Dinar Dirham Kelantan

Tahniah buat kerajaan Kelantan kerana berani memperkenalkan matawang emas dan perak pada 2 Ramadhan 1431H walaupun Datuk Dr Awang Adek Hussein menyatakan tindakan tersebut bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Emas dan perak adalah dua komoditi yang paling sesuai untuk dijadikan sandaran matawang. Sejarah manusia menunjukkan sudah pelbagai jenis komoditi dijadikan matawang seperti batu, cengkerang malah rokok juga adalah matawang paling utama di penjara.

Dinar Dirham Kelantan

Sekiranya emas dan perak tidak dijadikan asas matawang, maka emas  dan perak hanya akan sama dengan komoditi lainnya yang terdedah dengan aktiviti spekulasi dan status pedagang emas ini sebenarnya tidak ada beza dengan pedagang karipap mahupun kapal selam. Selagi mana penjual emas, perak dan karipap berniaga ikut syarat dan rukun jual beli, semua boleh dapat pahala dan aktiviti tersebut syari’e belaka. Dalam Islam, jual beli dan pertukaran berkaitan emas dan perak ini perlu mengikut rukun dan syarat Bai Sarf.

Apabila ada komuniti atau dalam konteks ini kerajaan negeri dan jajahan takluknya menerima emas dan perak sebagai matawang selain Ringgit Malaysia dan US Dollar, maka ia adalah langkah yang sangat baik.

Semoga setelah kerajaan Kelantan membuka ruang untuk membentuk satu komuniti yang menerima emas dan perak sebagai matawang maka mari kita lihat perkembangan seterusnya.

Adakah tindakan ini akan mendapat tentangan hebat dari kerajaan lain khususnya kerajaan Persekutuan ?

Bagaimanakah respon infrastruktur kewangan yang penting iaitu sistem perbankan dalam hal ini?

Adakah kerajaan Selangor, Kedah dan Pulau Pinang akan mengikut jejak langkah kerajaan Kelantan?

Bagaimana respons kita semua dalam hal ini?

Sejarah pembunuhan presiden Amerika Syarikat iaitu Abraham Lincoln , James A. Garfield, William McKinley dan J.F Kennedy juga mempunyai perkaitan dalam mengembalikan gold / silver standard dalam sistem matawang.

Barangkali satu peperangan akan bermula !?

Tutorial Rancang Wang - Percuma. Dapatkan sekarang dengan mengisi nama & emel:


Jika artikel ini menarik, kongsikan di Facebook & Twitter:

Penulis:

Suzardi Maulan {Pakdi} merupakan Islamic Financial Planner (IFP)TM, trainer dan penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang.

Hubungi saya melalui advisor@rancangwang.com.

{ 12 comments… read them below or add one }

C++ August 14, 2010 at 11:22 am

Bhai Pakdi..

Gua support Kerajaan Kelantan dalam mempromosikan penggunaan dinar dan dirham Kelantan… yang pasti.. mana-mana peniaga yang berniaga mengikut syariah pasti suka untuk terlibat sama mempromosikan dinar dirham Kelantan nih…

Gua rasa lepas nih… yang akan gunakan sistem nih sure kat Pulau Pinang… lepas tue Selangor… Kedah plak.. rasanyer yang paling lambat untuk adapt benda nih…

Reply

Amin007.Ledang August 15, 2010 at 3:13 pm

rasanya kita kena lihat betul betul adakah Perlembagaan Persekutuan boleh saman Kerajaan Kelantan???

atau kerajaan kelantan boleh guna helah yang kerajaan persekutuan tak boleh saman dia orang hehehe

Reply

dK Dayat August 16, 2010 at 8:41 am

Saya setuju dengan penggunaan dinar ini….bertahun yang lalu, bekas perdana menteri kita Dr. M telah pun menyarankan idea ini

Reply

c@rt00n August 18, 2010 at 4:52 pm

Biase la bende2 baik selalu mendapt tentangan…tambahan plak dgn penggunaan emas sedikit sebanyak dpt mengelakkan riba’…jadi mcm2 la isu yg akan bangkit nnt…tgu dan lihat aje la…

Reply

Urus Hutang August 19, 2010 at 2:03 pm

Ada pulak ‘ahli bijak pandai’ yang bukannya saja menentang, malahan mengatakan Kelantan tak tau perihal ekonomi. Boleh baca ulasan-ulasan mereka dalam suratkhabar.

Saya rasa penggunaan dinar emas & perak juga menyebabkan Bank Negara tidak dapat memantau dan mengawal urusan ekonomi di Kelantan. Ini yang amat membimbangkan mereka sebenarnya.

Reply

nadzate August 19, 2010 at 6:57 pm

pakdi, boleh saya bertanya, kalau kelantan buat dinar dan darham ni mcanana sistem tu berjalan, katalah saya nak beli almari harganya RM150 ringgit.. adakah dinar ini akan di convert kepada nilai ringgit dulu atau bagaimana? sebenarnya saya tak paham sistem ini.. tqvm

Reply

didiek August 28, 2010 at 6:46 am

saya tertarik buat tabungan/saving dengan dinar Kelantan, karena saya di Indonesia bagaimana caranya jika boleh? semoga Allah memberi taufiq hidayah untuk pemimpin negeri Kelantan, amien

Reply

Din September 2, 2010 at 3:44 am

Apa yang dilakukan oleh kerajaan kelantan sebenarnya menjadi amalan standard bank negara di peringkat global. Bank negara menyimpan rizab negara dalam bentuk jongkong emas.Setiap hari bank negara menjual dan membeli matawang asing dengan rizab emas sebab itu nilai dollar jatuh berbanding ringgit sekarang kerana simpanan rizab emas bank negara kita tinggi. Simpanan rizab bank negara sekarang mampu menaggung perbelanjaan kerajaan selama 9 bulan tanpa sebarang hasil atau boleh menampung impot selama 9 bulan tanpa kita mengekspot apa-apa pun dalam tempoh 9 bulan itu.Masalah dinar ialah bila kita nak beli gula atau tepung bolehkah guna ?

Reply

piye March 7, 2011 at 11:17 pm

apa masalah, kalau nak bli tepung, buat dirham y kecil,1/4 atau 1/8. kalau duit bleh cetak, dinar n dirhm pun bleh.

Reply

gg April 1, 2011 at 10:21 am

saya sokong sgt penggunaan dinar n dirham, sebab selamat jika nk dibandingkan sistem duit kertas sekarang. hanya org yg rajin mengkaji maksud alquran, hadis, sabda nabi kita Muhammad SAW dan melihat jauh sistem duit kertas yg kita pakai sekarang akan nampak apa yg akan berlaku kelak dan betape cerahnya penggunaan dinar dan dirham dlm urusan jualbeli. cume sy nak tanya, kenapa di johor tiada lagi konsep dinar dan dirham seperti kelantan? xkn sy nk ke kelantan utk dapatkn dinar dan dirham? ade juga syarikat yg menjualkn secara online, tp harganya lebih mahal dari harga biasa.

Reply

antupips June 24, 2011 at 9:32 pm

“Barangkali satu peperangan akan bermula !?”

Haha, awat pakdi kata lagu tu, klako..
Hakikat: Kalau dinar emas tu betul2 sah, mau tak mau org akan mula menggunakannya..

Reply

hasim July 6, 2011 at 12:09 pm

drpd bpandangan -ve tntg dinar dan dirham, lebih baik kerajaan pusat tambah rizab emas Malaysia ketika ini pada 36.4tan sbg perlindungan drpd sistem kewangan dunia yg bermasalah ketika ini. thailand(99.5 tan) dan singapura(127.4 tan) pun jauh ke depan berbanding malaysia dr segi jumlah rizab emas.

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: