Cara-Cara Buka Syarikat Sole Proprietor di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Untuk mereka yang serius nak buat bisnes, sila daftar perniagaan kalian secepat mungkin.

Mulakan dengan mendaftar bisnes kita secara persendirian (sole proprietor) atau perkongsian (partnership).

Mudah sahaja nak mendaftar bisnes kita ni. Langkahnya seperti berikut:

1. Pergi terus ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang berdekatan dengan anda.

Klik sini untuk lihat lokasi yang berdekatan. Ibu pejabat SSM adalah di Jalan Sentral 5, KL Sentral.

P1040475

Waktu beroperasi adalah :

P1040474

2. Sampai di sana, terus ke kaunter pertanyaan dan cakap yang anda hendak buka akaun syarikat baru (sole proprietorship/ partnership).

Anda akan diberikan borang untuk diisi dan anda juga perlu sediakan salinan kad pengenalan. Digalakkan anda bawa siap-siap salinan tersebut supaya proses tersebut berjalan lancar. Nak pergi fotostat IC pula, memang agak leceh dengan keadaan orang yang ramai.

3. Isi borang yang telah diberikan dengan cermat.

Jika anda tidak tahu mengisi, pihak SSM ada menyediakan contoh bagaimana untuk mengisi borang tersebut dengan betul. Sekejap sahaja, dalam 10-15 minit dah siap isi.

P1040477

3. Kadar bayaran adalah seperti berikut :

  • Guna nama sendiri : RM30/setahun
  • Guna nama lain : RM60/setahun
  • Perkongsian : RM60/setahun
  • Cetakan maklumat perniagaan : RM10

4. Selepas siap isi borang, sediakan duit secukupnya, maka tunggulah giliran anda untuk dipanggil.

Kalau tak ramai orang, dalam sejam sahaja dah siap. Yang buat lama tu sebab ramai orang, lama menunggu. Nak cepat, sila datang awal pagi. Kalau tak, menunggulah 3-4 jam kat sana 🙂

IMG-20130214-00033

Tak mahal pun nak daftar untuk syarikat jenis sole proprietorship ni. Prosesnya pun mudah. Sekejap sahaja dah siap.

Mudah bukan?

Kebaikan Berdaftar Dengan SSM

1. Nampak serius buat bisnes.
2. Klien kecil lebih yakin berurusan dengan kita.
3. Klien besar seperti syarikat besar & jabatan kerajaan tahu kita tak buat bisnes main-main.

Sebabnya kita akan dilihat sebagai entiti perniagaan dan bukan lagi orang perseorangan lagi walaupun dalam syarikat itu sebenarnya kita seorang je yang uruskan. He he he.

Esok pergi buat ye, jangan tangguh-tangguh lagi 🙂

About the author: Mahu menjalankan seminar & latihan pengurusan kewangan peribadi ? Sila hubungi kami melalui link berikut : www.afiqtraining.com

Lagi Artikel Menarik

9 comments… add one
  • beruang miskin Feb 19, 2013

    Setahu saya pendaftaran syarikat nie mesti ada kedai..klo tak ada boleh ke?

    • aslam Feb 19, 2013

      takperlu ada kedai pun. berniaga dari rumah pun boleh. guna alamat rumah.

  • aslam Feb 19, 2013

    yay, betul setuju dengan pakdi.

  • Wan_PMD Feb 20, 2013

    Kalau boleh, semak dulu nama yang anda nak guna tu. kot2 dah ada orang lain ambil & stanby 2 3 nama yang lain.

    Boleh semak di sini : https://www.ssm-einfo.my/

  • Jibam Feb 20, 2013

    Kalau daftar tahun lepas SSM ada promosi ..sekali daftar untuk 5 tahun. dgn kos RM 60 jee.

  • Ferdy Feb 21, 2013

    Sebenarnya nak mohon Syarikat Sole Proprietor di SSM tak perlu lagi ke pejabat SSM. boleh mohon secara online. Boleh rujuk di blog saya untuk maklumat lanjut.

    Tak ada alasan lagi untuk tidak mendaftarkan perniagaan.

  • Hisam Feb 25, 2013

    Kalo dah bukak syarikat sole proprietor ni, macam mane plak berkenaan dengan EPF?

  • mrzeelah May 30, 2013

    salam..mcm mana pulak nak daftar online ek..sebab aku dh pegi pejabat ssm tp diaorg cm tak nak je nak lyn..boleh sapa2 tolong..TQ

  • imran Dec 1, 2013

    salam ingin membuat pertanyaan, kakitangan kerajaan boleh ke buka syarikat?

Leave a Comment