Cara Semak Status Saham Patuh Shariah Di Bursa Malaysia

sha

Beli saham yang patuh Shariah sahaja.

Cara menyemak status patuh Shariah sesuatu saham itu sangat mudah. Berikut ialah cara-caranya:

1. Buka trading account patuh Shariah

Paling mudah.

Pasti kita cuma beli yang patuh Shariah sahaja.

2. Semak melalui trading platform

Cara ini tuan perlu hubungi remisier / dealer sendiri.

Minta dia ajarkan. Ini kerana setiap platform ada cara untuk memaklumkan pelanggan masing-masing status Shariah sesebuah saham. Kaedahnya berbeza mengikut syarikat.

3. Semak di laman web Bursa Malaysia

Langkah-langkahnya seperti berikut:

i. Pergi ke www.bursamalaysia.com
ii. Di ruang ‘Get Quote’ tulis nama syarikat yang tuan mahu semak
iii. Klik nama syarikat dan layari ‘Company Overview’

Semakan pada 11 September 2015 menunjukkan:

  • AIRASIA BERHAD (5099) adalah tidak patuh Shariah.
  • SPRITZER BHD [S] (7103) adalah patuh Shariah.

Syarikat yang sahamnya patuh Shariah ada tanda [S] selepas nama syarikat tersebut.

4. Gunakan BursaMarketPlace.com

Pergi ke www.bursamarketplace.com

Daftar secara percuma.

Buat penetapan Shariah Mode semasa menggunakan laman web ini. Semua saham yang terpapar itu nanti sudah pun patuh Shariah.

About the author: Belajar 3 langkah pelabur bijak. Sila klik sini — http://tutorialsaham.com/info

Comments on this entry are closed.