Ketahui Bagaimana Nak Buat Untung Main Saham Bursa Malaysia

Akhirnya Tak Perlu Pecah Kepala Mengkaji Carta Saham
Cuma Perlukan Masa 15 Minit Seminggu

Amaran keras.

Sila berhenti membaca sekarang.
Sekiranya anda telah buat untung dengan konsisten dalam pasaran saham.

Jika masih belum konsisten buat untung, sila teruskan membaca dengan teliti. Barangkali ia dapat mengubah hidup anda.

Ok. Sebelum itu 5 perkara yang anda perlu jawab dalam hati:

  • Nak bekerja keras main saham atau nak saham yang bekerja keras untuk kita?
  • Nak tengok carta harga saham setiap minit, jam dan hari atau cuma sekali seminggu?
  • Adakah anda asyik terkena sahaja, iaitu setiap kali beli je, harga jatuh?
  • Atau setiap kali anda jual je, harga naik semula?
  • Anda merupakan seorang pelabur dalam quadrant investor atau seorang kaki judi?

Tahniah.

Anda bertuah sebab sampai ke laman web ini. Di sini anda dapat mengetahui strategi yang ringkas untuk main saham di Bursa Malaysia.

Akhirnya anda tidak perlu habiskan terlalu banyak sangat masa untuk menganalisa harga saham setiap hari. Hidup sehari-hari sudah pun penuh dengan tekanan. Seperti tekanan kerja di pejabat yang bos suruh siapkan. Karenah anak & pasangan di rumah lagi yang perlukan perhatian, kasih sayang dan belaian.

Sedangkan ada cara yang cuma perlukan 15 minit sahaja seminggu untuk menjadi seorang pelabur yang hensem (untungnya). Jadi, anda tak perlu ganggu banyak masa di pejabat & rumah untuk buat analisa harga saham seterusnya mengurangkan tekanan yang tidak perlu dalam hidup.

Strategi yang bakal anda ketahui ini adalah strategi yang simple. Anda tak perlu ada ijazah dalam bidang finance. Anda tidak perlu jadi orang paling pandai dalam kelas. Anda cuma perlu tahu ilmu matematik asas yang diajar di sekolah rendah.

Ia sesuai untuk anda yang …

Sudah main saham tapi masih belum untung.
Dah pernah untung main saham tapi tidak konsisten buat untung.
Dah bosan tengok carta saham 24 jam.
Newbie yang dah bersedia nak main saham.
Pelabur patuh Shariah yang mahu alternatif kepada ASB.
Pelabur saham yang ingin mempelbagaikan strategi & teknik pelaburan.
Pelabur yang ingin mempelbagaikan portfolio pelaburan.

Assalamualaikum…

Tuan Puan yang saya hormati,

Saya Suzardi Maulan juga dikenali sebagai Pakdi.

Saya merupakan seorang certified Islamic Financial Planner (IFP) TM. Jurulatih cashflow & strategi pelaburan saham indeks. Penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang & ebook Panduan CashFlow.

Saya merupakan seorang pelabur seperti kalian. Misi utama saya adalah untuk membantu tuan puan dari membuat kesilapan besar semasa melabur dalam pasaran saham. Apabila kita berjaya mengelakkan rugi terlebih dahulu, keuntungan pasti datang.

Yang Benar,

Suzardi Maulan {Pakdi}.

Strategi Ringkas & Berbaloi-baloi.

Tahukah anda, dengan modal RM 10,00 di Amanah Saham Bumiputera (ASB), ia dapat berkembang menjadi RM 100,626.57 dalam tempoh 30 tahun. Menarik bukan?

Namun jika kita tahu cara pelaburan saham yang dapat beri pulangan 1x ganda dari pulangan ASB, dengan modal RM 10,000 jumlahnya dapat berkembang RM 509,024.82 (Dari tahun 1982 sehingga 2011). Pulangan sebanyak 14.51%.

Kita berpeluang mendapatkan pulangan sebegitu melalui strategi pelaburan saham berkaitan indeks yang ada di Bursa Malaysia. Strategi ini dapat dibuat oleh semua orang. Strategi indeks adalah tulang belakang bagi portfolio pelaburan saham kita kerana indeks walaupun jatuh teruk ia pasti naik semula.

3 sebab kenapa semua orang patut tahu strategi ini kerana:

Strategi ini adalah semudah A-B-C. Strategi orang malas. Tak perlu ada diploma, ijazah mahu pun PhD untuk buat. Now everyone can become handsome investor.
Lebih jimat dari beli unit trust. Penjimatan tersebut dapat memberikan kita lebih banyak wang masuk dalam akaun pelaburan kita.
Warren Buffett kata majoriti pelabur biasa lebih baik beli indeks jika tak mampu buat analisis macam pelabur profesional. Kalau pelabur billionaire pun kata lebih baik beli indeks (jika tak mampu analisis sendiri), nak kata apa lagi?

Untuk 2012, pelaburan yang berkaitan syarikat saham indeks dapat memberikan pulangan yang lebih baik dari ASB. Berikut adalah prestasi indeks untuk tahun lepas.

i) FBM KLCI – 10.34% (capital gain sahaja)
ii) FBM Shariah Index – 12.43% (capital gain sahaja)
iii) MAAKL Shariah Index – 14.83% (belum tolak kos jual beli)
iv) MYETF Dow Jones Islamic Index – 13.13% (capital gain) + 2.72 % (dividen).

Kenapa Konsisten Buat Rugi?

Jawapannya sebab anda tak buat apa yang pelabur profesional buat.

Pelabur profesional membeli ketika orang lain tak mahu beli saham tersebut. Dan mula menjualnya ketika orang lain sedang berebut-rebut mahu membelinya. Anda tidak macam tu. Anda pun sama-sama berebut membeli sesuatu saham bila orang lain sedang membelinya juga.

Aduh… macam mana nak buat untung kalau macam tu?

Jadi kalau TAK tahu bila seorang pelabur pro mula membeli, jawapannya CONFIRM ANDA YANG RUGI!

Ya benar, anda kena tahu cara mengenal pasti cara-cara yang digunakan oleh pelabur pro untuk buat untung macam mereka. Berhenti menggunakan cara yang anda tahu sekarang sebab itulah punca anda rugi dengan konsisten. Alat yang anda guna dan pelabur pro barangkali sama, tapi pelabur pro menggunakan alat tersebut dengan cara yang betul.

Cuba tengok pasukan bola sepak. Setiap pasukan ada 11 pemain. Ada 22 kaki yang dapat menendang 1 biji bola. Tapi kenapa ada pasukan yang permainannya sangat bagus dan ada pasukan yang permainannya macam hampeh? Apa yang membezakan pasukan-pasukan elit dan pasukan biasa-biasa?

Itulah rahsia pertama seorang pelabur yang mendapat keuntungan hensem dalam pelaburannya.

Seterusnya …

Kenapa Saya Berhijrah Dari Speculator Menjadi Investor?

Dulu semasa saya buat ‘active trading strategy’ – atau jadi spekulator, saya tidak mempunyai banyak masa nak bercuti dan buat kerja-kerja lain yang lebih produktif. Maklumlah, hari-hari kena tengok monitor komputer. Pergi jamban pun kena tangguh kalau masa pasaran buka.

Apabila dah terduduk sebegitu di depan komputer, antara saat terkilan adalah saya tak dapat temankan almarhumah emak saya pergi ke Labuan melawat abang saya yang dulu yang bekerja di sana. Hati kecil saya akhirnya terdetik, “Adakah saya mahu buat ‘active trading’ sebegini sampai usia 60 tahun? Pukul 8:00 pagi dah duduk depan komputer sampai pukul 6:00 petang. Tiada life. Nak buat kerja lain pun susah.”

“Kata kerja sendiri nak masa fleksibel, tapi nanti bila nak hantar anak ke sekolah pun berkira-kira sebab ‘market open’. Patutnya saya yang dapat mengawal masa 24 jam saya sendiri.”

Misalnya, bila almarhumah emak saya ada temujanji dengan doktor di PPUM, saya perlu tutup semua position walaupun tengah ‘baik’. Aduh… Maklumlah temujanji doktor paling cepat ambil masa 1/2 hari.

Masa saya bekerja di bank pun begitu. Ingatkan ada masa nak curi-curi tengok ‘market‘. Hampeh… Mesyuarat. Kertas kerja. Mesyuarat. Mesyuarat. Kertas kerja. Bos pula selalu lalu cubicle. Nak menjeling tengok market pun segan. Ini masa pejabat. Buatlah kerja pejabat. Bukan be in the market! Itu namanya tidak amanah dalam kerja.

Sekarang, bila dah gunakan strategi seorang pelabur hensem, saya lebih seronok. Boleh bercuti masa off peak season. Tiket masuk murah. Hotel murah. Orang tak ramai. He he he. Macam masa bercuti di USS Studio ni, kalau masa pergi masa peak season jangan harap lah beratur tak sampai 5 minit dah boleh ride roller coaster dia. Entah-entah tiket ekspres pun beratur panjang. Kita tak perlu risau pasal pasaran semasa bercuti. Tidak perlu lagi nak bawa laptop lah, roaming lah, broadband lah. Hati tenang, rileks sahaja.

Habis masa bercuti, portfolio pelaburan masih terjaga dengan baik. Biasalah kalau jatuh sikit atau naik sikit. Apa yang penting, bukan saya yang teruk bekerja, tetapi duit yang bekerja keras untuk kita.

Siapa Anda: Pelabur, Spekulator atau Kaki Judi?

Tahukah anda ada 3 cara main saham? Iaitu:

1. Pelabur menggunakan fundamental analysis.
2. Spekulator atau trader menggunakan technical analysis iaitu yang tengok carta.
3. Kaki judi, tiada analisis hanya ikut orang.

Ramai orang nak main saham tapi apa yang mereka buat sebenarnya adalah B.E.R.J.U.D.I. Sebab itu ramai yang tidak dapat buat untung. Untung 1 kali, rugi 9 kali. Cuma tahu baca blog, twitter dan Facebook untuk nak tahu tips kaunter saham mana yang naik. Ho ho ho.

Berhentilah cari tips saham macam tu. Tak untung mana. Sekali sekala dapatlah untung. Tapi tak dapat buat konsisten. Sepatutnya kita tahu apa yang kita buat. Kita mesti faham apa yang kita buat. Kalau tak faham, pasti kita leburkan duit sahaja.

Saya dapat berkongsi dengan tuan puan 5 strategi pelaburan saham berdasarkan fundamental analysis.

Bengkel ini berkongsi teknik dan strategi menguruskan pelaburan saham walaupun kita sangat sibuk bekerja. Kita tidak perlu membuka carta saham setiap minit, jam dan hari. Kita cuma memerlukan masa 15 minit seminggu. Namun, masih beri pulangan yang berbaloi-baloi.

Dipendekkan cerita, tak perlu jadi macam burung hantu, terkebil-kebil tengok harga saham.

5 Strategi 2 Konsep

5 strategi pelaburan itu saya dapat ringkaskan kepada 2 konsep utama

Konsep #1 – Cara Orang Malas. Iaitu kita bermula dengan 2 strategi indeks. Semua orang dapat melakukannya. Pengetahuan yang semua orang patut tahu. Alternatif terbaik untuk ASB.

Konsep #2 – Cara Pro. Bila kita dah mahir dengan selok-belok cara orang malas, baru kita pergi kepada cara orang pro beli saham. Ada lagi 3 strategi. Ok, cara ini  advance. Kena jadi lebih rajin. Iyelah, ini dah bukan cara orang malas lagi.

Bila kita dah ada 5 strategi beli saham ini, maka kita dapat buat untung sama ada ketika pasaran saham secara umumnya tengah menaik atau tengah menurun. KLCI naik atau turun masih berpeluang buat duit.

Saya dapat berkongsikannya melalui personal coaching saham. Kita bertemu dalam sesi 1-on-1 dan saya peruntukkan masa saya selama 12 jam untuk bagi peluang anda pandai main saham dengan betul.

Saya mengenali Pakdi sejak zaman belajar lagi. Dalam urusan kewangan, dia tahu apa dimahukan dan tahu bagaimana mencapai ‘mahu’. Panduan beliau praktikal serta berdimensi Islamik. Tidak sah jika anda hanya memiliki penulisan beliau tanpa menghadiri bengkel kewangannya sekali!

Amin Idris
Trainer, Penulis Buku dan Personaliti TVAlhijrah.

Kekuatan Suzardi Maulan {Pakdi} adalah pengetahuan serta khidmat nasihat kewangan beliau yang sangat praktikal, bebas dari terikat dengan mana-mana produk, syarikat atau institusi kewangan. Selain itu, pengalaman beliau dalam bidang Shariah & perbankan Islam, menjadi nilai tambah yang jarang ada pada penasihat kewangan lain.

Afyan Mat Rawi
Takaful Ikhlas Sdn Bhd

rwazila

SMS dari Subri, P. Pinang.

SMS dari Subri, P. Pinang.

Tiada jalan pintas di sini. Pakdi memberikan panduan, tip & teknik pelabur hensem yang mempunyai risiko minima tetapi tinggi pulangannya.

Strategi sesuai untuk ‘pelabur newbie & otai’ seperti cara memilih 5 kaunter saham pilihan & konsep timing untuk ‘buy low sell high’.

Aqif Azizan
www.aqifazizan.com

rwawas

Saya TIDAK dapat menawarkan 5 perkara berikut:

1. TIADA perkongsian disiplin technical analysis. Malah apa yang ada dikongsikan barangkali berlawanan dengan apa yang diajar dalam disiplin tersebut. Sekiranya kita telah mempunyai pengetahuan ini, sila unlearn ourselves terlebih dahulu sepanjang tempoh bengkel.

2. TIADA strategi pasti untung 100% esok juga. Kita perlu realistik dengan sasaran untung tahunan kita. Pelabur lagenda, Warren Buffett hanya mensasarkan 15% sahaja untung setiap tahun. (Sudah tentu beliau dapat lebih) Namun, beliau mensasarkannya secara konsisten setiap tahun.

3. TIADA khidmat membuka akaun saham. Saya bukan seorang remisier / dealer yang bekerja di mana-mana syarikat broker. Sila berhubung dengan mana-mana syarikat broker untuk tujuan tersebut.

4. TIADA teknik intraday trading. Sesuai untuk semua eksekutif & professional (malah suri rumah) yang mana kerjaya kita mempunyai mesyuarat demi mesyuarat, timbunan kertas kerja dan tidak punya banyak masa menghadap skrin komputer sepanjang hari.

5. TIADA strategi boombastic wal fantastic macam filem Hollywood. Tiada cara macam Wall Street The Movie. Alah, yang tunjuk babak stock trader dengan lebih dari 3 monitor di hadapan mereka. Buy buy buy. Sell sell sell. Ka ching! Balik rumah ada awek tunggu. Pergh, Mimpi je tu bang!

DM Twitter dengan bekas peserta, @zulebiztwit

DM Twitter dengan bekas peserta, @zulebiztwit

Yuran coaching saham adalah RM 3,990 / pax.

Sekiranya tuan / puan mendaftar sekarang sepanjang bulan Jun 2013, harga diskaun istimewa menanti. Yang penting dapatkan tarikh appointment untuk sepanjang 2013 dulu pada bulan ini juga. Jangan menyesal kalau tempoh diskaun ini tamat.

TETAPI bukan semua dapat menyertainya. Hanya individu yang mempunyai kriteria tertentu sahaja yang diterima untuk mengikuti sesi ini. Semuanya bergantung kepada jawapan kalian menerusi borang di bawah.

PENTING: Sesi coaching saham merupakan sesi pembelajaran secara individu dan BUKAN untuk mendapatkan hot tips

Duit bukan segalanya. Jika mampu bayar yuran coaching sekalipun ia belum menjamin dapat masuk ke program ini kerana masa & tenaga saya hanya untuk mereka yang layak sahaja. Justeru, saya tidak membazir, kalian juga tidak membazir.

PENTING: Sesi coaching saham ini TIDAK menjamin apa-apa keuntungan pelaburan.  

Seterusnya, jika saya menemui kriteria tersebut, saya akan menghubungi semula melalui emel / telefon untuk satu perbualan ringkas untuk menentukan sama ada tuan / puan diterima menyertai program coaching ini.

Pastikan tuan / puan mengisi borang ini dengan betul dan sila semak segala butiran sebelum menekan butang ‘Submit’.

Terima kasih.

Dari pelabur untuk pelabur,

Suzardi Maulan {Pakdi}

Sila isi maklumat yang diperlukan dalam borang berikut:
Verification code

testimonial
testimonial

rwfired
Melabur saham sendiri adalah tidak sesukar yang anda sangkakan. Dengan strategi yang betul, anda pasti dapat melabur dengan baik walaupun cuma melakukannya secara part-time. Pelaburan bukanlah satu ilmu roket sains yang layak untuk golongan tertentu sahaja. Sekiranya anda dapat menguasai asasnya dengan baik, barangkali orang pertama yang anda “pecat” adalah unit trust consultant yang menguruskan pelaburan anda selama ini. Kenapa tidak? Anda kini merupakan seorang pelabur hensem!