Dr Mohd Daud Bakar – Ulama, Penasihat Shariah dan Pakar Kewangan Islam

Datuk Dr Mohd Daud Bakar.

Anak Malaysia yang mendapat penghormatan dalam seluruh dunia kewangan Islam. Beliau merupakan seorang ulama’, penasihat Shariah dan pakar dalam kewangan Islam.

Semua orang yang terlibat dalam dunia kewangan Islam secara profesional wajib mengenali beliau. Mereka yang tidak mengenali beliau tergolong dalam golongan yang rugi lebih-lebih lagi apabila sudah terlibat dalam dunia kewangan Islam.

Pakar Shariah Yang Dihormati Ramai Pihak

Bukan mudah bagi seorang yang berbangsa lain mendapat penghormatan dari bangsa Arab, syarikat-syarikat Arab malah di kalangan penasihat Shariah berbangsa Arab sendiri. Nama beliau adalah setaraf dengan nama besar seperti Sheikh Nizam Yakubi, Dr Mohamed Ali El-Gari dan Dr Abdul Sattar Abu Ghuddah.

Alhamdulillah, saya dapat mengenali beliau secara dekat baik semasa di universiti, dunia profesional dan juga secara peribadi. Merupakan mentor secara langsung dan tidak langsung baik semasa beliau menjadi Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa sehinggalah menjadi CEO, Amanie Advisors Sdn Bhd – syarikat miliknya sendiri.

Sumbangan Di Malaysia dan di Peringkat Antarabangsa

Di Malaysia beliau merupakan (sehingga artikel ini ditulis) Pengerusi, Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia dan juga Pengerusi, Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Duduk dalam pelbagai majlis penasihat Shariah untuk pelbagai institusi kewangan Islam di seluruh dunia. Tidak mampu untuk saya tulis satu persatu.

Orangnya soft spoken, bijaksana dan beliau bukan jenis ulama yang hanya dapat menyatakan ‘haram’ tanpa memberikan penyelesaian terhadap sesuatu isu kewangan Islam.

Low profile, khususnya di Malaysia; lebih-lebih lagi di luar lingkungan profesional dunia kewangan Islam, terlalu banyak yang beliau telah buat untuk kebaikan kita umat Islam di Malaysia untuk bebas dari riba, judi dan perkara yang haram dalam urusan kewangan seharian. Meneruskan legasi ulama terdahulu khususnya almarhum Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim dan yang seangkatan dengannya.

Kita perlu mengambil kesempatan menadah ilmu dengan beliau dalam apa jua peluang. Jika tidak dapat hadir dalam seminar-seminar berkaitan dapatkan buku, penulisan dan kertas kerja yang beliau hasilkan seperti buku yang saya tunjukkan di atas. Jika mahu berjumpa secara peribadi, memang susahlah.

Saya berharap tuan puan telah telah mengetahui orang paling penting di Malaysia dalam hal kewangan Islam.

Terima kasih Dr Daud Bakar.


Baca Nota Pakdi menerusi emel:

15 thoughts on “Dr Mohd Daud Bakar – Ulama, Penasihat Shariah dan Pakar Kewangan Islam

  1. Betul. Dr. Daud Bakar sangat low profile dan soft spoken. Sampai kita naik segan bila cakap dengan dia!

    Mmg rasa rendah sangat bila cakap dengan Dr. Daud, pasti dia layan walau siapa pn kita. Tak sombong walau taraf dia sangat lah tinggi dari sudut keilmuan dan jadualnya yang sangatlah sibuk kesana sini serata dunia.

    Tabik spring!

  2. Alhamdulillah beliau sudah termasyur. Sudah pasti kami tidak lupa. Semuga beliau masih mengenali kami walau sudah lama tidak berjumpa. Ya Sejak kami meninggalkan arena perbankan Islam dan menceburi industri lain. Maklumlah team kamilah yg interview beliau tahun 1996 dan berjaya menyakinkan pemilik bank konvensional untuk menjemput beliau serta rakan-rakan seangkatan beliau seperti Dato Dr Azmi Omar , Dr Musa Al Habshi Dato Othman Al Habshi dari UIA kedalam industri perbankan tanpa faedah. Gabungan khidmat nasihat beliau dan Dato harun Din serta Dato Hashim Yahya dan kepakaran team kami dalam praktikaliti operasi dan sistem perbankan konvensional telah membangunkan produk perbankan Islam yg berlainan dari di praktikkan oleh Bank Islam. Hasilnya dr Daud Dato hashim Yahya Dato Harun dan sebahgian pensyarah seangkatan beliau di lantik menjadi penasihat Syariah Bank Negara dan SC… Syabas semuga jasanya akan di hargai oleh pemimpin tanahair beliau sendiri

  3. Diharap dr.mohd Daud wajib mengusahakan Francais dlm bidang usahawan Kewangan syariah

  4. Assalamualaikum… nak tanya sikit. Yang mana lebih untung jika belajar perbankan konvensional ke perbankan islam. Mohon perjelasan.

Comments are closed.