Cara-Cara Membina Kekayaan Yang Mesti Kita Tahu

compound

Perkara pertama yang perlu diketahui ialah kita perlu tahu perbezaan buat duit dan ganda duit.

Ini kerana aktiviti buat duit itu diperoleh secara aktif manakala aktiviti ganda duit berlaku secara pasif.

Aktiviti ganda duit tidak boleh berlaku tanpa adanya aktiviti buat duit terlebih dahulu. Bagaimana nak gandakan duit kalau duitnya pun tidak ada ? Maka sudah tentu duit itu perlu dicari terlebih dahulu.
.

Buat duit itu asasnya menjual.

Nak jual apa ?

Jual produk atau menjual perkhidmatan. Membantu menyelesaikan masalah orang lain. Macam-macam benda kita boleh jual. Sebab atas dunia ini banyak masalah. Kena tukar cara berfikir iaitu masalah orang lain adalah duit kita. Apabila kita dapat menyelesaikan masalah orang, maka kita sudah dapat cipta mesin duit sendiri.

Jual produk lebih senang buat duit banyak berbanding jual perkhidmatan. Tapi modal yang diperlukan lebih tinggi. Jual perkhidmatan modalnya adalah jauh lebih rendah dari nak jual produk.
.

Makan gaji juga menjual.

Ya, seorang yang makan gaji juga sebenarnya menjual sesuatu.

Iaitu menjual masa dan kepakaran kepada syarikat tempat mereka bekerja. Bermula dengan menjual masa, masuk pukul 8 balik pukul 5. Produktiviti tak berapa diambil kira asalkan masuk dan balik ikut masa.

Kemudiannya ada juga pekerja yang menjual kemahiran untuk menyelesaikan masalah dalam organisasi. Jadi bos kecil dan kemudiannya bos besar. Kemahiran mengurus selalunya diperlukan untuk menjadi bos dalam sesebuah jabatan.
.

Apa-apa pun, sebelum boleh ganda duit kita mesti ada aktiviti yang boleh menghasilkan duit.

Simpan sebahagiannya untuk digandakan.

Dan bukannya simpan pun tidak tetapi sudah fikir untuk menggandakan duit. Sebelum duit boleh digandakan mesti ada sumber pendapatan aktif terlebih dahulu. Melainkan dapat duit durian runtuh. Tiba-tiba dapat tunai sekaligus.

Nota berkaitan: 7 Pelan Kewangan Yang Kita Semua Mesti Ada
.

Manakala menggandakan duit berbeza dengan buat duit.

Ganda duit itu macam bertani, menggembala. Dalam bahasa modennya melabur.

Dulu orang bela kambing. Dari 2 ekor, beranak jadi 4 ekor. Kemudian jadi 8 ekor. Kemudian 24 ekor. Tahu-tahu sahaja dah lebih 40 ekor. Maka dah wajib bayar zakat.

Orang sekarang dapat beli saham. Pelaburan saham adalah salah satu aktiviti yang dapat menggandakan duit. Iaitu tuan membiarkan harta tersebut, bekerja keras untuk tuan. Dengan membeli saham, ada dividen. Dividen tadi dilaburkan semula. Malah, ada rezeki boleh dapat bonus berbentuk saham. Saham percuma.
.

Bagaimana seseorang itu dapat menggandakan duitnya ?

Mula-mula wajib ada pendapatan.

Kemudian simpan sebahagiannya dalam instrumen simpan menyimpan. Iaitu apabila mendapat agihan pendapatan dari ASB misalnya, keuntungan itu dilaburkan balik kesemuanya sampailah jumlahnya jadi besar. Ulang sahaja perbuatan itu tadi.

Tetapi ingat, setiap kali tuan mendapat agihan pendapatan i.e. dividen dan tuan belanjakan semuanya,  harta tuan tidak dapat berganda, harta tidak dapat bekerja keras untuk tuan.

Maka ingat formula ini ketat-ketat.

Simpan duit gaji.
Gandakan duit simpanan.
.

Gambarajah di atas sebelum ini namanya rule 72.

Formula ini adalah untuk mengira berapa cepat duit boleh jadi berganda. Tetapi kiraan tersebut cuma anggaran sahaja.

Seandainya seseorang itu berkata pulangan setahun adalah x %, maka bermaksud duit dapat berganda dalam tempoh y tahun. Contohnya, berapa cepat investable assets RM 100 ribu boleh menjadi RM 200 ribu ..,

  • 4% ; 72 ÷ 4 = 18 tahun
  • 6% ; 72 ÷ 6 = 12 tahun
  • 8% ; 72 ÷ 8 = 9 tahun
  • 10% ; 72 ÷ 10 = 7.2 tahun
  • 50% ; 72 ÷ 50 = 1.44 tahun

Jadi soalan seterusnya yang biasa orang tanya ialah.

Apakah pelaburan yang boleh bagi pulangan yang macam itu ?

Jadi lepas sudah tahu pengiraan sebegini, maka sudah tentu kena gunakan logik pula. Logik seorang pelabur. Malangnya seorang pelabur baru selalunya masih belum mempunyai logik seorang pelabur lagi. Logik seorang pelabur baru yang paling berbahaya ialah …

pregn

Semua orang nak duit berganda sekelip mata. Dan hanya mahu goyang kaki. Logik sebegini salah.

Untuk mendapat keuntungan 50% setiap tahun (per annum; p.a) untuk satu tempoh yang panjang adalah mustahil. Pelaburan yang dibuat perlulah disasarkan untuk tujuan berikut:

  • Lawan inflasi (3% p.a)
  • Dapat untung lebih dari inflasi (6% p.a.)
  • Mencapai matlamat kewangan tertentu (10% p.a)
  • Financially free (15% p.a.)
  • Wealthy (20% p.a)

Ini kerana pelabur tersohor iaitu Warren Buffett memperoleh 21.6% p.a. sepanjang 50 tahun menguruskan Berkshire Hathaway. Sedikit ? Total return untuk tempoh tersebut adalah sebanyak 1,826,163%.

Maka, sekiraanya ada pihak dapat menjanjikan untung yang dijamin lebih banyak dari 20% p.a. maka tuan kena berhati-hati. Hanya golongan penipu yang menjanjikan untung sebegitu.

Bagi majoriti daripada kita mendapat pulangan sekitar 10 % p.a adalah realistik. Ini kerana kemahiran pelaburan yang diperlukan adalah berbeza-beza. Kemahiran nak peroleh untung 3% p.a. adalah berbeza dengan kemahiran nak peroleh untung 20% p.a. Kemahiran untuk memperoleh keuntungan lebih 15% p.a. ini dapat diperoleh sekiranya tuan melalui satu bentuk latihan, pendedahan dan kerja keras selama 10 tahun atau 10 ribu jam.

Sekiranya tuan mahukan ilmu silap mata kewangan, maka barangkali tuan sudah salah baca nota pelaburan.

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.