≡ Menu

Cara Membeli Emas Perak Patuh Shariah

Hukum fiqh muamalat ini flexible dari sudut aplikasi.

Tetapi tetap pada prinsip.

Jadi apabila ulama-ulama sedunia bersidang di mesyuarat Akademi Fiqh (Majma’ Fiqh) pada 1986 untuk mendepani situasi baru iaitu kelahiran duit kertas tanpa sandaran komoditi emas dan perak, mereka berpijak atas realiti dunia yang nyata.

Ulama-ulama yang dirahmati Allah semua ini mengambil keputusan yang realistik, sederhana dan sesuai dengan suasana semasa iaitu duit kertas berfungsi sebagai matawang justeru menepati ‘illah emas dan perak yang disebut dalam hadis shahih mengenai riba (hadis Ubadah bin Somit).

Mereka bermesyuarat panjang dan dan mencapai kata sepakat dalam hal ini. Apabila dinamakan mesyuarat sudah tentu ada ‘pergaduhan’ dan ‘perselisihan pandangan’ tetapi apabila keputusan sudah dibuat maka bersepakat atas keputusan yang satu itu tadi. Kita yang bukan ulama’ ini pun jika bermesyuarat mendapat rahmat Allah, apatah lagi kalau sekumpulan ulama yang bermesyuarat.

Pandangan ini tidak ketat sehinggakan umat Islam tidak dapat berurusniaga di atas muka bumi dan ia juga tidak liberal sehingga membolehkan bank konvensional menjadi halal kerana jika duit kertas bukan barang ribawi maka hukum riba tidak terpakai dalam setiap urusan membabitkan duit kertas. Sedangkan  pada realitinya duit kertas memang menjadi medium of exchange yang utama sehingga hari ini.

Riba dalam medium of exchange, itulah intipati asas dalam hadis riba tersebut yang kita mesti betul-betul faham untuk mendalami ilmu kewangan Islam.

Sila klik Cara Membeli Emas Perak Patuh Shariah untuk membaca artikel seterusnya yang diterbitkan di MajalahNiaga.

Penulis: Suzardi Maulan, IFP, juga lebih dikenali sebagai Pakdi. Budak Jawa hensem yang bantu busy professionals ada cukup duit untuk retire.