Caine’s Arcade; Perjalanan Si Cilik Berusia 9 Tahun Mengumpul $250,000

Caine Monroy cuma seorang kanak-kanak biasa.

Dia membina permainan arked dari kadbod di kedai aksesori kereta ayahnya. Permainan arked tersebut adalah bisnes, dan bukan sekadar suka-suka.

Hari bertukar minggu. Minggu bertukar bulan. Namun, 0 pelanggan.

Satu hari datang seorang pelanggan bernama Nirvan Mullick juga pelanggan pertamanya mencuba permainan arked kadbod tersebut dan tertarik dengan kreativiti anak cilik ini. Dia merupakan seorang pembuat filem dan merancang untuk membangunkan bisnes Caine’s Arcade.

Melalui video, Facebook dan Reddit, Caine’s Arcade menjadi viral dan bisnes meletup. Sehingga tarikh post ini ditulis Caine’s Arcade telah mengumpul lebih dari $206,000.

Wow. Idea yang simple. Kos yang sangat rendah. Kreativiti yang tinggi.

Sudah pasti, kehadiran Nirvan Mullick merupakan satu Tipping Point (istilah Malcolm Gladwell) atau the Dip (istilah Seth Godin).

Saksikan video yang menyentuh perasaan ini:

Caine’s Arcade from Nirvan Mullick on Vimeo.

About the author: Suzardi Maulan, seorang Islamic Financial Planner yang membantu individu untuk memulakan tabung persaraan — Klik sini untuk info lanjut

7 comments… add one
  • Juan Jun 12, 2012

    Perkongsian menarik. Menaikkan semangat. ! đŸ™‚ Tak sangka ada permainan sebegitu..

    • pakdi Jun 12, 2012

      Betul.

      Mullick ni memang pandai capture moment yang tunjukkan kesedihan budak ni dalam video sebelum tersenyum lebar tengok ratusan orang menunggu depan arked dia.

      • aswan Jun 12, 2012

        wow lebih hebat dari permata pintar…

  • amin007.ledang Jun 12, 2012

    Pakai kotak pun boleh kaya-raya….

  • Zuhair Jun 12, 2012

    Perkongsian menarik. Dan budak ni bertuah sebab mempunyai seorang bapa yang menyokong..

  • samdaddycool Jun 13, 2012

    Untung kalau rakyat malaysia ‘sporting’ & ‘supportive’ macam tu..

  • titan Jul 23, 2012

    fuh, hilang ngantook aku..

Leave a Comment