Cara Elak Rugi Dalam Pasaran Saham

gambl

Dalam pelaburan saham memang ada risiko rugi.

Hanya skim cepat miskin yang menjanjikan harapan palsu iaitu skim pelaburannya tidak akan rugi dan sentiasa untung.

Cuma apa yang kita perlu tahu ialah, hanya kumpulan tertentu sahaja yang sering buat rugi dalam pasaran saham. Ini kerana seseorang individu yang membeli saham, barangkali …

  • Dia sebenarnya seorang trader, juga disebut sebagai speculator.
  • Dia sebenarya seorang investor, atau,
  • Dia sebenarnya seorang kaki judi (gambler) sahaja.

Sekiranya nak terlibat dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia, maka kena pilih sama ada mahu pilih jalan trader atau jalan investor. Nota ini bukan nak cerita pasal 2 mazhab pelaburan yang disebutkan. Nota pelaburan ini adalah mengenai seorang kaki judi dalam pasaran saham.

“Kaki judi” yang dimaksudkan dalam nota ini bukan terlibat aktiviti maysir seperti yang diharamkan dalam Islam. Macam menyatakan beli saham itu sama dengan beli 4 nombor ekor. Tetapi apa yang dimaksudkan adalah tuan membeli saham dengan mentaliti kaki judi.

Namun, jika tidak berhati-hati di Bursa Malaysia juga ada produk yang jatuh dalam kategori maysir seperti structured warrants atau pun index futures.

Berhenti Menjadi Seorang Gambler Saham Untuk Mula Buat Untung

Apakah tuan selama ini bermentaliti gambler ?

Barangkali 7 perkara berikut dapat mengesahkannya.

1. Membeli 100% Dengan Saranan Broker

Ingat, mereka memperoleh fi setiap kali jual beli berlaku.

Sama ada untung atau rugi, fi kepada broker tetap perlu dibayar. Justeru, apakah saranan itu adalah tulen dari aspek pelaburan atau sekadar mahu “menjual,” ?

Menjual adalah tugas utama broker. Manakala tuan sebagai pelabur untuk membuat analisa dengan lebih terperinci apabila membaca sesuatu saranan jual beli dari mereka.

2. Beli Dengan Harapan Harga Akan Naik

Pelaburan harapan ?

Tuan perlu tahu sebab utama kenapa kenaikan harga sesuatu saham itu berlaku. Bukan sekadar berharap harga saham akan naik dan naik selepas tuan membelinya. Turun naik harga saham bukan sekadar bergantung kepada supply & demand sebab pasaran saham bukan pasaran komoditi.

Jual beli saham adalah jual beli pemilikan dalam sesebuah syarikat. Dan setiap syarikat ada operasi yang mendatangkan untung atau rugi.

3. Jual Sebab Harga Dah Turun

Pasaran saham jatuh?

Jual jual jual!

Apa yang menyebabkan tuan menjual ketika harga saham yang dibeli mengalami kejatuhan harga ? Turun naik harga sesuatu saham adalah perkara yang biasa. Jadi tuan sepatutnya terus membeli sebab harga dah jatuh, bukan menjual.

4. Beli Saham Sebab Tengok Kawan Dah Buat Untung

Tak mahu tertinggal bas.

Maka, ketika orang lain sibuk-sibuk bercerita pasal pasaran saham, kita pun mahu terlibat sama.

“Kalau kawan aku boleh, mesti aku boleh sebab aku dulu lagi pandai dari dia!”

5. Beli Berdasarkan Tips, Khabar Angin, Berita

Hari ini maklumat ini lebih mudah tersebar.

Teknologi membolehkan sesuatu ‘tips’ saham itu disebarkan melalui pelbagai teknologi yang wujud pada hari ini. Tips itu menjadi lebih ‘power’ jika ada seseorang yang terkenal turut menyebarkannya.

6. Main Kontra

Bermula dengan berharap harga akan naik.

Sudahlah begitu, berharap pula harga naik dalam masa 4 hari. Kemudian, gunakan pula kemudahan trading limit yang diberikan oleh broker sesuka hati.

7. Anda Tidak Boleh Bercerita Sebab Membeli Dalam Bahasa Yang Mudah

A untuk ayam.
B untuk bola.
C untuk commodity murabahah.

Tuan sepatutnya dapat membuat ringkasan, kenapa tuan membeli saham tersebut. Atau, tuan dapat lukis atas sekeping kertas dengan pen yang menceritakan sebab-sebab tuan membeli saham tersebut.

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.