Duit Kertas, Duit Fiat Adalah Barang Ribawi

pap

Duit kertas tidak ada unsur ribawi?

Begini.

Sila lihat contoh transaksi berikut:

  • 1 gram emas tukar dengan 1 rim kertas A4.
  • 1 gram emas tukar dengan 2 keping nota kertas RM 100.

Sekarang ini, cari pemetik api dan sila bakar 1 rim kertas A4. Selepas itu, bakar pula 2 keping nota kertas RM 100. Mampu buat ?

Sedangkan dua-dua kertas.

Cuba majikan kita bayar gaji dengan 100 rim kertas A4 sebulan, berbanding 20 keping nota kertas RM 100. Agak-agaknya boleh kita terima perlakuan bos macam tu ?

25 haribulan setiap bulan hari gaji kakitangan kerajaan, tak sampai 24 jam kerajaan boleh tumbang kalau kerajaan berani bayar gaji guna rim kertas A4.

Sedangkan dua-dua kertas.

Ataupun, Tabung Haji umum beri bonus, dapat bonus berbentuk 100 rim kertas A4 setiap RM 10,000 yang kita ada. Pergi tuntut di pejabat TH berdekatan.

Amacam ?

Maka dalam situasi di atas tidak ada khilaf.

  • Rim kertas A4 adalah barang komoditi.
  • Nota kertas RM 100 adalah matawang.

Justeru, apabila situasi di atas berlaku jelaslah ia menunjukkan duit kertas hari ini, mempunyai ‘illah matawang.

Oleh sebab itu para ulama sama ada menerusi individu dan secara kolektif bersetuju duit kertas adalah barang ribawi.

Akademi Feqah Islam Antarabangsa OIC (Majma al-Fiqh al-Islami al-Dawli) di dalam persidangan ke-3 yang diadakan di Amman, Jordan pada 8-13 Safar 1407H bersamaan 11-16 Oktober 1986 telah memutuskan resolusi yang berbunyi:

“Berkaitan hukum-hakam mata wang kertas, bahawa ia adalah mata wang (nuqud) secara i’tibari, yang mempunyai sifat harga/nilai (al-thamaniyyah) yang sempurna, dan ia mengambil hukum-hakam syarak yang telah ditetapkan pada emas dan perak, dari sudut hukum riba, zakat, salam, dan segala hukum-hakamnya”. (Majalah Majma’ al-Fiqh al-Islami, bil: 3, j. 3 h. 1650).

Maka, jual beli dalam perkara berikut perlu dibuat mengikut kaedah jual beli Sarf, iaitu mesti beli dan serah secara tunai.

  1. Pertukaran matawang, pelaburan forex e.g. tukar RM / USD, tukar USD / JPY
  2. Beli emas
  3. Beli perak

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.