Cara Simple Main Saham

Sila rujuk post terdahulu yang bertajuk pelabur defensif. Strategi main saham macam formasi bola 4-5-1. Cara ini tidak menjadikan untung kita cemerlang, tetapi strategi untuk dapat untung yang amat baik.

Kalau tuan pun dahulu sekolah Arab, maka grednya adalah Jayyid Jiddan. Ya, ini bukan strategi untuk dapatkan gred Mumtaz kerana untuk dapat gred Mumtaz kita perlu jadi pelabur yang guna formasi yang lebih attacking atau pun istilah yang lebih tepat, enterprising investor.

Menjadi seorang entreprising investor, kita kena belajar lebih dari ini. Kita perlu tahu kaedah fundamental seperti kemahiran membaca penyata kewangan syarikat dan juga memahami dengan baik prinsip asas bisnes.

Kaedah yang saya tunjukkan kepada tuan puan adalah kaedah indexing. Beli kaunter saham yang dijadikan sebagai indeks saham.

Apa itu Indeks ?

Hari-hari berita melaporkan indeks FTSE KLCI turun naik. Indeks ini melaporkan pergerakan saham secara keseluruhan. Indeks tidak menggambarkan secara khusus turun naik sesuatu kaunter. Jadi, walaupun indeks FTSE KLCI naik misalnya, saham kita boleh jadi untung, rugi atau tidak berubah.

Tuan puan boleh tengok balik kaunter-kaunter saham yang dibeli secara virtual itu dalam gambarajah yang disediakan, ada yang untung ada yang rugi tetapi secara keseluruhannya untung kerana indeks FTSE Hijrah naik (salah satu indeks Shariah untuk Bursa Malaysia dan kaedah yang saya guna pakai untuk indexing kali ini).

Bursa Malaysia hari ini menggunakan kaedah FTSE. Ada pelbagai indeks yang ada. Seperti FTSE KLCI, manakala untuk indeks patuh Shariah adalah Indeks Emas Shariah dan Indeks Hijrah Shariah. Jadi, kaunter-kaunter terpilih akan dikira untuk membentuk indeks-indeks ini.

Kebaikan Melabur Indeks

1. Mudah nak ikut pergerakan pasaran

Memandangkan kita beli indeks, maka hari-hari berita akan melaporkan turun naik indeks. Jadi, kita tak perlu pening kepala nak tahu turun naik portfolio kita hari-hari. Kalau tuan puan beli 20 kaunter saham, kan pening nak tengok hari-hari sekiranya kita bekerja dalam bidang lain?

2. Indeks menggambarkan ekonomi secara keseluruhan

Indeks saham adalah leading economy indicator. Kalau kita yakin dengan masa depan ekonomi negara misalnya, maka lebih mudah kita melabur dengan indeks. Kita tidak perlu teka misalnya sektor mana yang akan untung lebih tahun ini sebab indeks saham yang umum akan memasukkan semua syarikat-syarikat yang utama dari pelbagai sektor.

Jadi, kita takkan terlepas untung yang dibuat oleh syarikat yang utama dalam negara kita seperti TM, Digi, Maxis, Tenaga dan seterusnya. Kalau pun syarikat ini bankrap, akan ada syarikat lain yang dikira menjadi indeks.

3. Pengurusan Portfolio yang Pasif

Memandangkan syarikat yang masuk senarai indeks adalah syarikat yang berkualiti, maka kita tidak perlu selalu sangat jual beli saham yang mana komisen jual beli yang dibayar kepada broker akan makan untung kita.

Jadi kita hanya berjual beli ketika perlu sahaja. Tidak perlu tengok online statement hari-hari. Kita semua bukan kerja dalam syarikat pelaburan saham yang memang dibayar untuk melihat semua itu hari-hari.

Maka kita boleh jimat banyak kos dalam hal ini.

4. Syarikat Berkualiti Bagi Dividen

Syarikat berkualiti sahaja akan masuk indeks saham. Syarikat berkualiti adalah syarikat yang dapat untung besar dan beri dividen yang hensem kepada semua pemegang saham mereka.

Tidak mahu ke?

5. Kita akan sentiasa bersama Mr Market, untung dan rugi

Mr Market adalah analogi pasaran saham. Mr Market adalah rakan kita dan bukan musuh kita. Kalau kita tidak tahu cara yang betul untuk lebih untung dari Mr Market, maka kita ikut sahaja apa yang Mr Market buat iaitu beli indeks!

Ya, kita pasti rugi kalau pasaran saham jatuh teruk.

Tetapi apa yang lebih penting, kita pasti untung kalau pasaran saham menaik.

Situasi kita? Pasaran saham turun atau naik, kita rugi dalam kedua-dua keadaan.

Pelaburan Indeks Alternatif ASB

Berikut adalah apa yang berlaku selepas sebulan. Saya tidak perlu lihat online statement setiap hari melainkan cuma mendengar / membaca laporan indeks yang hari-hari ada dalam akhbar. Saya beli sekali, goyang kaki dan buat adjustment sekali sekali sekiranya perlu.

Memandangkan sebulan ini (Oktober 2010) pasaran saham naik, maka portfolio saya pun naik dalam 3% ++ . Sekiranya, pasaran jatuh maka portfolio saya pasti jatuh tetapi dividen tetap dapat juga kerana bisnes syarikat-syarikat ini tidak digambarkan sepenuhnya dalam pasaran saham.

Bagi saya, ini adalah alternatif terbaik untuk ASB.

Alternatif ASB (kepada yang memegang hukum haram) bukanlah dana saham amanah Islam yang bersifat growth, aggresive, balanced dan sebagainya yang menyebabkan kita mengambil risiko yang tidak perlu, tetapi alternatifnya adalah Shariah index fund, iaitu portfolio saham patuh Shariah yang kita cipta sendiri atau beli dari syarikat saham amanah yang menawarkan index fund.

Mahukah tuan melabur dalam pasaran saham? Sila klik link di bawah untuk belajar pelaburan saham secara online:

Tutorial Online Pelaburan Saham

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner, penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang dan 2 tutorial online; Panduan Cashflow & Panduan Saham Untuk Pelabur Baru. Sila klik sini untuk membaca profil penuh.

40 comments… add one

  • Hasbullah Pit Oct 29, 2010

    Nampak macam penyelesaiannya ialah PIDF

    • syazwani Jan 3, 2014

      salam..tuan..macam mane saya ingin melibatkan diri dengan saham?

  • pakdi Oct 29, 2010

    Apa tu?

  • GBuddy Oct 30, 2010

    alang-alang melabur index, macam mana kalau beli je MyETFDJ? Ini memang follow index kan? Cuma tak pasti ada dividen ke tak…

    • pakdi Oct 30, 2010

      ETF ya… Mungkin ok. Tuan tahu tahap liquidity nya?

      • GBuddy Oct 31, 2010

        Tak pernah beli walaupun letak dalam my watchlist. Rasa2nya kalau sort by volume, jarang myetfdj ni ada kat page pertama dalam watchlist, jadi mungkin agak tak liquid.

  • Amin007.Ledang Oct 30, 2010

    “Syarikat berkualiti sahaja akan masuk indeks saham. Syarikat berkualiti adalah syarikat yang dapat untung besar dan beri dividen yang hensem kepada semua pemegang saham mereka.”

    Amin Ledang suka perkara ini.

    “Bagi saya, ini adalah alternatif terbaik untuk ASB. Alternatif ASB (kepada yang memegang hukum haram) bukanlah dana saham amanah Islam yang bersifat growth, aggresive, balanced dan sebagainya. Tetapi alternatifnya adalah Shariah index fund, iaitu portfolio saham patuh Shariah yang kita cipta sendiri atau beli dari syarikat saham amanah yang menawarkan index fund.”

    masih dalam proses memahami

    • pakdi Oct 30, 2010

      Amin, Ada edit sikit. Sebab fund jenis lain ada risiko yang tidak perlu.

    • tansri85 Nov 1, 2010

      dividen payout policy ade dalam prospectus..huhu
      yg bagi bnyak divend ni biasenyer company yg terlibat dalam industri yg dah saturated@xperlukan modal besar nak expand lagi bisnes, contohnyer mobile servis operator; Digi & Maxis..

  • pakcu Oct 30, 2010

    yup..public islamic dividend fund..PIDF ( public mutual )
    sudah mula maintain setelah jatuh ketika krisis ekonomi lalu

    • pakdi Oct 30, 2010

      Saya dan Tuan Hasbullah Pit telah kira nett return PIDF dalam Facebook, lagi rendah dari Tabung Haji. Lagipun PIDF ini bukan guna kaedah indexing. Jadi, risikonya lebih.

      • tansri85 Nov 1, 2010

        ade pengalman jgk beli PIDF public mutual..nampak gayenyer mmg tabung haji lagi
        banyak bagi dividen, ape lagi kalo kite factor in kan tabung haji dah bayarkan zakat+lagi liquid+xde price fluctuation risk..anytime nak with draw, xde hal..

      • nazree Nov 25, 2012

        salam. boleh tak emelkan pengiraannya… saya nak memahami lebih lagi….

  • abu_muadz Oct 30, 2010

    Wah, ini ilmu yang diperolehi dari buku A Random Walk Down Wall Street..

    Terima kasih Pakdi kerana merungkaikan praktikal buku tersebut di sini..

  • azuar Oct 30, 2010

    pakdi…. camana saya nak tau company yang listed dalam Indek Emas dan index Syariah

  • hubahuba23 Nov 1, 2010

    pakdi, saya da baca entri ni berkali-kali tapi masih tak faham… xde knowledge pasal saham2 ni…

  • pakdi Nov 1, 2010

    @Abu Muadz, saya belum pernah baca buku tu.

    @Azuar, data tu ada di Bursa Malaysia dan website FTSE sendiri. Cuma yang sukar sikit nak tahu adalah peratusan yang perlu kita bentuk dalam portfolio tu.

    @hubahuba23, nampaknya kena banyak membaca lagi tu.

    • abu_muadz Nov 6, 2010

      Maksud saya, apa yang Pakdi tulis ni pernah saya baca dalam buku tersebut.. Bagi saya buku tu sangat bagus untuk dijadikan rujukan cumanya kena fikirkan praktikalnya di Malaysia.. Mungkin apa yang Pakdi sampaikan kali ini boleh membantu..

  • azuar Nov 3, 2010

    pakdi..saya tgk dalam FTSE ianya tak tunjuk secara terperinci company apa yang terdapat dalam setiap index tersebut …cuma top 10 saja .

  • pakdi Nov 4, 2010

    Boleh beri link yang tuan baca?

    • asrul Sep 11, 2011

      assalmualaikum. emailkn mklmt bgaimana na brkcmpung dlm saham. mula asasnya. trma kc tn.

  • minatsaham Apr 14, 2011

    Assalammualaikum Pakdi

    Bagaimanakah caranya kita nak tahu samada syarikat yang ada di indeks BSKL tu akan memberikan dividen?

  • asrul Sep 11, 2011

    sya minat brkcimpung dlm saham, tpi lngsung ta da asas. tlong brikan, tq

  • zhaf Sep 26, 2011

    sy bminat saham yg berasaskan keislaman..ada x kursus spti ni ?atau buku?dimana sy boleh dapatkan?

  • yusman Oct 18, 2011

    Berapakah modal minimun yang perlu kita ada untuk memulakan pelaburan indexs?

    • amin007.ledang Jun 12, 2012

      lupa nak tanya pada pakdi masa ikut kursus masterclass bulan 2 hari itu.
      tapi dari gaya macam banyak sahaja …

  • Adi Hanif Jan 11, 2012

    Boleh kongsi, tiru mengikut index emas shariah atau hijrah?

    mengikut data dibawah ini kah?
    http://www.ftse.com/Indices/FTSE_Bursa_Malaysia_Index_Series/Downloads/FTSE_Bursa_Malaysia_Hijrah_Shariah_Index_Factsheet.pdf

  • Adi Hanif Jan 11, 2012

    mana nak dapat updated list dalam index hijrah/emas ni? tapi dalam index tu tulis coverage dalam 73% ajer dlm to 10 stock tu, adakah dia boleh cover semua tanpa 30% lagi?atau sudah cukup untuk track peformence KLCI?

  • Amie Jul 7, 2012

    Salam..
    Secara ikhlas saya baru nak belajar cara menceburi bidang pelaburan saham ini..
    Tolong tunjuk ajar

  • Jaime Lopes Jul 20, 2012

    Salam saya dari Timor Leste.
    Tolonglah kirimkan aku materi-materi tentang saham. atas bantuan dan kerja sama tak lupa saya akan mengucapkan banyak limpah terima kasih.

  • didi Jul 20, 2012

    salam.. saya ni boleh di kira baby 1 hari la dalam urusan saham and pelaburan ni.. sy nk tanya ada tak cara-cara senang nk buka acc. and manage saham 2 selain dari guna remiser.. and 1 more question. what is the lowest starting cost to fund saham ni? da lama nak start melabur dlm saham ni tp xreti.. so skg ni just labur guna ASB and fix deposit jela.. boleh minta perjelaskn x in simple word.. tq..

  • Nukiman Sep 12, 2012

    Sala, saya masih baru belajar..sapa2 tahu share trading maybank?,kongsi sikt..

  • mamat Sep 12, 2012

    ada sedikit persoalan tentang pelaburan saham syarikat emas – vgmc, boleh dipercayai dan halal ke?

  • AQMALFAIZ Jun 13, 2013

    salam pakdi,

    saya masih godek2 site bursamalaysia untuk cari kaunter2 yg membentuk indeks tapi tk jumpa pulak.

    paling hampir dengan apa yang saya cari ialah top 10 saja di link ini

    http://www.ftse.com/Indices/FTSE_Bursa_Malaysia_Index_Series/Downloads/FTSE_Bursa_Malaysia_Hijrah_Shariah_Index_Factsheet.pdf

    ada section tertentu yg beritahu komponen indeks tu full?

  • Wak Zan Jun 19, 2013

    Bidang pelaburan saham ni untung dalam keadaan ekonomi stabil.

  • reezluv Aug 22, 2013

    banyak tips untuk investor..bagus sekali..:D agak susah nak faham pada mulanya..banyak istilah jarang didengar digunakan..:D

  • Najib Dec 31, 2013

    Saya ingin mengikuti class saham tuan

  • ABDILAH Jun 11, 2014

    salam .boleh saya tahu mcm mana nk buat pelaburan indeks dan asb .

Leave a Comment