Dirikan Solat, Bayar Zakat

zak

Allah swt sebut banyak kali dalam al-Quran…

… Bersolatlah dan bayar zakat.

Soalannya, macam mana nak bayar zakat kalau tidak kumpul zakatable asset, iaitu harta yang dapat dizakatkan ?

Maka, bagi membolehkan kita semua bayar zakat, lepas solat, buat kerja, buat bisnes dulu. Selepas cukup nisab, cukup haul, baru dapat bayar zakat.
.

Selepas Nabi Muhammad (berselawatlah kamu), mereka yang faham ayat al-Quran adalah para Sahabat.

Jadi mereka selepas solat, mereka tidak hanya duduk berzikir. Tidak hanya duduk mengharapkan rezeki dan bantuan.

Siang mereka mencari rezeki. Berniaga.

Sebelum Islam datang, mereka telah berniaga. Selepas Islam datang, mereka masih berniaga, kecuali aktiviti bisnes yang haram. Apa yang haram, misalnya arak, mereka buang semua simpanan arak yang ada selepas turun suruhan pengharaman arak.

Tidak berselindung di sebalik perjuangan ekuiti bangsa Arab untuk menguasai industri arak. Sebab banyak lagi benda yang halal.
.

Selepas ada harta, mereka gunakan untuk perkara baik.

Sahabat yang misin tidak jeles, tidak cemburu para sahabat memiliki banyak unta secara zahir. Mereka cemburu dengan kemampuan para sahabat yang banyak bersedekah, sebab mereka tidak dapat bersedekah.

Dalam peperangan Tabuk, para Sahabat yang berharta berlumba-lumba memberikan sumbangan harta kepada Islam.

Sayyidina Umar r.a. juga tidak terkecuali cemburu kepada Sayyidina Abu Bakar r.a. Beliau memberikan 50% dari harta yang dia ada, dan bakinya untuk kegunaan keluarga.

Kemudian datang Sayyidina Abu Bakar dan memberikan 100% harta dan rezeki keluarganya diserahkan secara mutlak kepada Allah & Rasul.

Melihatkan perkara ini Sayyidina Umar pun berkata, “Aku memang tak boleh kalahkan kau dalam apa perkara pun,”

Kisah ini disebut dalam hadis Abu Dawud, No 1,687.
.

Beza sangat iman kita dengan iman para Sahabat.

Beza sangat kefahaman kita dengan kefahaman para Sahabat.

Dah lah kualiti solat kita rendah, kualiti puasa rendah, ibadah malam tak buat, nak bersedekah pun berkira-kira.

Yang kita cemburu, BMW orang. Vellfire orang. Mercedes orang. Muda-muda dah berselfie dengan kereta mahal. Ini mesti kenal datuk itu ini. Ini mesti bapak dia kaya.

Tapi sahabat yang miskin tidak cemburu sebegitu. Mereka cemburu sebab tidak ada harta untuk diberi pada jalan Allah.

Saya pun masih belum mampu beri sampai 50% harta untuk tujuan sedekah. Apatah lagi 100%.

Macam mana Allah swt nak letakkan kita di kalangan hartawan yang dermawan pada hari kiamat kelak kalau nak hulur sedekah RM 50 pun masih berkira-kira…

About the author: Tidak ada masa urus pelaburan sendiri? Jika ya, sila klik sini — Konsultansi Pelaburan

Comments on this entry are closed.