Dahsyatnya Keadaan Mereka Yang Makan Riba Di Padang Mahsyar Kelak

himpunanputih

Bangun dari tidur.

Kita lihat kiri kanan, semua orang-orang yang ‘asing’.

Isteri, anak, keluarga dan kawan-kawan tidak ada di sisi. Kita bangun bersama orang lain.

Disekeliling kita ada pelbagai ragam manusia. Yang patah tangan ada. Yang patah kaki ada. Tidak mampu berjalan. Berkerusi roda. Bertongkat. Demam hanya mampu terbaring. Yang datang dalam keadaan sakit sehingga membuang air pun hanya di tempat pembaringan.

Ada yang harum. Ada yang masam baunya. Ada yang dipermudahkan banyak urusan. Sentiasa dalam keadaan terlalu kenyang pun tidak, terlalu lapar pun tidak. Ada yang dibangunkan di tepinya tong sampah dan sampah sarap.

Ada yang mendapat perlindungan. Ada yang tidak mempunyai apa-apa perlindungan dalam keadaan yang sangat panas. Kehausan. Lapar. Mengharapkan ehsan agar mendapat seteguk air dan sesuap makanan. Ada yang dapat, ada yang dihambat pergi.

1001 pemandangan. Semuanya serba putih.

Cuma untuk satu tujuan.

Berwukuf.
.

Wukuf di padang Arafah.

Allah swt menunjukkan sedikit sebanyak gambaran apa yang berlaku di padang mahsyar.

  • Ada yang berjalan kaki. Jauh. Berpanas.
  • Ada yang menaiki kenderaan yang biasa-biasa.
  • Ada yang menaiki kenderaan VIP.
  • Ada yang mendapat perlindungan kelas pertama.
  • Ada yang mendapat tempat perlindungan biasa-biasa.
  • Ada yang langsung tidak mendapat apa-apa tempat perlindungan.

.

Pada hari akhirat nanti, ada satu golongan nanti dibangunkan dalam keadaan yang terhuyung-hayang menjerit-jerit seperti orang gila, seperti orang yang dirasuk syaitan menuju ke padang Mahsyar.

Iaitulah mereka yang tidak mengambil berat urusan halal & haramnya dalam urusan harta mereka.

Iaitu mereka yang menyamakan antara jual dan riba.

Riba ? Peduli apa. Yang penting aku dapat duit. Aku dapat jadi kaya. Sama je bisnes dan riba ni. Duit ni beb. Tak payah la alim sangat,”

Sedangkan mereka ini telah pun diperingatkan tentang riba di dunia.

Kami berlindung dengan Allah daripada perkara buruk tersebut.

About the author: Anda TAK OK dengan pelaburan yang dibuat sekarang dan mahu membetulkannya ? Jika YA, sila klik link ini — Investment Workshop

Comments on this entry are closed.