Dari Hutang Kad Kredit Kepada Memiliki 6 Buah Rumah

Saya mendapat kisah ini dari website KCLau.com, bertajuk, ‘From Credit Card Debt to Owning 6 Houses‘.

Kisah anak tempatan. Orang Malaysia. Berdasarkan catatan blog tersebut, kisah ini diceritakan pada Nov 2009. Ditulis sendiri oleh individu yang pernah berhutang kad kredit yang banyak, menyelesaikan hutang tersebut dan memiliki 6 buah rumah. (Sudah tentu saya yakin jumlahnya bertambah pada 2012).

Secara prinsipnya tidak berbeza dengan pemegang MBA Harvard Business School yang menyelesaikan hutang pendidikan sebanyak $90,717 dalam tempoh 7 bulan.

Secara ringkasnya tuan Sayeed:

1. Mengakui kesilapan dalam urus wang, banyak berhutang untuk berkahwin dan membuat renovation rumah.

2. Tiada sistem menguruskan pendapatan, perbelanjaan, harta dan hutang.

3. Terlibat dalam bisnes yang tidak sesuai dengan dirinya.

Cara-cara mengatasi

1. Berhenti guna kad kredit, guna tunai sahaja.

2. Pindah rumah yang lebih kecil.

3. Micro budgeting.

4. Fokus kepada kerjaya dan bukan bisnes yang tidak sesuai untuk dirinya (dalam kes beliau MLM)

5. Bisnes part-time seperti penterjemahan dan tuisyen.

6. Duduk rumah dan makan di rumah.

7. Menyimpan walau pun sedikit sehingga mampu mencecah 10% dari pendapatan.

8. Menambah pengetahuan dengan pelbagai bahan bacaan.

9. Fokus, konsisten.

10. Mempunyai sistem pengurusan kewangan yang sistematik.

Hasilnya

Pada 2009…

1. Naik pangkat dalam kerjaya.

2. Memiliki 6 rumah dan salah satunya yang mereka duduk.

3. Simpanan mencecah 6 angka

4. Nilai aset bersih (net worth RM 890,000)

5. Dapat menyimpan 15% dari pendapatan.

Walaupun saya terlambat membaca kisah ini, saya ucapkan tahniah kepada Tuan Sayeed kerana berjaya keluar dari hutang kad kredit dan juga Tuan KCLau kerana berkongi kisah ini. (Ini adalah link ke artikel asal yang ditulis dalam bahasa Inggeris)

Ya, strategi kombo digunakan.

Kurangkan perbelanjaan + tambah pendapatan = Hutang selesai

Adakah kisah ini memberi inspirasi kepada kalian?

Kongsikan kepada rakan-rakan yang lain ya.

About the author: Anda TAK OK dengan pelaburan yang dibuat sekarang dan mahu membetulkannya ? Jika YA, sila klik link ini — Investment Workshop

8 comments… add one
  • rizal Jun 16, 2012

    saya pernah baca buku kclau, byk panduan utk kita guna dlm pengurusn kwgnan dn mbntu di dlm kesedaran tntng kepentingan kwngan, yg bole disimpulkan adalah penulis mensyorkn kita byk mencipta pendpatan dan jgn mefikir faktor kenaikan harga brg kerana saban tahun hrga brg tetap naik atas dasar permintaan.

  • mursyida md isa Jan 3, 2013

    Salam,

    Saya sedang menyiapkan ebook untuk mengumpul duit kahwin. Jadi, saya mohon izin tuan pakdi untuk share maklumat ini dalam ebook saya, boleh?

    • Suzardi Maulan Jan 8, 2013

      Cik Puan sila hubungi saya melalui emel, advisor[at]rancangwang.com

  • tuan syed Jul 30, 2013

    Assalamualaikum saudara sy mempunyai rekod ccris dan ctos , skg sy baru sahaja menamatkan latihan sangkut siswazah perantis punb oleh yang demikian sy tidak dapat membuat pinjaman dgn mana2 bank kerana mempunyai rekod ccris rm15k kad kredit dan kereta hilang rm50k. sy berhasrat ingin mempunyai kenderaan 4X 4 atas nama syarikat utk kegunaaan perniagaan

Leave a Comment