Dividen KWSP 2015

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dengan kelulusan Kementerian Kewangan, hari ini mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.40 peratus untuk 2015.

Dividen 2014: 6.75
Dividen 2013: 6.35
Dividen 2012: 6.15
Dividen 2011: 6:00

—–

KWSP Isytihar Dividen 6.40 Peratus Untuk 2015

Pencapaian melebihi jangkaan pasaran dalam suasana ekonomi mencabar

KUALA LUMPUR, 20 Februari 2016: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dengan kelulusan Kementerian Kewangan, hari ini mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.40 peratus untuk 2015 dan pembayaran dividen sebanyak RM38.24 bilion. Sebanyak RM5.98 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu (1) peratus kadar dividen bagi tahun tersebut, yang merupakan peningkatan 10.13 peratus berbanding RM5.43 bilion dalam 2014. Peningkatan ini selaras dengan pertumbuhan aset pelaburan KWSP kepada RM684.53 bilion setakat 31 Disember 2015.

KWSP mencatat pendapatan kasar sebanyak RM44.23 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, peningkatan sebanyak 13.18 peratus berbanding RM39.08 bilion pada 2014.

Berita penuh, sila klik : KWSP Isytihar Dividen 6.40 Peratus Untuk 2015

About the author: Nak cari individu yang boleh bercakap tentang urus duit untuk organisasi anda ? >>Klik sini untuk keterangan lanjut<<

Comments on this entry are closed.