Cukai GST Bakal Dilaksanakan di Malaysia

Salah satu perkara penting dalam pengurusan kewangan adalah cukai.

Dan dalam hidup ini memang kita tidak dapat lari dari cukai.

Malaysia merupakan antara negara yang belum lagi melaksanakan rejim Goods and Services Tax (GST) atau di sebahagian negara dikenali sebagai Value Added Tax (VAT).

GST ini sepatutnya telah dilaksanakan pada perancangan awal tetapi kerajaan menangguhkannya. Ada yang kata mekanisma GST belum cukup dan ada yang kata penangguhan ini adalah keputusan politik.

Apa pun kerajaan telah mengumumkan personal income tax bakal turun jika GST dilaksanakan. Kemungkinan besar perlaksanaan GST adalah selepas kerajaan pro-Manchester United BN hari ini mendapat mandat baru selepas pilihanraya umum-13 nanti.

Kadar GST masih belum diketahui. Jika personal income tax turun 1% manakala GST pula 4% maka sudah tentu memberikan kesan kepada poket kita apatah lagi GST akan dikenakan kepada kita semua untuk hampir semua jenis barangan dan juga servis.

Contohnya jika selepas perlaksanaan GST, tuan puan membeli buku Rancang Wang Dari Sekarang, maka ia akan dijual dengan harga RM 17.50 + y% GST.

Jika hari ini barangkali kita membayar cukai perkhidmatan 6% sahaja di tempat terpilih, maka selepas rejim GST diperkenalkan kita akan membayar di lebih banyak tempat lagi. Sekiranya GST kurang dari kadar 6% maka ada sedikit pengurangan kos di pihak pengguna dalam industri tertentu, tetapi kalau kadar GST 6% atau lebih, maka kos di pihak pengguna (end user) akan lebih tinggi.

Walaupun begitu, mekanisma GST yang baik menyebabkan pengeluar sukar untuk lari dari bayar cukai lagi.

About the author: Suzardi Maulan, penulis tutorial online Panduan Cashflow & Panduan Saham Untuk Pelabur Baru. Sila klik sini untuk membaca profil penuh.

11 comments… add one

  • Acik fosilmitra May 12, 2011

    Yg acik paham pasal GST (Goods and Services Tax) adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

    GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.

    Kalau diteliti, Pelaksanaan GST di negara ini merupakan satu langkah wajar memandangkan kebanyakan negara lain telah melaksanakannya. Di samping itu, jaminan kerajaan untuk mengecualikan cukai tersebut terhadap barangan dan perkhidmatan keperluan asas bertujuan untuk tidak membebankan pengguna berpendapatan rendah di samping mengelak berlakunya inflasi. GST hanya dikenakan kepada barangan atau perkhidmatan mewah yang mampu dibeli oleh pengguna berpendapatan tinggi. Di samping itu perniagaan kecil juga dikecualikan daripada GST.

    Ada yang mengsyaratkan jika diuruskan dengan baik dengan kerjasama pelbagai pihak, GST mampu meningkatkan hasil negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai. Di samping itu, sistem ini juga dapat memastikan setiap perniagaan menyimpan rekod kewangan dengan lebih sempurna. Walaupun pelaksanaan sistem GST dianggap mencabar, tempoh yang selesa sebelum pelaksanaanya membolehkan setiap lapisan masyarakat diberi pengetahuan mengenainya.

    Mungkin ada pro & con kalau system ini dilaksanakan… dan kita takut kalau kerajaan korup maka akan berlaku jugalah penindasan terhadap rakyat. Namun jika kerajaan telus menjadikan GST ini sebagai sesuatu bagus utk rakyat so what not kita cuba? Tul dak?

  • missai May 12, 2011

    sekadar pendapat saya bernilai 2 sen….umpanya saya ni pemerintah….nak tingkatkat hasil kerajaan melalui 2 perkara : 1) kenakan cukai dan 2) kawal belanja.

    jika nak laksana GST, saya kalau boleh tak mau dapat kurang dari apa yg saya dapat sekarang (sbb objektif nak tingkatkan hasil kan kan kan)…dlm erti kata lain, keluar kocek kanan, masuk kocek kiri…itu sahaja…bak kata PM, cukai akan kurang, tp pd masa yg sama GST akan dijalankan.

    dan kalau boleh GST ni mestilah dilaksanakan tanpa disedari kesan cara langsung @ pengguna tak perasan pun kenaikan harga setelah melalui semua proses utk keluarkan barang @ servis…

    Utk perkara ke-2 plak, rasanya banyak yg perlu pemerintah buat utk jimatkan blanja…bukan tak boleh buat, cuma takde ketegasan dan enforcement utk pihak gomen buat benda ni….

    Mungkin lebih baik pihak gomen kasi ketua2 jabatan ni target kurangkan kos dan reward pd mereka yg mampu buat ni….bukan penalize mereka (cutting bajet bila tak guna sepenuhnya peruntukan yg diberi!)…jadikan KPI tahunan.

    • Amin007.Ledang May 15, 2011

      bukan jadi satu amalan belanjawan akan dikurangkan.
      apa yang ada biasanya akan dihabiskan.

      jarang akan dipulangkan melainkan …

  • mizz bananaz May 12, 2011

    buat masa nih, opis sy hanya bosh dan 2/3 staff jer yang kena potong income tax… bayangkan kalu GST di implement.. ada lebey 30 staff yang akan kena bayar GST…

    lagi satu yg sy pelik bukan ker semua barangan kat Mesia nih dah di tax siap2.. kalu GST dilaksana kan adakah kereta import termasuk dlm nih? seperti yg kita tau cukai kereta import 100-300% sekarang.. adakah kerajaan akan pilih barangan asasi pengguna utk tax?

  • pengguna May 13, 2011

    Betul GST sudah banyak dilaksanakan terutama di negara maju seperti Britain (VAT) tetapi kita kena faham di sana kerajaan menggantikan kekurangan (contra) GST dengan memberi kan pelbagai kebajikan terhadap masyarakat Britain.

    Di sana perkhidmatan penjagaan kesihatan (health care) seperti hospital dan education sebagai contoh adalah percuma kepada rakyat Britain. Dalam erti kata lain, walaupun cukai di Britain tinggi, ini telah di’offset’ dengan kerajaan Britain menjadi Negara Kebajikan iaitu menjaga kebajikan rakyat.

    Persoalannya, adakah kerajaan kita di Malaysia mahu menggunakan mekanisme yang sama iaitu dengan melaksanakan GST, kerajaan akan memberi balik kepada rakyat dalam bentuk negara ini menjadi Negara Kebajikan?

  • sakura May 13, 2011

    salaam tuan, setakat yg saya tahu malaysia dah kenakan GST secara langsung…tapi org tak tahu @ tak perasan @ tak nak amik tahu….

  • Amin007.Ledang May 15, 2011

    ikutkan masih tak jelas lagi.
    adakah kita sebagai pengguna tahu kadar gst bagi sesuatu barang?

  • aman May 16, 2011

    Kilang haram kat Balakong tue tak bayar cukai satu sen pong.
    Tapi bos dia naik kena Aplphard (eja pun tak reti nie…)……

    Kilang-kilang tak haram pong boleh kata tak bayar tax gak….. camner yer…..? tanya la org akaun…. diorang boleh tukar dari untung 1 juta ke rugi dua blas juta… tapi bos dia naik keta bmw 20 tayar, aircond 20 bijik kat rumah…..

    Masa GST, barang-barang keperluan takde tax atau kurang. Bil hospital takde tax.

    Sekarang takde GST, barang tak naik harga ker? naik jugak…….. tapi yang best collection tax tak naik-naik gak….

    Dgn ada GST, satu mekanisma check and balance antara pembuat/pengeluar dan pengedar akan terlaksana. Hampir mustahil untuk diorang boleh lari dari cukai…..

    Bila dah dapat cukai lebih, baru ler boleh dapat kemudahana cam kat London ngan Singapore tue….. dan baru fair, sesiapa ada duit lebih, bayar cukai lebih….. Saper-saper takde duit (cam sayer nie….) bayar tax kurang la……

    Saya dengan rendah hati mohon tuan/puan hadiri seminar percuma kelolaan pihak kastam. Dapatkan maklumat lanjut, baru bagi komen…….

    Oh yer lupak plak. GST dibuat pada 1996 di Singapore. Dijangkakan kutipan ialah 1 Billion SGD, tapi diaorang collect SGD 1.5 billion. Negara yang ketat undang-undang pun banyak org tipu tax…….

    dan jangan luper mengundi calon yang baik akhlaknyer masa pilihanraya nanti……

  • anak pok mat May 16, 2011

    income tax tak sume kena sbb ade golongan yg x layak dikenekan cukai…org miskin selamat org kaya kene cukai…

    tp kalu GST implement…org kaya org miskin pon sume kena…sbb dah diserap dlm harga brg dibeli atau servis yg digunakan…kalu mcm tu x guna la rate income tax diturunkan sbb at last org kaya & big company yg dpt benefit

    kalu salah tlg betulkan pemahaman aku nih…

  • Sdr. AJ Jul 6, 2011

    Salam.. GST yg telah dijalankan ialah Goverment Sales Tax iaitu 5% mcm kita g mcD tu ada la tax dia.. And then yg sedang nak dijalankan ialah GST yg Good & Service Tax plak.. katenye 6% kot.. Bayangkan 5% + 6% = 11%… Harga barang or perkhidmatan RM100 kite kena bayar harga RM111.00… Ada advance RM 11 kepada kerajaan… Bayangkan jika ada 1 juta rakyat berbelanja RM 100 utk sebulan.. Tak ke 11 Juta… Berbanding dengan penurunan cukai persendirian yang belum tentu semua orang bayar.. Sama ada kedua2 GST akan dijalankan serentak or salah satu sahaja itu tak sure sbb Good & Service Tax belum dilaksanakan.. Maybe after PRU13 ni barulah tahu…

    Saya setuju dengan @missai dengan cadangan ke-2 supaya kerajaan kawal perbelanjaan.. Apasalahnya potong sikit elaun menteri2 sebanyak 5% macam Singapore buat.. And then kalau kerajaan berani cer try cut cost from operasi perkhidmatan awam.. Jika bandingkan dengan negara seperti Britain tu.. Perkhidmatan Awam dia x lah sebanyak negara kita.. Sebab sana semuanya banyak swasta… Mungkin lepas ni kerajaan perlu fikir langkah2 penswastaan perkhidmatan awam….

  • Amin007.Ledang Sep 11, 2011

    cukai telefon prepaid sudah kena 6%. ada pandangan???

Leave a Comment