Cara Main Judi Bola Sepak Piala Dunia
1. Judi adalah satu barah dalam masyarakat Malaysia.
2. Lihat sahaja menerusi akhbar tabloid yang popular di kalangan masyarakat Melayu, khususnya pada hari Ahad, penuh dengan keputusan-keputusan nombor ekor. Ini belum campur dengan online gambling yang semakin mudah disertai di internet hari ini.
3. Justeru, keputusan kerajaan meluluskan judi bolasepak menjelang Piala Dunia 2010 sebenarnya dialu-alukan oleh sebahagian masyarakat Malaysia.
4. Kenapa manusia berjudi? Ia adalah satu persoalan yang penting untuk dijawab untuk kita mengenal pasti masalah sebenar.
5. Gejala judi bukan hanya melibatkan orang miskin, tetapi orang-orang kaya juga berjudi. Justeru, orang yang berjudi ini bukanlah hanya sebab dia miskin dan nak duit lebih semata-mata. Bekas Ketua Menteri Sabah sendiri pernah disaman kerana hutang judi.
6. Allah swt telah jelas menyebut:
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (90)
7. Tuan puan yang membaca blog saya ini wajib menjauhi judi-judi yang wujud di Malaysia. Tuan puan tidak akan berjaya sekiranya tuan puan cuba mencuba nasib dengan berjudi. Allah swt telah sebut dalam al-Quran, malah statistik matematik pun telah membuktikannya.
8. Tuan punya kedai judi / kasino adalah orang yang confirm akan kaya. Manakala kaki judi, majoriti akan hampa. Kesian, duit yang dicari dengan susah payah “didermakan” begitu sahaja kepada tauke judi.
9. Kawan saya ada bercerita, ada seseorang yang dia kenal menang nombor ekor. Dah menang dan dapat duit, beli motor cash. Elok sahaja dapat motor, esoknya motornya kena petir.
10. Amacam ? Selamat pakcik tu yang kena petir motor dia. Kalau ditakdirkan kau menang judi bola sepak Piala Dunia nanti, belum sempat tuntut dah kena mati sakit jantung? Masuk syurga ke neraka agaknya ?
Catatan:
Pakdi,
Penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang.
(c) Hakcipta terpelihara Pakdi.Net. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah tidak dibenarkan melainkan setelah mendapat keizinan.
Tags: cara join judi bola sepak piala dunia, cara main judi bola sepak piala dunia, cara sertai judi bola sepak piala dunia, judi bolasepak piala dunia, keputusan nombor ekor 4d, keputusan nombor ekor magnum, keputusan nombor ekor sports toto, main poker di internet, sertai judi bola sepak piala dunia


alhamdlah..sgt setuju dgn artikel ni..kalu dh Tuan Punye segalanya meletakkan judi tu haram, maka pasti buruk jk kt ttp melawanNya.
Tp mslh manusia ni mmg degil..ape yg dilarang tu la kt nak buat.
Harap govnmnt tarik blk..alasan nk elak judi haram mmg x boleh diterima.
Wajib jauhi judi. GAGAL sesiapa mendekatinya. BERJAYA sesiapa menjauhinya. Maka, nikmat apakah lagi ingin kau dustakan?
Sebenarnya umat Islam masa kini telah terpesong matlamat asal maksud Allah lahirkan kita di dunia ini. Takrif kejayaan telah dipesongkan berjaya itu pada pangkat, pada kekayaan dan pada kedudukan dll. Walhal kejayaan sebenar hanya dalam agama (sejauh mana kita taat perintah Allah cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw).Itulah sahaja kejayaan dan untuk berjaya, kita wajib punya iman yang soheh yakni meyakini hanya Allah yang berkuasa, selain Allah adalah makhluk, tidak boleh beri manfaat atau mudharat.
Untuk berupaya taat perintah Allah, kita wajib ada iman dan untuk ada iman, kita wajib usaha atas iman. Usaha atas iman bermaksud mendakwahkan kekuasaan Allah sampai kebesaran Allah masuk dalam hati kita. Bila kebesaran Allah dah ada dalam hati kita, kita akan rindu atau ghairah untuk laksanakan perintah Allah dan secara otomatik kita tinggalkan larangan Allah.
Inilah realiti iman manusia sekarang ini. Iman di tahap yang sangat lemah. Pemerintahpun yang merupakan sebahagian dari kita juga lemah iman dan tidak mengejutkan, sanggup menghalalkan judi.
Kesimpulan: Marilah kita kembali ke pangkal jalan. Benchmark kita adalah para sahabat r.a. Mereka Allah redha dan untuk mendapat keredhaan yg sama kita takde cara lain melainkan ikut jejak langkah mereka yakni Iman yg bulat pada Allah dan meyakini hanya amal sunnah akan menghasilkan kejayaan di dunia dan akhirat.
Saya sedia dan tuan2 pun sedia insyaAllah.
Masa di jepun saya menyaksikan kertas yg tertulis “nasib buruk” seseorang di ikat di batang-batang anak panah dan dibaling kedalam api oleh empunya bakal “nasib” tersebut di malam tahun baru utk membuang nasib buruk itu dari menimpanya sepanjang tahun baru. Sekiranya kertas tertulis “nasib baik” utk tahun yg baru, maka mereka bawa pulang kertas tersebut.
saya rasa ini judi punya ball.ada baik jugak…….apasai saya kata itu macam? kerana ….kita lihat ini hari ada ramaiorang sudah gila, daripada mereka ini gila yang tidak berfaedah jugak…adalah lebih baik mereka di gilakan dengan judi ball………..itu sebab kita ada kasi halal jugak sama ini judi.Kalu kita tengok ini punya gila lebih baik dari mereka yang gila kuasa juga macha……juga serupa itu gila todi…….ammmakkkk……juga gila bikin itu tol kasi cantik itu jalan ada itu tol punya rumah…..itu saja saya punya komen….lain kali saya no komen..aammmma,,,,,,…………..
In this case; satu pihak je yang BERJAYA;
BERJAYA GROUP
malam tadi je dgr ayat tu diulas dlm kuliah yg saya hadiri. sbyk 520 juta berjaya group dapat.
Nampaknya fenomena Paul dalam WC 2010 memperlihatkan persamaan judi dan menilik nasib.