta, maka kita bayar dengan duit.

Berbeza dengan gandum, ia mempunyai instrinsic value yang tersendiri. Seorang peladang gandum boleh memanfaatkan dari tangkai gandum, biji gandum menjadi bijirin, tepung, roti, mee dan pelbagai lagi jenis makanan. Walaupun kegunaannya pelbagai, orang Malaysia masih suka makan beras dari gandum. Jarang-jarang kalau kita mahukan kereta, kita bayar dengan gandum mahupun beras.

Malah sekiranya kita membaca hadis riba jual beli pula, ketat sungguh syarat jual beli emas, perak dan matawang. Mesti berlaku bayar dan serah tunai. Semuanya mesti bersifat on the spot. Tidak boleh transaksi emas, perak dan matawang berlaku secara bertangguh. Sekiranya bertangguh juga,  maka ia menjadi transaksi riba yang Allah dan Nabi saw laknat.

Imam Ghazali sekali lagi menyatakan kita jangan menghilangkan fungsi duit dengan menjadikannya sebagai komoditi yang didagangkan (seperti pasaran forex, fenomena pelaburan emas). Apabila duit termasuklah emas dan perak menjadi bahan dagangan, maka fenomena inflasi dan deflasi berlaku.

Maka, itulah saranan Islam.

Apa yang menariknya pandangan Imam Ghazali terhadap emas dan perak adalah sama dengan pandangan kelompok value investor seperti Benjamin Graham dan anak muridnya Warren Buffett yang lahir kira-kira 900 tahun kemudian. Emas tidak mempunyai instrinsic value.

If you’re not part of the solution, you’re part of the problem. (Unnamed quote)

About the author: Anda TAK OK dengan pelaburan yang dibuat sekarang dan mahu membetulkannya ? Jika YA, sila klik link ini — Investment Workshop

11 comments… add one
  • Amin007.Ledang Feb 15, 2011

    duit kena dibelanjakan ya? paling tidak kena keluarkan zakat.
    kalau tak nak kena zakat, duit mesti dibelanjakan pada jalan Allah

  • sahir Feb 23, 2011

    wang tidak sama hukumnya dengan emas dan perak…persoalan yang berlegar oleh Pak Di adalah menganggap wang itu sama dengan emas perak. sedangkan ianya tidak boleh di Qiaskan sama…oleh Imam Shafie’. sebab itu dalam mazhab Shafie’ zakat tidak boleh dibayar menggunakan wang. malaysia bab keluar zakat menerima kaedah Imam Hanafi…yang menerima wang utk zakat. oleh hal yg demikian jika kita mengikut imam Shafie’ maka wang bukanlah barang ribawi…tiada riba pada matawang fiat sekarang.. wallahu a’lam

    • pakdi Mar 16, 2011

      Kalau betul-betul nak ikut imam Shafie dalam urusan muamalat, setiap jual beli yang kita buat mesti jelas lafaz “saya jual dan saya beli” tu. Macam mana kes kita beli air di vending machine atau bayar tiket parking di mesin?

  • izuankarim Feb 24, 2011

    pakdi, macam mana pula emas dalam bentuk barang kemas?

    adakah dikira sebagai barangan ribawi juga?

    • pakdi Feb 26, 2011

      Majoriti ulama berpendapat barang kemas juga adalah barang ribawi.

  • pelabur emas Feb 24, 2011

    yup..setuju..emas tidak boleh disamakan dgn matawang

  • pakdi Feb 26, 2011

    Sila rujuk perbahasan ulama’ mengenai emas, perak sebagai matawang di

    http://www.pakdi.net/islam-membenarkan-matawang-selain-emas-dan-perak/

  • JANI BIN SALLEH Mar 13, 2012

    akan bermula dengan perdagangan emas dengan kerjasama bank-bank tempatan dan luar negara. Perancangan sedang diatur. Sila berikan pandangan dan nasihat. tq

Leave a Comment