Cara Mulakan Bisnes Tanpa Modal – Bisnes Dropship

Ramai orang cuba menjadikan modal sebagai alasan untuk sukar memulakan perniagaan sendiri.

Tapi tahukah anda, satu model bisnes yang dapat bermula tanpa modal?

Bisnes dropship.

Model bisnes ini sudah lama popular di negara seperti US tetapi baru mendapat nama di pasaran Malaysia. Dropship konsepnya mudah. Kita tak payah susah-susah cari modal untuk beli stok barang fizikal. Tak perlu menyimpan stok. Hanya promosikan barang dan selebihnya akan diuruskan syarikat dropshipper. Syarikat dropshipper akan berikan harga yang lebih murah daripada harga pasaran. Perbezaan harga tersebut kita simpan sebagai profit jualan produk yang dijual.

Mari kita tengok dengan lebih jelas.

dropshipping_cycle

3 orang terlibat di dalam proses ini iaitu 1) penjual, 2) pembeli dan 3) dropshipper -syarikat yang menguruskan inventori dan penghantaran produk. Prosesnya seperti berikut:

1. Penjual akan meletakkan gambar dan description produk di website mereka.

2. Pembeli akan membuat pembayaran untuk membeli produk tersebut.

3. Pembeli membayar harga produk tersebut dengan harga pasaran beserta kos penghantaran.

4. Penjual menyerahkan order detail seperti nama, alamat, kuantiti kepada dropshipper beserta dengan bayaran produk tersebut (wholesale price+kos penghantaran).

5. Dropshipper akan menghantar produk tersebut terus kepada pembeli. Kebiasaannya identiti syarikat dropshipper dirahsiakan untuk menjaga kepentingan penjual yang mempromosikan produk tersebut.

Kebiasaannya syarikat dropshipper mengenakan yuran bulanan atau tahunan kepada para penjual sebagai management fee. Syarikat dropshipper yang baik akan memberikan semua kemudahan untuk anda seperti online store, gambar produk yang berkualiti tinggi, maklumat lengkap produk, dan yang paling penting support yang pantas dari mereka. Pemilihan produk yang betul juga antara faktor yang penting sebelum memilih sesebuah syarikat dropshipper itu. Pastikan produk yang dibekalkan mempunyai permintaan yang sedia ada di pasaran.

Kelebihan Bisnes Dropship

1. Tak perlu modal untuk beli barang.

2. Tak perlu simpan barang (inventory). Tak perlu risau barang tak habis.

3. Bagi mereka yang masih bekerja sepenuh masa, dengan bisnes model ini, anda tidak lagi perlu pening kepala untuk menguruskan urusan penghantaran. Semuanya telah disediakan oleh pihak dropshipper.

4. Boleh buat secara part time. Memandangkan hampir 70% kerja-kerja pengurusan telah disiapkan oleh orang lain,maka anda tidak perlu masa yang banyak untuk menjalankan bisnes ini. Anda hanya perlu promosi sahaja. Dapat order, beri kepada dropshipper, kemudian dropshipper hantar barang. Siap. Mudah.

5. Risiko yang rendah. Modal untuk beli barang tak perlu. Kedai tak payah sewa.

Kenapa Wujud Bisnes Dropship?

Bisnes model ini wujud adalah untuk menyelesaikan masalah sebahagian besar usahawan yang baru menceburkan diri di dalam dunia perniagaan. Usahawan baru kebiasaannya kekurangan modal untuk membeli stok barang. Masa pun tak ada untuk buat kerja-kerja pengeposan sebab ramai diantara mereka masih bekerja secara sepenuh masa. Jadi, dengan adanya konsep sebegini dapat membantu para usahawan baru untuk bermula.

Kalau anda biasa berniaga secara offline, anda boleh print gambar yang dibekalkan dan jadikan katalog (ada dropshipper yang menyediakan katalog percuma). Promosikan di rakan-rakan anda di pejabat, saudara-mara dan sesiapa sahaja yang berminat dengan produk berkenaan. Sekiranya hendak promosi secara online, anda boleh promosikan di Facebook, Mudah, Lelong, Ebay atau di website anda sendiri.

Anda hanya perlukan laptop,internet atau katalog untuk bermula. Alasan “tidak ada modal”, “tak tahu nak jual apa’ sudah tidak relevan.

Tidak ada alasan lagi untuk tidak berniaga.

Yosh.my antara salah satu penyedia dropshipper di Malaysia di bawah syarikat Flarebiz Network.

Tunggu apa lagi?

About the author: Sedang cari panduan urus gaji, urus hutang & pelaburan ? Untuk info lanjut sila klik link ini

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.