Bengkel Pasaran Hadapan Asas

Jom Dapatkan Pendapatan Sampingan

Bagaimana anda boleh buat duit
secara part-time di Bursa Malaysia

Barangkali anda ...

1. Mempunyai banyak simpanan wang di bank, ASB, unit amanah dan kini berminat untuk mencari tempat yang lain pula yang boleh memberikan pulangan yang lebih lumayan ?

2. Berminat dengan pasaran matawang (forex), tetapi mempunyai rasa ragu-ragu mengenai status undang-undang dan hukum Syariah nya dan mencari peluang pelaburan alternatif yang lebih dijamin ?

3. Anda seorang bakal pesara dan sedang mencari-cari peluang pelaburan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih ?

4. Sudah berjaya dalam pelaburan hartanah dan perniagaan, dan kini ingin mempelbagaikan lagi sumber pendapatan anda dan seterusnya menambah lebih banyak pendapatan bulanan anda?

5. Seorang surirumah yang ingin mengisi masa lapang dan berminat untuk menggandakan elaun bulanan yang diberikan oleh suami anda?

6. Seorang pelabur saham di Bursa Malaysia tetapi kecewa kerana tidak boleh membuat short-selling dalam kaunter yang anda suka justeru mengurangkan peluang anda untuk mendapatkan keuntungan?

7. Sudah penat memerhatikan beratus-ratus kaunter saham yang wujud di Bursa Malaysia dan ingin fokus dalam 2 kaunter yang boleh memberikan untung yang konsisten dan lebih mudah untuk diperhatikan?

"Pelajari Bagaimana Anda Berpeluang
Mendapat Keuntungan RM 400
dalam Masa 30 Minit Sahaja!"

Ya! Pada 2 Jun 2008 lepas saya telah menunjukkan kepada 10 orang peserta yang hadir ke sesi Live Trading Tutorial, bagaimana mereka boleh mendapat RM 400 dalam masa 30 minit sahaja.

Kisah yang menarik itu bermula begini. Bekas Peserta Bengkel Pasaran Hadapan FKLI & FCPO telah dijemput hadir ke sesi Live Trading Tutorial untuk menunjukkan kepada mereka bagaimana dengan pengetahuan yang mereka perolehi selama bengkel 2 hari tersebut boleh digunakan secara praktikal dalam urusniaga pasaran hadapan di Bursa Malaysia.

Mereka telah hadir seawal 8.30 pagi lagi untuk melihat bagaimana urusniaga pasaran hadapan secara live. Saya merumuskan sedikit sebanyak bahan pembelajaran 2 hari mereka dalam Bengkel Pasaran Hadapan FKLI & FCPO dan mereka berpeluang melihat sendiri bagaimana pasaran CPO pada hari tersebut boleh memberikan keuntungan yang lumayan dalam tempoh yang singkat.

Saya sebut kepada mereka,"Peluang sebegini ada setiap hari. Pada masa yang lebih baik, bukan sekadar untung RM 400 sahaja, tapi kita semua boleh untung sampai RM 2500!"

Senyuman mula terukir di muka mereka. Persoalan mereka sudah terjawab. Memang pasaran hadapan boleh memberikan pulangan yang menguntungkan. Saya menambah, "Itu baru satu lot. Bayangkan kalau tuan-tuan beli sampai 10 lot! Dalam tempoh 30 minit sahaja dah boleh beri untung RM 4000!"


Pakdi, Trainer Live Trading Tutorial
Pengasas, Forum BicaraJutawan.com
Business & Financial Blogger, http://www.pakdi.my


Pasaran Hadapan FKLI & FCPO yang diurusniagakan di Bursa Malaysia adalah peluang yang sangat menarik dan berbaloi untuk anda. Lebih-lebih lagi kalau anda sedang mencari peluang pelaburan yang sah dari sudut undang-undang Malaysia untuk menambah pendapatan anda di saat negara kita dilanda fenomena tsunami harga minyak. Siapa lagi yang boleh membantu diri anda sendiri kalau bukan diri anda sendiri pada saat ini.

Melalui pasaran hadapan, anda ....

  • Boleh buat untung sama ada ketika pasaran sedang menaik atau pun sedang menurun. Jadi, anda tidak perlu pening kepala lagi apabila pasaran Bursa Malaysia dan komoditi Kelapa Sawit Mentah mengalami penurunan harga kerana ketika pasaran jatuh pun anda masih boleh buat duit yang lumayan.
     

  • Hanya perlu memerhatikan paling banyak 2 kaunter sahaja. Kalau anda mahu fokus dalam satu kaunter pun tidak akan menjadi masalah kerana dua-dua kaunter tetap berpotensi memberikan anda untung yang banyak.
     

  • Boleh mendapat keuntungan yang jauh lebih banyak dengan modal permulaan yang berpatutan. Jadi, anda hanya perlu mengetahui kaedah yang boleh beri anda keuntungan secara konsisten setiap kali anda berurusniaga yang akan didedahkan dalam bengkel nanti.
     

  • Tidak perlu berhenti kerja, kerana anda boleh terlibat secara part-time tanpa perlu mengorbankan kerjaya anda yang sedia ada untuk mencari duit lebih
     

  • Berpeluang menambah satu lagi portfolio pelaburan anda yang sedia ada seterusnya menggandakan pendapatan anda untuk menghadapi krisis kenaikan harga barangan yang sedang berlaku
     

Wow! Ini adalah satu peluang yang sangat menarik dan tidak sepatutnya dilepaskan oleh anda yang ingin menggandakan duit anda!

Justeru, anda perlu cepat mempersiapkan diri anda untuk merebut peluang yang wujud ini. Tiap-tiap hari pasaran hadapan memberikan banyak peluang kepada mereka yang sudah terlibat, dan kini tibalah giliran anda untuk merebut peluang tersebut. Adakah anda tidak mahu menjadi 10 orang peserta dalam kisah di atas yang kini sudah tersenyum lebar kerana mereka telah berjumpa dengan peluang yang menarik ini?


 

 

"Futures Market Berbeza dengan Stock Market"

Pasaran Hadapan adalah produk yang berlainan dengan Pasaran Saham walaupun keduanya ada diniagakan di Bursa Malaysia.

Produk Pasaran Hadapan yang popular di Bursa Malaysia adalah Pasaran Hadapan Index KLCI yang dikenali sebagai FKLI dan juga Pasaran Hadapan Minyak Kelapa Sawit Mentah yang dikenali sebagai FCPO.

Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti juga telah mengesahkan Pasaran FCPO adalah produk pelaburan yang patuh Syariah.

Klik di sini untuk pembacaan lanjut
 

Maka dengan ini saya mengajak anda untuk ke Bengkel Pasaran Hadapan FKLI & FCPO (Peringkat Asas) yang akan membantu anda mempersiapkan diri anda untuk terlibat dalam urusniaga Pasaran Hadapan di Bursa Malaysia. Bengkel selama 2 hari ini akan membuka mata anda mengenai peluang yang menakjubkan ini yang telah lama wujud di Bursa Malaysia.

Bagi mempersiapkan diri anda menjadi seorang pelabur pasaran hadapan yang berjaya, maka anda akan dibimbing oleh seorang trainer yang mempunyai 14 tahun pengalaman dalam industri pasaran hadapan dan yang telah banyak membantu para pelabur meraih keuntungan. Kini beliau akan membantu anda pula untuk menjadi seperti mereka yang telah berjaya.

Beliau adalah :

En Md Amin Awalludin
Futures Broker Representative (FBR)
CIMB Futures Sdn Bhd

Apabila anda hadir ke bengkel 2 hari ini, anda akan dibantu menjadi above ordinary futures trader kerana anda akan dilengkapkan dengan pelbagai pengetahuan yang amat penting untuk berjaya.

Dengan hadir ke bengkel ini anda akan mempelajari:

i. Bagaimana world-class trader menjadi seorang yang berjaya dalam bidang pasaran hadapan dengan 1 kaedah yang paling penting

ii. 3 teknik utama analisa teknikal yang diguna pakai di seluruh dunia dan bagaimana anda boleh menggunakannya untuk buy & sell

iii. 1 arahan penting yang mesti ada beri kepada broker anda untuk memastikan anda mampu menjana pendapatan secara konsisten dalam pasaran hadapan

iv. Bagaimana anda boleh buat untung dalam pasaran hadapan sama ada pasaran sedang menaik atau sedang menurun dengan 3 cara

v. Bagaimana untuk memulakan pelaburan pasaran hadapan dengan modal yang lebih rendah!

vi. Dan banyak lagi!

Bengkel ini akan di adakan selama 2 hari. Ia akan diadakan di SM Learning Center, Cheras. Bengkel akan bermula dari jam 9:00 pagi - 5:00 petang untuk kedua-dua hari tersebut.

Yuran penyertaan untuk bengkel 2 hari ini adalah RM 799. Tetapi sekiranya anda mendaftarkan diri anda sekarang juga, anda hanya cuma perlu membayar sebanyak RM699 sahaja! Harga istimewa ini adalah khas untuk anda!

Nanti... bukan itu sahaja…


Bonus Pendaftaran Awal!

Sekiranya anda mendaftar sekarang juga, anda juga akan menerima hadiah bonus misteri yang bernilai RM 367 !

Wow! Anda cuma perlu membayar RM 799 RM 699 untuk mendapat bonus yang sangat istimewa ini! Ilmu urusniaga FKLI dan FCPO anda dapat, bonus hangat yang disediakan khusus untuk anda yang bernilai RM 367 pun anda akan dapat sekali!
 

PENTING

Dalam bengkel ini anda akan mempelajari asas-asas untuk menjadi seorang  individual trader dan selepas itu anda digalakkan membuka futures trading account dengan mana-mana syarikat broker pasaran hadapan yang disahkan oleh Bursa Malaysia & Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Kami hanya memperkenalkan apa itu pasaran hadapan kepada anda, kami tidak mengambil sebarang deposit pelaburan dan seterusnya melaburkan duit bagi pihak anda.

Kami hanya membantu anda mempersiapkan diri untuk mengambil peluang yang wujud di Bursa Malaysia.


Bengkel ini akan diadakan selama 2 hari Bengkel ini adakan diadakan di ...

SM Learning Center,
Cheras, Kuala Lumpur

(Klik sini untuk melihat peta)

Tarikh / Hari Masa Catatan
26 & 27 April 2008 (Sabtu & Ahad) 9:00 pagi - 5:00 petang Ditutup
3 & 4 Mei 2008 (Sabtu & Ahad) 9:00 pagi - 5:00 petang Ditutup
31 Mei & 1 Jun 2008 (Sabtu & Ahad) 9:00 pagi - 5:00 petang Ditutup
28 & 29 Jun 2008 (Sabtu & Ahad) 9:00 pagi - 5:00 petang Ditutup
26 & 27 Julai (Sabtu & Ahad) 9:00 pagi - 5:00 petang Ditutup
22 & 23 November (Sabtu & Ahad) 9:00 pagi - 5:00 petang Ditutup
27 & 28 Disember (Sabtu & Ahad) 9:00 pagi - 5:00 petang Masih ada 8 tempat kosong 

Daftar segera ke Bengkel Pasaran Hadapan ini sebelum harga dinaikkan kembali ke harga yang asal!

>> Klik di Sini Untuk Mendaftar Dengan Harga RM 699!

 Daftar segera!

Terhad kepada 10 orang sahaja setiap sesi!

 

© Copyright 2008 SM World Resources, 81-2, Amber Business Plaza,
Jalan Jelawat 1, Cheras, 56100, K. Lumpur
 Tel: 03-9173 8149 (9:00 pagi - 5:30 petang)  Fax: 03-90747980 All Rights Reserved.


This seminar is purely educational. The organizer reserves the right to change speakers and/or modify the programme without prior notice. There shall be no refunds; however, we accept a substitute nomination that should be informed to us three (3) days before the event. No recording is allowed. If you fail to attend the programme, the fees will be forfeited and cannot be utilized for any future event. All decisions made by SM World Resources are final and binding upon the parties herein

Futures trading involves substantial risk of loss and is not suitable for everyone.

Term & Conditions Applied