Duit Adalah Ujian Kesenangan

Kita tak boleh claim kita dah beriman.

Hanya kerana dah pergi masjid solat.

Berjemaah lagi. Berjubah. Belakang pak imam. Kalau boleh selfie masa sujud, dah lama buat. Tapi nak buat macam mana, update di FB ajelah. Sebab Allah swt telah mengingatkan, dalam surah al-Ankabut ayat 2:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan) ?

Maka dalam hal ehwal kewangan dan pelaburan, Allah swt juga menguji kita. Sama ada …

  1. Ujian tidak ada duit
  2. Ujian ada duit

Ujian duit ini hebat.

Takut tak tertanggung.

Masuk program riba macam beli insurans, pelaburan tidak patuh Shariah macam forex. Lebih hebat, join skim cepat lingkup, cepat dapat duit. Sebulan 10%.

Allah jumpakan kita program macam tu sebab nak uji. Saat kita ada duit. Saat kita nak gandakan duit.

Iyelah, kita kata kita beriman. Berbalik kepada ayat di atas, jangan sesedap oren claim kita dah beriman sedangkan belum diuji!

Meleleh tengok testimonial pakai kereta mewah.
Cemburu tengok orang pergi bercuti luar negara.
Jeles tengok orang dah beli rumah.

Orang yang benar-benar beriman dia pasti mencari yang halal. Jika tidak tahu dia pasti bertanya merata tempat.

Orang yang tewas dalam ujian, join sahaja yang penting untung.

Duit.

Sikap ini bukan sikap orang Melayu sahaja.

Allah swt dah sebut lama dalam Quran. Al-Baqarah ayat 275. Pada zaman Nabi lagi dah ada kaum yang kata, riba itu sama sahaja dengan jual bisnes. Orang yang berkata macam ni semua dibangunkan pada hari akhirat macam orang gila dirasuk Syaitan.

Beza untung RM 1 dari riba…
Dengan untung RM 1 dari jual beli.

Apa yang bezanya ? Kata mereka yang tewas dengan ujian duit.

Tapi orang beriman faham bezanya.

Chief Shariah Officer Bank Islam kata…

“Pakcik, saya nak kahwin dengan anak pakcik. Ni RM 10,000 maskahwin,”

Dengan

“Pakcik, saya nak kahwin dengan anak pakcik 1 malam je. Nah RM 10,000.”

Orang beriman faham bezanya.

Comments on this entry are closed.