Cara Kira Kos Jual Beli Saham

Berikut adalah kos-kos berkaitan pembelian saham yang mesti kita tahu.

3 Caj Yang Dikenakan Untuk Setiap Transaksi

1. Brokerage Fee (Dikenakan GST)

Caj yang dikenakan oleh pihak broker kepada pelabur untuk setiap transaksi yang dilakukan samada ketika membeli atau menjual saham. Nilai caj yang dikenakan adalah berbeza mengikut broker.

Terdapat dua kategori iaitu :

  • Normal trading account
    Pelabur menggunakan khidmat remisier atau dealer untuk execute ordersamada untuk membeli atau menjual saham.
  • Online trading account
    Pelabur melakukan sendiri proses membeli & menjual saham.

Bagi pelabur yang menggunakan online trading account, caj yang dikenakan adalah lebih murah berbanding normal trading account.

2. Clearing Fee (Dikenakan GST)

Caj yang dikenakan oleh Bursa Malaysia untuk setiap transaksi jual beli saham. Jumlah caj yang dikenakan adalah 0.03% daripada nilai transaksi.

3. Stamping Fee (Tidak dikenakan GST)

Caj yang dikenakan oleh Bursa Malaysia untuk setiap transaksi jual beli saham. Untuk setiap RM1,000 nilai transaksi, RM1 akan dikenakan.

Contoh Pengiraan Yang Terlibat Apabila Membeli Saham di Bursa Malaysia

Ahmad mempunyai modal RM 10,000 untuk membeli saham syarikat ABC Berhad pada harga RM 0.78 seunit.

Brokerage fee: 0.42%

1) Jumlah pembelian 1 lot:

RM 0.78 x 100 unit = RM 78.

2) Jumlah pembelian yang dapat dibuat dengan modal RM 10,000:

RM 10,000 / RM 78 = 128.21 lot

  • Tetapi pembelian odd lot seperti di atas tidak dibenarkan.
  • Kos brokerage, clearing fees, GST dan stamp duty juga perlu diambil kira.
  • Maka pembelian dibuat sehingga 125 lot sahaja (12,500 unit)

3) Jumlah pembelian sebenar yang dibuat:

RM 0.78 x 12,500 unit = RM 9,750

4) Jumlah brokerage fee:

0.0042 x RM 9,750 = RM 40.95

5) Clearing fee

0.0003 x RM 9,750 = RM 2.93

6) GST yang perlu dibayar

0.06 x [RM 40.95 + RM 2.93] = RM 2.63

7) Stamp duty

RM 9,750 dibundarkan menjadi RM 10,000, maka jumlah yang perlu dibayar adalah RM 10.

Jumlah Yang Perlu Disediakan

Jumlah kasar: RM 9,750.00
Fi sebelum GST: RM 53.88
GST : RM 2.63

Jumlah: RM 9,806.51


Baca Nota Pakdi menerusi emel: