Dilema Seorang Pegawai Kerajaan: EPF / KWSP atau Pencen?

surveryepf

Saya memerlukan pandangan kalian semua.

Seorang pembaca memerlukan pandangan, baik buruk pilihan KWSP atau pencen. Beliau merupakan seorang pegawai kerajaan.

Saya tidak pernah berkhidmat di sektor kerajaan, justeru saya tidak pasti manfaat secara spesifik pegawai kerajaan bakal terima seperti,

  • Elaun
  • Pencen
  • Gratuiti
  • Kemudahan pembiayaan dari kerajaan
  • dan lain-lain.

Manakala, seorang pencarum KWSP sudah pasti mendapat perkara ini, antaranya:

  • Mendapat ‘simpanan’ tambahan dari majikan.
  • Dividen tahunan
  • Akaun 2 dapat digunakan untuk mengurangkan hutang rumah, pelaburan unit trust dan juga untuk pelaburan pendidikan.

Manakala ada beberapa perkara yang kurang enak kita dengar bagaimana KWSP ini diuruskan.

Justeru, tuan puan pembaca yang budiman sila berkongsi pandangan tentang perkara ini dalam ruang komen.

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

37 comments… add one
  • Adis Jul 6, 2012

    Ini antara pro dan kontranya.

    JIKA MEMILIH PENCEN

    1. GANJARAN PERKHIDMATAN
    7.5% X Jumlah Bulan PErkhidamatan X Gaji Akhir

    2. PENCEN BULANAN
    1/600 X Jumlah Bulan Perkhidmatan X Gaji Akhir
    (Tertakluk kepada pencen maksimum setengah daripada gaji akhir)

    3. Faedah Perubatan untuk suami / isteri , anak kurang
    upaya, anak bawah 18 tahun atau masih dalam institusi pendidikan dan ibubapa
    * Ibubapa hanya semasa pegawai dalam perkhidmatan

    4. Pencen Terbitan untuk balu / duda / anak.

    JIKA MEMILIH KWSP
    1. Caruman KWSP bulanan mengikut kadar untuk majikan (12 %) dan pekerja (11 %)

    2. Menerima semua faedah dalam SSM seperti guru lain semasa dalam perkhidmatan

    3. Hilang faedah perubatan apabila bersara.

    4. Tidak ada bayaran ganjaran pencen bulanan.

    5. Terpaksa membayar balik baki pinjaman perumahan sekaligus apabila bersara.

  • Mohd Azril Salleh Jul 7, 2012

    Assalamualaikum wbt.

    Di tempat saya berkerja ada senior yang buat begini…

    Dua-dua suami isteri berkerja…si suami ambil pencen. Manakala si isteri ambil kwsp. Dia kata bila dah pencen nanti si suami dapat pencen setiap bulan. Si isteri dapat segedebuk duit simpanan kwsp. Dia kata dengan duit kwsp tu nanti boleh beli rumah baru satu lagi. 🙂 Wallahualam.

  • Saharizam Jul 7, 2012

    Kerja kerajaan belum tentu dapat pencen walaupun dah 35 tahun kerja. Lagi 3 tahun nak habis, kita mungkin diberhentikan. Oleh itu kena ada back-up plan.

    • Apom Jul 8, 2012

      teruk sangat kerja kerajaan pon boleh diberhentikan pulak.. seteruk2 mana pon abeh kuat kena tukar department je.. bagi pekerja tetap..

      • hawa Jul 10, 2012

        pemberhentian serta merta telah berlaku kepada KPPA sendiri. Tu boss JPA tu..
        kalau boss pun boleh kena, takkan lah perebet-prebet tak kena.

        setuju kena ada back up plan kalau nak ambil pencen.

        • zura Mar 10, 2016

          dia bkn diberhentikn./.. dibersarakan.. mean dpt pencen blnn..

    • Anon May 10, 2015

      cuba cek berapa peratus kakitangan kerajaan yang diberhentikan. kalau bilangannya tak signficant, tak perlu lah nak menakut-nakutkan orang.

      • yuduapuluhsembilan Jan 2, 2016

        segalanya mungkin di zaman kerajaan terdesak ni.. jangan selesa sangat

  • dobit127 Jul 7, 2012

    kawan seorang guru.. kawan memilih skim pencen.. isteri kawan juga seorang guru.. Tapi kawan menyuruh dia memilih skim KWSP.

    Kenapa?… Itu adalah strategi hidup dan cabaran masa depan masing-masing.. Tetapi strategi itu boleh berubah mengikut peredaran masa.. Kawan pada dasarnya hendak isteri kawan berhenti kerja menjelang umur 40 or 45 tahun.. Kawan mejangkakan masa itu, semua urusan duniawi sudah atau hampir settle..(hutang ler).. Duduk rumah jaga anak sepenuhnya.. Mungkin menjaga biznes kawan or membuka biz sendiri.. Buat persediaan itu, kawan sudah membeli kedai.. Sekarang buat sewa.. tapi tunggulah masa depan apa ceritanya..

    Kebaikan dan keburukan skim pencen atau KWSP ini.. Ada dinyatakan oleh saudara Adis di atas. Itu dari segi peraturan dan terma.. Selain itu, anda yang menentukannya.. Nak kata KWSP tak bagus, selepas tawaran sukarela pertukaran skim oleh kerajaan tidak lama dahulu, masih ada lebih kurang 35,ooo orang tetap memilih skim KWSP termasuklah isteri kawan…

    Sebab apa… sebab isteri kawan dah diberitahu..Orang lain tak tahu ler… Ramai juga yang memilih skim pencen memilih behenti awal dari tarikh sepatutnya dan mengakibatkan tidak layak mendapat pencen..

    So, anda semua pula bagaimana?….

  • adaw Jul 8, 2012

    kalau tak pilih pencen, better kerja swasta yg menawarkan gaji berganda, peluang yg lebih besar. pencen bulanan selepas bersara adalah ‘the only’ kelebihan kerja kerajaan yg boleh ‘lawan’ kelebihan kerja swasta yg meleret-leret.
    i simply pilih pencen. i have experience in private sector before joining government sector.

  • arman Jul 9, 2012

    assalamualaikum…

    Pengalaman kawan-kawan yang sudah bersara dan ambil KWSP….bila dapat duit dalam jumlah yang banyak sekejap aje habis….perlu buat pengurusan kewangan yang baik..

    Bila duit dah habis… masing-masing bekerja lagi….ramai yang dah bersara bekerja semula…bila ditanya….duit xde

  • Azri Jul 9, 2012

    pandangan saya, kalau ambil EPF boleh gandakan lagi simpanan pencen dengan menyimpan sebahagian daripada akaun 1 EPF masuk ke dalam unit trust. bezanya adalah dari segi dividen yang boleh kita dapat. kalau simpan dalam EPF sahaja, dividen simpanan anda dapat hanya 5% p.a on average, tapi kalau anda simpan sebahagian ke dalam unit trust, anda bakal menerima dividen tambahan antara 10-15% p.a. Lagi untung, lebih awal simpan dalam uni t trust lebih bagus. Lagipun gunakan akaun 1 EPF, anda tak perlu keluarkan duit poket sendiri dan setiap 3 bulan akaun manager anda akan bantu uruskan pengeluaran EPF dan masuk ke dalam nit trust. Dah cukup umur 55 nanti, hasilnya pasti berbeza dengan rakan-rakan lain yang hanya simpan dalam EPF tanpa melabur ke dalam unit trust.

  • Pakdi Jul 9, 2012

    Terima kasih kepada tuan puan yang memberikan pandangan.

    Harap kepada yang bertanya dan pembaca lain yang mempunya dilema yang sama dapat membuat pilihan yang terbaik.

    Di twitter, ada yang sebut, “Kalau nak bekerja dengan kerajaan sampai pencen, baik pilih pencen.”

  • Sulaiman Jul 18, 2012

    dua dua pun lebih kurang jer…..kalau pilih pencen duit yang 11% tu kiter leh carum dalam ASB ataupun instrumen yang bagi pulangan lagi bagus dari dividen kwsp (6%)

  • amin007.ledang Aug 1, 2012

    kwsp atau pencen???

    susah nak pilih sebenarnya. ikut hati nak pilih kwsp tapi mak suruh pencen.
    akhirnya ikut cakap mak hehehe.

  • mozucorp Oct 21, 2012

    Saya pun setuju. Kalau kerja kerajaan baik pilih pencen. Sampai mati terbela (insya’allah). Kos perubatan ditanggung seumur hidup. Isteri dan anak pun ada pembelaan. Gaji walaupun ok, tapi takde bonus dan ganjaran lumayan tiap-tiap tahun macam swasta. Kalau bukan sebab pencen, takde apa istimewanya pun penjawat awam nie.

    Cuma siapa yang nak pencen awal, nak bertanding politik ke, buka bisnes ke.. rugi la.. so kalau nak pilih skim pencen.. tetapkan dalam ati “saya yang menurut perintah” sampai cukup servis.

  • Annie Jan 28, 2013

    klu kerja kerajaan baik pilih pencen….sy fikir camni…belom tentu dapat hidop sampai pencen tp klu ajal dh smp sekurang2nye anak2 masih terbela..tp klu kwsp klu mati awal, sempat carum sikit mcmner nasib anak2…bukan ade socso pon.. dr carum kt kwsp baik beli aset rumah ker..klu mati dah tentu insurans cover.. anak2 ade jgk tempat berteduh…lg 1 bile potong kwsp komitmen dgn bank jd tinggi…

  • yenny Feb 13, 2013

    salam.saya tengah pening kepala.Pening sbb tolong pikirkan masalah bapa saya.
    Dia tinggal di aprtmnt sekarang.Tak lama dh nk pencen.Dia bekerja swasta.Tiada pencen.Cuma mengharap pd duit KWSP shj selepas ini & mgkn juga mencari peluang perniagaan nnt.
    Soalan:
    (1) Dia ingin membeli rmh yg lbh selesa tetapi perlukah dia menjual apmntnya & menggunakan KWSP bg membayar rmh barunya.Dia tdk tahu adakah ini tindakan yg betul.
    (2) Jika dia menyewakan rmhnya sekarang,bgmna pula cara baginya utk memiliki rmh yg diidam2kannya itu.
    Jika tuan ada cara penyelesaian atau pdpt ,saya amat2 menghargainya
    T ksh

    • wan kamaliah megat hashim Oct 9, 2013

      Salam Yenny . Pada saya sebuah apartment untuk seorang penghuni ( iaitu bapa kamu) sudah mencukupi . Saya pun akan pencen dalam bulan march tahun hadapan . Saya cuma ada sebuah apartment yang guarded dan gated . Saya rasa selamat sebab saya tinggal alone in the apartment. Saya rasa saya tak perlu a landed property . Duit KWSP saya hanya akan digunakan untuk membiayai keperluan harian saya sehingga saya meninggal. Jadi saya tidak akan menjadi beban kepada anak-anak saya atau saudara mara yang lain. Financial advisor saya dari Unit Trust membuat kiraan bahawa saya punya 25 active years lagi untuk hidup dan menikmati persaraan saya dengan selesa . So boleh dikira sebulan saya memerlukan lebih kurang RM5 ribu untuk keperluan saya makan , minum , minyak kereta dan travelling. Saya invest half my life savings dalam Unit trust dan pulangannya setakat ini memberansangkan .
      So nasihat saya , simpanan KWSP biarlah hanya digunakan untuk keperluan asas kita sehingga umur kita mencecah 80 tahun . You can easily google and search for a retirement calculator . Buying a landed property is not cheap nowadays. All my retired friends sold their landed property and bought a comfortable guarded and gated condos to live in. They spent half their time travelling around visiting their children and friends .
      At the end of the day , you need to ask your dad what he wants to do with his next 25 or so active years….I have opted to do a part-time job and travel the rest of my time. I am going to be so happy and looking forward to March next year . You need to be happy to retire -not worried . Kepada adik-adik yang lain , it is very important untuk menabung awal. Jangan bersandar kepada simpanan EPF saja. Pada yang tak boleh menabung m you better opt for the pencen. Mak saya opted for the pencen and she’s happy at 86 now . 🙂

  • Dino Bravo Mar 1, 2013

    Baik pilih pencen, hati senang dan tenang. Tak payah fikir itu ini.

  • Isaac May 13, 2014

    Sekiranya berhenti kerja/buang kerja wang simpanan masih Ada Dan pencen tidak akan dapat apa apa. boleh keluarkan wang kwsp utk bayaran deposit rumah .
    Pencen, tak pasti kamu akan hidup pada masa tu bila pencen dibayar. Bila dibayar pencen kamu pun sudah tua, tidak bernilai lagi dapat duit itu utk buat apa apa laburan, pergi makan angin pun lemah tak larat.

  • Mizi Jun 12, 2014

    Seperti yg saudara Isaac kata di atas.. saya rasa KWSP lebih baik sbbnya setelah buat kiraan kasar saya mengambil contoh pekerjaan seorang kerani yg bergaji RM1200 pada umur 25 – 55 (30 tahun service), dengan anggaran kasar kenaikan gaji sbyk 3% yakni pada 55 tahun gaji akhir ialah RM2913. caruman 23% (11% pekerja, 12% majikan) anggaran dividen KWSP 6% tahunan, bonus tahunan pekerja saya tak kira. so kalkulator di website KWSP memberikan nilai lump sum RM396,100 di akhir tahun ke 55 umur pekerja itu. ok dari situ jgn kita makan kesemua sebaliknya keluarkan RM40,000 untuk survive 1 tahun akan datang (dengan kiraan 40,000/12 = RM3,333 sebulan untuk survive). dan RM356,100 yg lain dilaburkan ke dalam unit trust / pelaburan hartanah dan sebagainya terpulang…hasilnya tahunan pulangan at least 10% atau lebih akan balik kepada kita dan kalau nak fix pulangan boleh la laburkan ke ASB tapi saya tak galakkan. 10% daripada RM356,100 tahunan = RM35,610 / 12 = RM2,967.50 bulanan income selepas bersara dengan plan KWSP

    harus diingat plan ini tidak mengira bonus pekerja dan kenaikan tetap 3%. pekerja mungkin akan mendapat tangga gaji yg lebih baik.
    selain itu pekerja ini juga boleh tingkatkan pulangan lump sum dengan pelaburan unit trust apabila account 1 KWSP nya mencecah RM30,000 (berdasarkan sahabat saya yg bekerja dalam public mutual unit trust mengatakan minimum RM30,000 kena ada dalam account 1 utk melabur). saya kira pekerja dalam contoh di atas ini sudah ada RM34,000 dalam account 1 nya semasa umurnya 34 tahun maka sekiranya pekerja ini ambil peluang nak jana pendapatannya lagi maka 34 -> 55 baki 21 tahun account 1 ini dilaburkan lebih awal ke dalam unit trust dan menggandakan pulangan kepada sebyk lebih kurang 10% mungkin lebih, berbanding dividen KWSP yg 6%…

    anda dapat bayangkan jumlah lump sum sebenar pekerja ini pada akhir persaraannya? saya tiada kalkulator untuk mengira ke semua ini. dan contoh ini cuma saya ambil pekerja kerani biasa sahaja

    akhir kata pokoknya keputusan adalah di tangan anda saya cuma berkongsi pendapat. dan saya mungkin salah… wAllahu a’lam…

  • Sekadar pendapat, jika ingin bekerja dengan taat setia kepada kerajaan sampai umur 68 tahun, maka skim pencen adalah yang terbaik. Jika mempunyai impian untuk “bersara awal”, merangka plan perancangan kewangan untuk menjadi jutawan, maka skim kwsp adalah lebih sesuai. Banyak faedah kwsp dan juga skim pencen. Tapi tiada skim yang sempurna. Isunya ialah yang mana lebih serasi dengan impian kewangan kita.

  • khairul Oct 10, 2014

    Salam ..
    kalau semua hutang dah habis, keluarkan 20k saja untuk belanja 6 bulan. semua baki masuk equity fund unit trust. kalau selepas 6 bulan nak guna duit untuk belanja, jual sikit2 unit dari unit trust tu untuk belanja bulanan. bila perlu dan mengikut keperluan saja. kalau rezeki memang milik kita rasanya akan lebih hasilkan keuntungan daripada hasil unit trust tu… mungkin sesuai dan mungkin tidak…

  • hamdan Jan 4, 2015

    Sebahagian kelebihan memilih pencen / kwsp telah diterangkan di atas. Kelebihan memilih skim pencen banyak. Izinkan saya menambah/memberi komen :
    1) Bab keupayaan untuk beli rumah – kakitangan awam boleh menggunakan 2 kali kemudahan pinjaman perumahan/hartanah sepanjang berkhidmat. Perbezaan adalah yang memilih kwsp cuma mempunyai tempoh sehingga tamat perkhidmatan sahaja manakala pemilih pencen boleh memohon kali pertama/kedua paling lewat 6 bulan sebelum pencen. (bayangkan kalau kedua-dua kakitangan awam dan membeli seorang 2 buah rumah)
    2) Apabila menggunakan kemudahan pinjaman perumahan (di atas), penjawat awam itu bebas sama ada untuk duduk rumah berkenaan atau disewakan.
    3) Apabila sebut lagi tentang menjana pendapatan melalui sewaan rumah tadi, pulangan secara bulanan berkenaan membolehkan seseorang itu membuat pilihan untuk membelanjakannya.
    4) Seorang sahabat saya yang cuma berjawatan Peg Khidmat Pelanggan (dulu Operator Telefon) memilih pencen dan melakukan perkara2 di atas. Beliau mampu dan sudahpun mempunyai rumah merata tempat di KL dan Selangor. Namun yang pasti, disiplin kewangan kena kuat. Beliau juga membuat pelaburan di dalam saham perladangan dan lain-lain.
    5) Semua maklum kenaikan kos setiap tahun sama ada kos makanan atau perubatan. Jadi, pemilih skim pencen telah memilih ‘ruang selamat’ tanpa perlu memikirkannya lagi.
    6) Kerajaan juga telah/sentiasa menambahbaik skim perkhidmatan dan persaraan. Salah satunya adalah kenaikan pencen 2% setiap tahun mulai Januari 2013 kepada para pesara.
    7) Kakitangan awam tidak sewenang-wenangnya ditamatkan kecuali mempunyai kes yang amat kukuh.
    8) Memang benar – kajian yang pernah dibuat menunjukkan dalam tempoh 3 tahun 72% pesara menghabiskan simpanan KWSP mereka atas faktor perubatan dan lain-lain (menurut kajian KWSP dan pernah disiarkan pada 23/1/2002). Namun ada yang mempunyai alternatif lain dan mampu berjimat,
    9) Memang benar, kita tak tau sama ada kita sempat pencen atau tidak. Semasa kita membeli kereta, pernahkah kita berfikir sama ada kita akan selamat (dan mampu hidup) semasa menggunakannya?
    10) Dapat pencen memang la masa kita tua. Gunakanlah pencen untuk terus menikmati alam persaraan dengan melancong, umrah/haji ataupun untuk family. Kenapa bila kita lihat iklan orang tua yang sentiasa gembira, kita akan turut membayangkan untuk sama merasa keseronokan itu? Sebab – semua itu dijamin kerajaan.
    11) Saya ada terbaca komen2 di internet yang marah2 dan tak setuju tindakan kerajaan melabur duit KWSP. Takut hilang dan lain2. Okey – kita simpan duit/tunggu gaji masuk. Pernah kita bagitau bank jangan guna duit kita? Takde kan? Kerajaan telah memberi jaminan setiap orang (swasta ataupun yang kerja kerajaan) boleh keluarkan duit bahagian masing2. Tak pernahpun kena tahan. Lagipun kerajaan melabur dalam bidang yang memberi pulangan.

    Ini sahajalah dulu komen saya. Apapun, mohon maaf kalau ada yang tercuit. (Kalau cerita bab ni, saya memang seronok)

  • solleh Jul 14, 2015

    kalau rasa pengurusan kewangan bagus-pilih kwsp
    sebaliknya pilih pencen

  • Getah Arab Oct 6, 2015

    saya pilih kwsp sebab saya usahawan

  • Shuhaimi Zulkefli Nov 4, 2015

    Salam Semua. Saya taknak pilih pape pun bentuk simpanan hari tua. Sebab saya rasa, ekonomi sekarang x macam dulu. Saya bagi contoh.

    Saya berumur 25 tahun (2015), jika saya memilih KWSP dengan caruman sebanyak RM500 sebulan, dan saya tidak keluarkan sehingga saya berumur genap 55 tahun (lagi 30 tahun), maka dengan dividen 8% caruman tu saya akan dapat TOTAL RM194,000

    RM500 x 8% = RM540
    RM540 x 360 Bulan (30 tahun lagi) = RM194,000

    ### ini semua adalah kiraan kasar sahaja.

    Maksudnya, 30 tahun (2045) lagi saya berumur 55 tahun, dan mendapat pulangan RM194,000 dari hasil KWSP nie.

    Persoalan utama saya sekarang, adakah 30 tahun lagi, nilai RM194,000 sama macam hari ini????

    RM1 pun nilainya sangat besar pada 30 tahun dahulu mampu beli macam2 seperti dalam filem P Ramlee dan cerita dari atuk kita, tetapi 30 tahun kemudian (hari ini 2015) samakah nilai RM1 tadi?

    begitulah 30 tahun akan datang… Rasanya RM194,000 tadi nilainya dah macam RM94 hari nie….. rasanya 30 tahun lagi rumah flat pun harganya dah RM5 juta seunit…………………. wallahualam

  • Anna Feb 21, 2016

    Saya pernah berkerja selama 6 bulan di syarikat swasta pada tahun 2013 dan dalam tempoh itu majikan saya membuat potongan kwsp sepanjang tempoh saya berkerja..Kemudian saya telah bhenti kerja kerana hendak sambung pelajaran sehingga sekarang..Adakah akaun kwsp saya masih valid? Dan jika ia, adakah saya boleh membuat pengeluaran dari akaun saya? Terim kasih

    • DEL May 25, 2016

      valid..nanti sambung keja x perlu register akaun kwsp baru lagi.guna balik yang ni je.

  • Mir Feb 23, 2016

    Saya pilih pencen sebab…..
    1. Bila kita dah bersara, umur pun dah lanjut, anak2 pun dah menyampah sebab kencing merata atau nyanyuk, kita masih dapat duit tiap2 bulan dari pencen tu…. taklah menyusahkan anak2 nanti.
    2. Kalau amik kwsp, kita akan dapat sejumlah besar wang lepas bersara kelak tetapi melalui pengalaman saya sendiri, duit ni cepat habis…. sebab ada jer yang nak meminjam, ada jer benda tak penting nak dibeli atau impulse buying dan ada juga saya dengar yang kahwin satu lagi dan berbelanja besar hingga kering…. Bila ada duit banyak di tangan ni, memang gatal nak berbelanja senang citer. So tak berapa secure sangat….
    3. Selain duit pencen bulan2, pesara juga akan menerima duit ganjaran mengikut tempuh berapa lama berkhidmat. Ganjaran ni pun jumlah dia boleh tahan gak, macam yang menyimpan dalam kwsp. So boleh guna duit ni untuk beli rumah dll…. Bayangkan kalau suami dapat 100k dan isteri pun dapat 100k, jumlah 200k bolehlah beli apartment kos sederhana sebijik….
    4. Saya pernah tengok ayah kawan saya yang pencen askar. Beliau seorang askar yang berpangkat jugak. Lepas pencen, beliau kerja dengan swasta sebagai Pengurus hingga umurnya 60 tahun. Kemudian beliau jual rumahnya di Damansara dan dapat Rm3 juta. Dengan duit tu, beliau beli rumah cash di Shah Alam, beli sebiji kereta Honda Accord baru juga cash, dan selebih wangnya disimpan dalam ASB. Kerjanya hari2 main golf dengan kawan2 pencennya, seminggu sekali pergi pasar dengan isteri, melancung setahun sekali dengan keluarga atau habiskan masa di masjid. Saya pernah berbual dengannya waktu berkunjung hari raya, tentang bagaimana beliau kekalkan lifestyle beliau…. beliau bagitau lifestylenya sebulan perlukan rm6k. Beliau gunakan Rm3k dari wang pencen bulanan dan Rm3k lagi beliau keluarkan dari dividen ASB beliau…. Fuuhhh, boleh tahan jugak orang tua ni…. saya berkata pada diri saya sendiri

    Kesimpulannya saya tetap akan pilih skim pencen. Mak saya juga bagitau ramai kawan2 dia yang dulu pilih skim kwsp semuanya menyesal lepas bersara sebab….. Tak sampai 2 tahun, duit semua dah habis…… memaksa mereka untuk bekerja semula. kalau umur dah lanjut, siapa yang sanggup nak bekerja lagi beb?? siapa yang sanggup nak ambil kita bekerja? Takkan nak bawak teksi atau jadi jaga di sekolah?? Saya nak habiskan sisa-sisa hidup saya bermain dengan cucu dan beribadat pula. Kan itu lebih menyenangkan….??

  • Azlan May 6, 2016

    saya sudah memilih skim pencen dan akan pencen tahun hadapan.

    1. wang pencen bulanan akan saya gunakan untuk perbelanjaan harian. pada perkiraan saya ia mencukupi walaupun hanya lebih sedikit dari 50% gaji sekarang.

    2. duit gratuiti dan gcr masukkan sebagai simpanan pasif dalam tabung haji. Dividen tahunan memadai untuk menyerap susut nilai wang yang disimpan dan boleh dibelanjakan bagi menampung wang pencen bulanan sekiranya tidak mencukupi.

  • Syaza May 11, 2016

    Gandakan wang kwsp dengan unit trust melalui akaun 1..patuh syariah..ia juga dapat melawan kadar inflasi pada masa hadapan..

  • Syaza May 11, 2016

    Assalamualaikum..pd pndgan sy,sesiapa yg mempunyai kwsp eloklah melabur dengan unit trust seperti yg disarankan oleh kerajaan..lagi awal lagi bagus..target kerajaan bagi setiap pekerja untuk mempunyai rm120,000 ketika bersara..supaya rm500 dapat dibelanjakan setiap bulan..tapi nilai rm500 sekarang tidak akan sama pada masa hadapan berikutan dengan kadar inflasi 3-4%..oleh itu disarankan supaya membuat pelaburan di unit trust..supaya duit itu dapat digandakan..

  • Wan May 11, 2016

    Saya memilih skim pencen kerana isteri saya tidak bekerja, anak-anak masih kecil dan saya tidak tahu bila ajal saya. Jika ajal saya awal, isteri dan anak-anak saya akan mendapat faedah terbitan berikut (skim pencen):

    1. Ganjaran terbitan (7.5% X Jumlah Genap Bulan Perkhidmatan Yang Boleh Dimasukira X Gaji akhir yang diterima) – dibayar sekaligus.

    2. Pencen terbitan (1/600 X Jumlah Bulan Perkhidmatan Yang Boleh Dimasukira X Gaji akhir yang diterima) – isteri mendapat setiap bulan sehingga akhir hayat, bahagian anak-anak juga isteri dapat sehingga umur anak 21 tahun atau tamat pengajian di IPT.

    3. Pencen tanggungan – isteri, anak dan ibubapa dapat setiap bulan jika kematian disebabkan dalam perjalanan atau penyakit yg berpunca dari tugas rasmi (bukan disebabkan kecuaian).

    4. Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (1/30 X Cuti Rehat dikumpul(mak 150 hari) X Gaji Akhir + Imbuhan Tetap ) – dibayar sekaligus.

    5. Kemudahan Rawatan Perubatan (bil rawatan ditanggung sebahagian atau sepenuhnya di hospital atau klinik kerajaan).

    Saya tidak memilih skim KW5P kerana jika ajal saya awal, isteri dan anak-anak tidak akan mendapat faedah terbitan di atas. Penama KW5P adalah wasi atau pemegang amanah sahaja, wajib mengagihkan duit kepada waris atau dituntut oleh waris.

  • Wan May 11, 2016

    Apa yang pegawai kerajaan (Gred 41) dapat setelah 30 tahun berkhidmat (360 bulan) jika memilih skim pencen. Andaikan gaji basic permulaan sekitar RM1900, kenaikan gaji sekitar RM259 setiap tahun, gaji maksimum RM8600 (setelah 30 tahun berkhidmat) dan Imbuhan tetap perumahan RM300 sebulan.

    1. Ganjaran Perkhidmatan= 7.5% X Bulan Perkhidmatan X Gaji Akhir
    = 7.5% x 360 X RM8600 = RM 232 200 (dibayar sekaligus)

    2. Pencen Bulanan = 1/600 X Bulan Perkhidmatan X Gaji Akhir
    = 1/600 X 360 X RM8600 = RM5160 setiap bulan sehingga mati.

    3. Gantian Cuti Rehat (maksimum 150 hari) = 1/30 X Cuti Rehat dikumpul X Gaji Akhir + Imbuhan Tetap
    = 1/30 X 150 X (RM8600+RM300) = RM44 500

    4. Kemudahan Rawatan & Perubatan.

    Yang dapat sekaligus adalah RM 232 200 + RM 44 500 = RM276 700, yang dapat bulanan adalah RM5160.

    Jika pegawai kerajaan ini naik pangkat ke gred 44 ke atas atau imbuhan tetapnya lebih tinggi dari RM300 sebulan atau kerajaan naikkan gaji maksima, maka jumlah yang dia dapat akan lebih tinggi.

    Cukup ker duit ini selepas 30 tahun akan datang? Jawapannya adalah tidak cukup (inflasi). Disarankan pegawai kerajaan ini mencari sumber pendapatan pasif pada hari pertama dia mendapat gaji.

Leave a Comment