Cara Memberi Galakan Anak Menabung Dari Darjah 1

tatatataDulu.

Daddy ajar mummy.

Kalau nak buat tabung kena letak nama. Jadi, motivasi untuk menabung tu lebih tinggi. Sampai sanggup tukar duit dengan kawan-kawan nak dapatkan note RM 5 dan RM 20.

Alhamdulillah, lepas setahun, hasil tabung RM5 mummy dapat gunakan untuk bayar kos pasang grill, wiring, dan membeli semua lampu-lampu dan kipas-kipas dalam rumah sekarang. Sebab mummy namakan tabung tu sebagai Tabung Renovate Rumah.

Tabung RM 20 pula dinamakan Tabung Sofa RM 10,000. Hahahah.

Konon-konon nak beli sofa kt Lorenzo. Tapi tak beli pun. Namun, hasil tabungan setahun mummy dapat gunakan untuk extend dapur belakang + topup utk bayar kitchen kabinet.

Sekarang.

Mummy pulak ajar kakak.

Awal-awal sekolah hari tu, kakak mintak belikan jam tangan. Mummy kata simpan duit sendiri. Dan mummy dah agak akan ada jawapan balasan dari mulut kakak.

“Kan ada banyak duit RM10 dalam beg duit kakak tu. Ambik je la. Kakak dah kumpul lama”

“No. Mummy nak kakak simpan dari hasil dapat duit belanja sekolah agama. Mummy nak tengok kakak boleh simpan ke tak. Ini, mummy buatkan Tabung Jam Sekolah untuk kakak. Pandai-pandai kumpul duit”

Awal-awal dulu, kumpul RM 1 sehari. Lepas tu mummy tengok berhari-hari tak dapat menyimpan. Alasan, duit belanja bagi kawan.

Sebabnya kakak kata, “Kawan tak bawak duit. Bekal kakak makan. Duit bagi kawan.”

Kemudian mummy ingatkan lagi tentang Tabung Jam Kakak. Jadi, setiap hari sblm ke sekolah mummy kata, “Hari ni nak belanja ke masuk tabung jam ?”

Kakak jawab jam. Dan kakak tambah, “Tapi mummy bawak bekal lebih sikit ye. Nak bagi kawan makan.”

Alhamdulillah, selepas 2 minggu duit dah terkumpul sebanyak RM 11. Bajet jam RM 10 je. Lepas ni boleh la ke TESCO beli jam.

About the author: Suhaida Mahpot; Konsultan Kanan di AFIQ Training & Advisory

Comments on this entry are closed.