Cara Simpan Duit Nak Pergi Haji

tunaihaji

Berita ini sungguh mengharukan.

Jika kita ada duit membeli rokok, ada duit melanggan Astro sebenarnya kita sudah lebih dari mampu.

Astro: RM 50  x 12 bulan = RM 600.
Rokok: RM 50 x 12 bulan = RM 600.

RM 1,200 x 10 tahun = RM 12,000 dalam Tabung Haji.

Tetapi tuan jangan tunggu ada duit sebanyak tu  baru mahu mendaftar haji.

  1. Daftar sahaja haji apabila dalam akaun TH sudah ada RM 1,300.
  2. Niat, berusaha dan berdoa supaya Allah jemput pergi haji pada usia muda.

Allah swt memanggil kita menjadi tetamuNya apabila kita sudah bersedia dengan cara tersendiri. Walaupun mungkin ketika daftar haji, nombor giliran lagi 50 tahun.

Sentiasa bersedia untuk pergi haji. Jangan kerap beralasan ‘tak cukup duit’, kerana apabila sudah dipanggil ke Baitullah, pasti menjadi cukup.

“Iringilah haji dengan umrah, sesungguhnya keduanya menghapus kemiskinan dan dosa, seperti mana relau menghilang kekotoran dari besi, emas dan perak. Ganjaran untuk haji mabrur adalah syurga.”

Hadis direkodkan oleh Imam Tirmizi & Imam Nasaie.

About the author: Suzardi Maulan, IFP merupakan seorang Licensed Financial Planner. Hubungi beliau di www.suzardimaulan.com